Cantik

35 2 1
                                    

"Woi!" Serentak dengan belakang bahu kiri aku kena tampar perlahan. Aku pandang belakang. Tangkai cawan aku lepaskan, lepas lama juga pegang.

Syafiq. Kawan serumah aku. Agak kurang ajar. Tapi aku ok, dia kurang ajar bertempat.

"Usha usha, kalau syok ayat la," katanya sambil duduk di kerusi sebelah kanan. Menjadikan dia berhadapan dengan meja di sebelah kiri aku. "Aku ngorat boleh?"

"Pergilah," aku jawab bersahaja, sambil usha meja sebelah. Tiga orang gadis cantik tengah berborak. Salah satunya yang aku suka.

"Cantik gila, aku rasa tak ngam dengan kau," Syafiq memberi komentar sambil angkat tangan memanggil pelayan. Aku beralih pandang ke arah pelayan yang memberi respon atas isyarat tangan dia tadi.

"Apahal?" Aku pandang muka Syafiq serius. Dia pun buat muka serius.

"Kau tak hensem."

"Cilakak!" Tiba-tiba ada tangan hulur dari belakang. Aku mengelak sikit bagi ruang budak air letak air atas meja. Syafiq capai air dia dan terus minum.

"Betullah aku cakap," dia sambung lepas minum air beberapa sedut.

Down juga aku bila dia cakap macam tu. Aku diam saja.

"Tapi, kau cool der, dan aku rasa introvert tu cool sebab kau boleh minum air sorang-sorang sambil usya dia, kau tak malu pulak," selesai dia bercakap, syafiq keluarkan rokok dari poket.

"Haha," aku ketawa sambil lewa.

"Betul apa aku cakap, mana ada orang minum air sorang-sorang, kau je," Syafiq sambung bercakap sambil pandang keliling. Aku pun sama. Betul juga cakap dia.

"Dah tu kenapa?" Aku tanya sambil kerut dahi pandang muka Syafiq. Dia diam tak menjawab.

Syafiq dan aku dua-dua memandang ke orang yang baru sampai ke meja kami. Dia datang dengan selamba, duduk bertentang dengan aku capai kotak rokok Syafiq atas meja terus pasang. Kami berdua tengok dia cakap apa-apa. Sekali dia sedut rokok, hembus asap.

Johan. Kami panggil dia John. Dia ni kacukan. Ayah Pakistan, Mak melayu. Muka jadi macam orang putih sikit. Itu yang kami panggil dia John. Dia tokey bundle sebelah gerai kami tengah minum sekarang ni.

"Pik rokok sebatang hehehe," barulah dia bersuara sambil senyum.

"Cilake, setan pun ketawa tengok perangai kau," Shafiq sedut lagi air lepas dia bercakap. Aku pun sama.

"Kenapa tak meniaga," dia pandang aku.

"Malas," aku jawab ringkas sambil pandang Syafiq. Diam senyum.

"Mak aih, ye la orang kaya meniaga," kata John sambil pandang ke stall bertutup depan kedai bundle dia. Belakang stall ada satu meja, lima orang budak tengah melepak.

Tiba-tiba sampai air lagi dekat meja. John ni jenis kalau dia duduk dekat meja sini memang sampai air. Tak payah minta. Dia pun minum selamba.

"Usha usha, ngorat la.." kata John sambil pandang aku. Shafiq pun pandang aku sekali. Aku pandang ke meja ke lain. Cilake budak-budak ni buat panas line.

"Tu la, aku dah cakap ke dia tadi," Shafiq pula menyambung. Aku diam. Malas cakap apa-apa.

"Tapi aku ingat tak payahlah," sambung John. Syafiq pandang John. Aku buat tak tahu.

"Apahal?" Tanya Syafiq.

"Dia ni bukan hensem pun, makwe tu dah la cantik, tak sesuai," John jawab selamba, muka tak ada perasaan.

"Ha, sama aku dah cakap jugak tadi, kah kah kah," pecah gelak Syafiq. Jadi bahan pula aku hari ni.

