Bab 2

47 1 0
                                    

Ditemani Alunan Tega Oleh Glenn Fredly 

Aku tanggalkan fon telinga di sebelah kiri dan perlahan aku toleh ke belakang. Cahaya matahari yang beransur naik memanah terus ke dalam anak mata membuat kan pandangan menyilau; menyebabkan aku perlu menutup paras dari dahi ke mata dengan tapak tangan.

Dari celah jemari, aku nampak kelibat seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan akhir dua puluhan menghadang pintu bas dengan lengannya; kaki kanannya dia letakkan di tangga masuk bas. Kaki kirinya masih di hentian bas dan dia kelihatan bersahaja dengan rambutnya yang dia sikat kebelakang. Dia memakai kaca mata Rayban Wayfarer berbingkai biru gelap yang sedondon dengan sarung tangan dan mafla berwarna biru gelap di sekeliling lehernya, sekaligus mengingatkan aku tentang rakan baik ku, Don yang sekarang tinggal di London.

Don tak pernah keluar dari rumah tanpa kaca mata gelapnya; tak kira siang atau malam; hujan atau terang, membuatkan dia sentiasa menjadi bahan ejekan aku. Dia selalu aku panggil 'urban London boy' kerana selain gayanya yang selalu terlampau kemas, dia juga selalu membangga diri yang kononnya semua perempuan dalam dunia ni mahukan dia. Kalau Don di situ pasti sudah aku tarik dia berdiri di sebelah lelaki di hadapanku dan aku ambil gambar untuk aku tampal di dalam almarinya yang gemar dia kumpul mini polaroid—bersama nota: Don and his long lost twin.

Lelaki tersebut menghulurkan gambar ku yang dia kepit di celah jari telunjuk dan tengahnya yang juga mengepit sebatang rokok. Aku capai gambar ketika aku masih kecil didukung Ma Mère di sebuah taman bunga yang terletak di pinggir Nice, France.

Aku menundukkan kepala ku tanda terima kasih. Dia juga mengangguk, perlahan menyedut asap rokoknya yang kemudian dia jentik tepat masuk ke dalam tong sampah. Aku naik ke dalam bas, tekankan kad di tempat pengesan dan dia juga turut mengikut sama.

Melihat bas pagi itu yang penuh sesak dengan orang ramai membuatkan aku teringat yang hari itu adalah hari Bondi Market beroperasi.

Ramai berkunjung ke situ untuk mencari bahan organic untuk dijadikan bahan masakan di rumah pada hujung minggu. Puas mata ku melilau ke seluruh ruang di dalam bas dan kelihatan tiada tempat kosong untuk aku duduk. Malah gagang untuk berpaut bagi yang berdiri juga penuh, jadi aku dan dia terpaksa berkongsi satu-satunya gagang yang tinggal.

Dia buka sarung tangan dan kaca mata hitamnya sambil terus mencapai gagang dengan tangan kanannya. Tangan kirinya dia selitkan bersama sarung tangan ke dalam poket jaket tebalnya. Dia pandangku sebentar dan kemudian mengalihkan pandangannya ke belakangku.

Pandangannya jauh seakan akan dia tak mahu melepaskan walau satu pun pemandangan yang bergerak laju di luar seperti filem yang diputar fast forward. Cahaya matahari yang sekali sekali keluar dari sorokan di celah pepohon botak kadangkala memantul ke dalam matanya yang berwarna hazel terang dan membuatkan aku terfikir dari mana pernah aku lihat sepasang mata cantik seperti itu.

Bau dia juga harum dan lembut; seperti bau segar laut tanpa hanyir nya. Sekali sekala ketika bas bergerak laju melalui jalan yang agak berbukit dan bahu aku terlanggar bahagian dada nya, aku mencuri bau yang dia yang mula aku gemar dan berpura seperti tiada apa yang berlaku.

Dia juga seakan-akan tak kisah akan dunia sekeliling termasuk aku yang sedang berdiri di hadapannya. Bas terus menyusur dengan suasana senyap; anehnya tiada satu bunyi pun kedengaran dari rengekan budak kecil yang mahu cepat pulang ataupun sepasang kekasih yang selalu bercium seperti tiada siapa yang peduli.

Aku kemudian memasang fon telinga dan kembali mendengar putaran violin yang aku letak pada paras bunyi yang paling tinggi, sambil memerhati suasana di luar bas.

Aku tutup mata dan dan mula membayangkan seperti aku sedang membuat video klip dan pelakon-pelakonnya aku pilih daripada orang-orang asing yang turut sama menaiki bas pada pagi itu. Aku tutup mata dan mendengar bait-bait muzik yang indah berkumandang.

Tiba-tiba aku dicuit seseorang.

Aku buka mata dan aku lihat dahinya berkerut. Dia pandang ke bawah dan membuka kedua belah fon telinganya.

Kemudian dia pandang aku sambil tersenyum lembut dan membuat isyarat supaya aku buka fon telinga.

Aku buka fon telinga dan membuat reaksi hairan.

"Yes?" Ujar aku.

Dia tuding jarinya ke bawah dan menunjuk ke arah kaki aku dan dia.

"I think your foot is stepping on mine now." 

Kamu Bandar Yang Takkan Pernah Hilang (WIP)Where stories live. Discover now