bab 2 ༉‧₊˚✧

1.2K 64 3
                                    

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

"Vyna"

Elvyna yang sibuk menyiapkan kertas kerja itu mengangkat kepala memandang ke arah suara itu.

Adrean Elias, abang kandungnya.

"Mommy kata kau kerja. Betul ke? Asal tak bagitau abang pun" Tanya Elias sambil berdiri di hadapan meja kerja Elvyna.

Panas telinga Elias apabila mendengar mommynya berkata adiknya sudah kerja. Dah la tak bagitau.

"O-oh..haah adik dah kerja..tak bagitau sebab..erm" tersekat-sekat Elvyna membalas. Takut rahsia terbongkar.

"Sebab apa?!" Tengking Elias sambil menepuk meja kerja adiknya. Geram.

"Sebab nak buat suprise kat abang ha!" Laju Elvyna membalas selepas mejanya ditepuk. Terkejut.

"Suprise kebendanya? Dekat mana? Syarikat apa? Kerja sebagai apa?" Banyak soalan ditanya dalam satu masa. Dia bukan marah. Cuma risau.

Lama adiknya merayu untuk bekerja tapi dia tak bagi. Trauma.

"Ala dekat-dekat sini je. Kerja as personal assistant" tenang Elvyna menjawab.

Elias memejamkan kelopak matanya. Tak baik marah adik. Bukannya dia pergi bunuh orang.

Elias membuka semula mata dan menatap wajah jelita adiknya. Dia mengorak langkah ke arah Elvyna lalu memeluk susuk tubuh itu.

"Abang bukan marah cuma risau. You almost died 5 years ago. Abang tak nak apa-apa jadi dekat adik. Kalau la adik tak baik sangat selamatkan si jantan tu, tak adanya adik-" belum sempat menghabiskan ayat badannya ditolak kasar oleh Elvyna.

"Apa abang cakap ni?! Apa salah adik nak selamatkan dia! Dia hampir mati abang!" Tengking Elvyna. Badannya yang tadi duduk terus berdiri.

"Kalau dia mati pun kenapa?! Buatnya kau mati sekali dengan dia?" Elias merengus kasar. Apa masalah adik dia sampai selalu bela laki tu?

"At least I don't die alone." Perlahan suara Elvyna berkata. Dia tak boleh duduk disitu lama. Panas. Sepanas hatinya sekarang.

Elvyna mengatur langkah untuk keluar tetapi terhenti apabila abangnya bersuara.

"He's my enemy Elvyna. Kau jangan dekat dengan dia." Tegas Elias melarang.

Elvyna tergelak kecil. Badan dipusingkan menghadap abangnya.

"So? Abang yang benci dia. Not me. What if I tell you yang adik jatuh cinta kat dia?" Riak muka Elvyna langsung tidak menunjukkan reaksi takut. Ini sisi Elvyna yang ramai orang taktau.

"You found him don't you?" Air muka Elias hanya menunjukkan reaksi yang tenang. Dia tahu adiknya akan bertemu dengan Dariel.

"Adik naik dulu. Goodnight" tanpa menjawab soalan abangnya dia terus melangkah naik ke biliknya.

Kusut. Itu yang dirasakan oleh Elias sekarang.

— ✧ •

Udara nyaman menampar pipi Ihsan. Tenang. Tapi tak kekal lama apabila ada seorang memeluk lehernya dari belakang.

"IHSAN MY MAN!" Jerit Dariel teruja. Mai dah bala.

"1...2.." terus jaruh tangan yang memeluk lehernya. Risau sampai tiga nanti nyawanya terbang.

"Adu kau ni san tak sweet langsung" perli Dariel sambil berdiri di sisi Ihsan.

"Sweet tak sweet peluk aku jangan aku sepak kau nanti sia sia je." Ujar Ihsan.

Dariel menjeling ke arah Ihsan. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil menikmati permandangan nyaman di koridor itu. Cantik juga rumah dia.

"Who's Elvyna?" Soal Ihsan tiba -tiba. Dahi Dariel dikerut. Kenapa semua cakap pasal Elvyna?

"My P.A why?" Soalan dibalas soalan. Ihsan pusing menatap ke arah Dariel. Tangan disilangkan di dada.

"Saja tanya"

"Tipu"

"Betul"

"Tipu"

"Be-" terhenti pergaduhan mereka apabila mendengar suara budak. Khaysar!

"Uncle...mana mommy dengan daddy...." teresak-esak Khaysar mencari dari tadi.

Dariel mengangkat tubuh Khaysar perlahan. Ihsan hanya memerhati.

"Jom kita pergi cari mommy daddy eh? Tak baik duduk sini ada juon." Sakat Dariel lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Ihsan hanya memandang pemergian mereka. Juon dia kata? Otak dia.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now