"Woi.. woooii tu.." John memanjangkan muncung ke depan kedai di parking kereta. Sebuah kereta mahal yang akan ambil makwe yang aku suka tu.

Beberapa saat lepas kereta tu sampai, makwe yang aku suka tu bangun dan berlalu ke kereta.

"Kannn," Syafiq menyambung cakap. Budak-budak ni memang tak boleh berenti bercakap ke apa. "Dah la tak hensem, budak ambik dia tu pakai raptor lagi, kau apa ada."

"Tapi, pompuan ni kalau dia nak dia tak peduli sangat mende tu semua, cuma kawan kita ni pemalu sangat," John menyambung, "aku kenal budak ni." Kami berdua pandang John.

...

"Aku bosan la Ain," Sara membentak, muka masam. Memang selalu dia macam tu. Hari-hari bosan.

"Apahal kau," Ain membalas. Dia menatap mata Sara. Sofea cuma diam mendengar dua kawannya tengah berborak. Scroll facebook sambil dengar.

"Bosan la dok rumah ayah aku tu, aku nak duduk dengan korang," Sara masih dengan muka yang sama. Berkerut-kerut dahi.

"Kau... Dah jadi princess duduk rumah besar, ade prince hensem bosan lagi," Ain membulatkan mata. Dia pandang wajah Sara.

"Kau tak tau, prince konon kau nak ke kawin dengan abang sendiri?" Sara bercakap sambil scroll skrin handphone. Entah apa yang dibeleknye.

"Eh, korang kerja last tadi korang dah siapkan ke?" Tiba-tiba Sofea menegakkan kepalanya yang dari cuma tunduk sahaja.

"Eee kau ni Cha.." Ain mendengus. Cha. Nama manja untuk Sofea. Dia yang suruh panggil macam tu.

"Hahaha," Sara ketawa kecil. "Aku baru nak luahkan masalah, kelakar la kau ni cha."

"Hehe.." Sofea tersenyum. "Tak de la, aku saja je, eh mr. Prince kau tak datang ambik ke?"

"Datang, on the way kot," Sara kembali membelek handphone. Ain dengan Sofea pun sama.

"Handsome dia kan, kau tak nak bagi aku la Mr. Prince tu Sara," Sofea cakap sambil pandang Sara sambil senyum.

"Eee.. kau ambiklah tak nak aku, boleh juga kau jadi akak ipar aku cha," balas Sara.

"Korang borak apa ni," Ain mula menyampuk. "Kalau kau tak nak Mr. Prince tu, kau mesti nak Mr. CEO kan."
Ain menjeling sedikit ke meja sebelah.

"Ha,ah la, aku lupa la dia ada Mr. CEO," Sofea mencelah juga menjeling ke meja sebelah. Sara tunduk sambil tersenyum.

"Tak handsome sangat, tapi ok la..," Ain buat muka macam pengkritik program pertandingan realiti tv.

"His korang ni kan," Sara mendengus. Dia bosan bercakap pasal lelaki sebenarnya.

"Ha, kalau Mr. CEO yang tu aku pun nak," Sofea senyum sikit. "Nak kata handsome tak handsome, tapi ada something menarik." Dia menyambung komentar.

"Ada dua mr. CEO dekat situ, yang muka mat salleh celup tu pun handsome sangat dengan dia punya jambang," Ain pula menyambung.

"Eee.. selera korang ni," Sara mendengus lagi sambil berpaling ke belakang. Memerhati kenderaan yang baru sampai. Ain dan Sofea juga memandang ke arah sama dengan Sara.

"Alamak, mr. Prince korang dah sampai, aku gerak gerak dulu geng," katanya sambil menekan kuat perkataan mr.prince korang . Sara bangun dari duduk.

"Ok, kitorang pun nak gerak dah ni, tapi nak ngorat mr. CEO dulu," Ain menyambung.

"Eee.. bye..." Sara berpaling dan terus berlalu.

"Kesian dia kan," Sofea bersuara perlahan. Ain pandang muka Sofea dengan wajah sayu.

...

BersamaWhere stories live. Discover now