bab 5 ༉‧₊˚✧

1K 58 7
                                    

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


꒰ ა ♡ ໒ ꒱

"Tolong!" bilik yang dipenuhi asap membuatkan nafas Dariel tersekat. Dia perlu keluar dari situ tetapi malangnya semua pintu tertutup kerana api yang membara.

Semakin lama asap semakin banyak. Nafas Dariel menjadi terlalu sesak. Dia jatuh melutut sambil memegang lehernya.

Penglihatan semakin lama semakin kabur. Dia terbaring dek kerana oksigen yang hilang di badannya. Bayangan seorang gadis menjerit sambil meriba kepalanya terlihat sipi-sipi.

Dia mencuba untuk mencapai wajah itu dengan penglihatan yang kabur.

"Dariel!"

Terus terjaga Dariel daripada tidur. Dia membuka kelopak matanya dan mengubah posisi baring kepada duduk. Wajah diraup kasar berkali-kali.

Dia memandang ke arah suara yang mengejutnya tadi dengan muka yang tidak puas hati.

"Kau nak apa ziel?! Semak lah" Badan disandar di kerusi sambil rambut dikusutkan. Geram mimpinya terganggu.

Itu bukan kali pertama dia bermimpi tentang perkara itu. Ini dah masuk 4 kali dia bermimpi. Gadis misteri itu masih menghantui dirinya.

"Amboi-amboi, kau sedar ke tak kau tidur kat mana sekarang ni?" Tanya Daziel.

Pertanyaan itu membuat dia memandang sekeliling. Lobby hospital. Dia lupa dia menghantar Elvyna ke sini. Cuak dia melihat Elvyna jatuh tadi.

Dariel mengeluh kecil. Dia memejamkan mata sambil tangan kanannya menutup mata. Penat.

"Ziel, kenapa call aku malam-malam buta ni? Siap send location kat hospital lagi. Apesal? Mamat ni masuk ward ke?" Tanya Ihsan yang baru sampai sambil menunjuk ke arah Dariel yang kepenatan.

"Mamat ni sesuai masuk ward gila bukan ward ni. Riel call aku tadi dia kata hantar Elvyna kat sini." Jelas Daziel sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

"Elvyna? PA dia? Kenapa dengan dia?" Daziel hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Dariel menjatuhkan tangannya dan memandang ke arah Ihsan. Dia mengeluh sebelum menjawab.

"Dia pengsan. Aku nak hantar benda yang dia tinggal waktu dia masuk rumah. Tiba-tiba aku dengar dia gaduh dengan abang dia. Entah la bakar kebenda ntah. Aku menyorok ah belakang tembok. Tengok-tengok dia dah lari keluar." Jelas Dariel pendek tetapi padat.

Daziel dan Ihsan saling berpandangan. Ihsan mengeluh kecil. Dia mengalihkan perhatian kepada Dariel.

"So macam mana dia sekarang?"

"Doktor still tengah check. Esok memang aku nak jumpa abang dia tu. Masalah sial abang dia ni"

"Betul kau nak jumpa?" Tanya Daziel untuk kepastian. Naik pelik Dariel dengan dua orang ni.

"Korang dua ni kenapa? Apa benda yang aku taktau korang tak bagitau?!" Dariel terus bangun sambil memadang ke arah kedua-dua jejaka di hadapanya.

"Riel mana ada-"

"Penjaga Adreen Elvyna?" Sapa seorang nurse. Dariel terus bergerak ke arah nurse tersebut.

"Saya suami dia. Dia macam mana doktor?"

"Ikut saya ya Encik" Dariel mengangguk kecil dan mengikut jejak langkah nurse itu menuju ke dalam ruang ICU.

Ihsan dan Daziel masing-masing tersenyum senget. Ceh suami konon. Mereka hanya menjadi pemerhati dari tadi. Jarang tengok Dariel begitu. Biasanya main je banyak.

"Looks like you're going to have a sister in law soon" Perli Ihsan kepada Daziel.

Daziel tergelak kecil.

"Jangan lupa esok. Dia memang nak jumpa laki tu. Get ready. Aku balik dulu, bini tunggu" Pesan Daziel.

Bahu Ihsan ditepuk perlahan sebelum Daziel melangkah keluar dari hospital. Ihsan mengangguk dan mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

Dia la kena jaga Dariel malam ni. Single kan.

— ✧ •

Kelopak mata Elvyna dibuka dengan perlahan. Cahaya lampu menerangi pandangan. Kepala berasa sakit yang amat sangat.

Dia mengerakkan badannya untuk bangun tetapi hampa. Badannya tiada tenaga dan lesu.

Dia tersedar dengan IV drip yang ada ditangan. Kenapa dia boleh jadi macam ni?

"Elvyna?"

Dariel yang baru keluar dari tandas itu laju melangkah ke arah katil di mana Elvyna berada.

"Tuan muda?" Tanya Elvyna sedikit terkejut.

"Here, let me help you" Badan Elvyna dengan perlahan disandarkan di kepala katil.

"Kenapa saya kat sini? Bukan ke saya-"

"Berjalan dalam hujan macam orang tak tentu arah?" Laju Dariel membalas. Nada suara Dariel seakan-akan memarahi tindakannya. Memang marah pun.

Elvyna memaku pandangannya melihat tangan yang berada di pehanya. Dia sudah menyusahkan tuan mudanya sekali lagi. Rasa bersalah menguasai diri.

"Aku tak marah kau...cuma aku tak suka tengok kau macam ni. Kau tau tak betapa risaunya aku waktu kau rebah semalam?" Marah Dariel lagi.

"Saya mana la tau nak tau boleh jadi macam ni..patutnya tuan-"

"Patutnya apa? Biarkan kau pengsan tepi jalan macam tu?" Boleh pula Elvyna berkata bergitu. Tak masuk akal betul.

Elvyna tidak memberikan apa-apa respon. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh membasahi pipi.

"Elvyna...jangan nangis sweetheart...sorry okay?" Dariel mengambil tisu dan mengelap air mata Elvyna.

"Saya mintak maaf..."

"No need. Kau tak salah pun." Pujuk Dariel

Dariel mengerling ke arah jam tangannya, 3.30 petang.

"Elvyna, aku ada hal kejap tapi kejap je tak lama. Dhea kata dia nak sampai dah nanti Dhea jaga kau okay? Behave." Pesan Dariel.

Elvyna hanya mengangguk walaupun hatinya meronta-ronta ingin Dariel yang menjaganya. Gatal!

"Jaga diri."

— ✧ •

"Vyna, fikir apa tu? Jauh termenung." Tegur Dhea pada Elvyna yang berdiri di dinding kaca ward.

"Hm? Tak ada apa pun cuma..."

"Cuma?"

"Akak tau pasal kejadian 5 tahun lepas?"

"5 tahun lepas? Yang mana satu? Yang Dariel tuduh tu ke yang-"

"Y-yang lagi satu tu" Kata Elvyna hampir ketawa kerana melihat muka keliru Dhea.

"Oh yang homestay Dariel terbakar tu? Kenapa? Vyna tau pasal tu?"

"I was there and...I was the one who saved him"

I was the one who saved him"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now