bab 4 ༉‧₊˚✧

1K 56 4
                                    

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

"Tepi la! Aku nak duduk sini." Badan Daziel ditolak kasar oleh Dariel. Berebut kerusi.

"Sewel. Kau tau tak ni rumah aku. Yang kau nak duduk sebelah Khaysar ape pasal? Anak aku kan? jadi aku la kena duduk sebelah dia" Dua-dua tak nak kalah. Jadi bapak orang pun tak nak mengalah.

"Suka hati-" Pergaduhan mereka terhenti apabila mendengar suara seorang gadis. Bukan Dhea. Ni lain punya suara.

"Dhea nak Vyna tolong?" Tanya Elvyna kepada Dhea apabila turun ke dapur.

"Erm..vyna letakkan nasi goreng atas meja tu boleh?"

"Sure! Boleh je"

Elvyna mengangkat bekas kaca yang berisi nasi goreng dan dibawa ke ruang makan. Dia tersedar akan dirinya diperhati oleh dua orang laki di dalam rumah itu.

"Daddy..sapa tu?" Tanya Khaysar sambil menguyah pisang.

"Kawan uncle Riel. Panggil dia auntie Elvyna". Lalu Daziel mengambil tempat di kerusi yang direbut tadi.

Elvyna meletakkan bekas kaca itu di atas meja makan. Mata Dariel masih melihat setiap gerak gerinya. Kusyuk betul tengok anak dara orang.

Elvyna berdehem kecil yang membuatkan Dariel kembali ke dunia nyata. Dia berjalan mendekati tuan mudanya yang berdiri tidak jauh daripada meja makan itu.

"Tuan muda lepas makan nanti hantar saya balik eh?" bisik Elvyna. Dia malu dengan semua orang sekarang ni. Bisik pun bisik la.

"Hm? Tak dengar la cuba kuat sikit suara tu" Badan Dariel sengaja didekatkan ke arah Elvyna.

Posisi mereka terlalu dekat. Nafas hangat Elvyna dapat dirasakan di telinga Dariel. Badan Elvyna terus kaku. Matanya dikelipkan berkali-kali.

"Kalau nak berasmaradana bukan kat sini. Anak aku ada." Perli Daziel yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan.

Elvyna terus melangkah ke belakang. Tuan muda dia ni memang. Mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Kau ni bang. Potong betul" Rengek Dariel sambil menarik kerusi di sebelah abangnya.

"Potong otak kau. Kawin pun belum. Aku dengan Dhea dulu tak da tau mcm ni korang tau. Kitorang baik, alim , semua lengkap lah." ye ye je.

"Sudah diam. Ana takmau dengar lagi"

— ✧ •

Kereta Dariel memasuki pekarangan rumah Elvyna. Tidak jauh mana pun jarak rumahnya dengan Elvyna. Lebih kurang 30 minit macam tu.

"You live here with?" Tanya Dariel sambil menarik handbrake.

"Abang saya dengan mak saya. Kenapa?"

"Takde la sebab macam kecik je. Tapi rumah kau familiar jugak eh"

Rumah tu. Macam pernah tergiang-ngiang di kepala Dariel satu ketika dulu tapi entah di mana dia pun lupa.

"Sebab design biasa je kot. Banyak je rumah design sama macam rumah saya."

Dariel mencebik sedikit. Ada betul jugak.

"Saya pergi dulu eh? Thank you tuan muda sebab tolong saya hantar kereta saya dan saya nak mintak maaf sebab menyusahkan keluarga tuan muda" Ujar Elvyna.

"No worries. Meh aku hantar kau kat pintu" baru saja nak keluar daripada kereta, lengan baju Dariel ditarik oleh Elvyna.

"Ta-tak payah kot saya okay je"

Dahi Dariel dikerut. Salah ke dia nak hantar?

"Kenapa pulak? Bukannya aku kena tembak pun kalau hantar kau"

"Bu-bukan...erm mak saya ha! Mak saya nanti dia marah tau saya keluar dengan lelaki. Dia kata tak elok..." Tipunya lagi

"Aku cakap je la aku boss kau apa susah" Dariel sekali lagi hendak keluar tetapi ditahan oleh Elvyna.

"Please?" Elvyna berkata dengan suara comel. Dia sendiri pun geli sebenarnya tapi demi sesuap nasi la katakan dia kena jugak buat.

Dariel terkesima. Pipi Elvyna lama kelamaan menjadi merah atas kerana malu.

"S-saya masuk dulu. Bye" Laju Elvyna keluar daripada kereta milik tuan mudanya meninggalkan Dariel yang kaku di dalam kereta.

Hilang saja Elvyna di pandangannya, kepala terus diletakkan di atas stereng kereta dan kedua-dua tangan diletakkan di sisi stereng kereta.

"Aaaaa! Cute gila! Elvyna...what have you done to me" Teruja Dariel menjerit. Perbuataan Elvyna tadi sungguh mengacau jiwa raganya.

— ✧ •

Masuk saja Elvyna ke dalam rumah terus disergah oleh abangnya.

"Ingatkan taktau jalan balik dah"

Elvyna hanya jalan tanpa menghiraukan percakapan abangnya. Sampai esok pun tak habis kalau bercakap dengan abangnya.

"Elvyna, I'm talking to you." Tangan Elvyna ditarik oleh Elias.

"And? There's no point talking to you. Nak marah adik balik lambat? Marah la." Cabar Elvyna.

Lidah Elias dibawa ke pipi dalamnya menahan amarah di hati. Degil adik perempuannya sekarang.

"Last time aku cakap. Jauhkan diri daripada dia that's it. Apa susah sangat?"

"Why? Is it because abang tak nak rahsia abang terbongkar? Abang yang start kan api dalam bangunan tu!"

Telapak tangan Elias mendarat di pipi Elvyna. Tamparan yang kuat membuatkan kepalanya terteleng ke tepi dan jatuh.

"Abang jahat! Elvyna benci abang!" Kata Elvyna sambil memegang pipinya. Tubir matanya digenangi cairan jernih.

"El-elvyna abang mintak maaf. Abang tak sengaja..." rayu Elias. Elvyna mengejakkan badannya kebelakang apabila Elias mendekatinya.

"Jangan sentuh aku."

Elvyna terus berlari keluar daripada rumah itu meninggalkan abangnya yang melutut di ruang tamu.

— ✧ •

Hujan membasahi tubuh Elvyna. Kosong. Buntu. Sama seperti mata memerhati jalan yang entah penghujungnya ke mana. Hala tujunya tak mampu meneka ke mana kaki harus dibawa.

Usungan kaki perlahan dan berat. Dihayut ikut gerak hati yang kerap membantah itu tujuan
yang betul.

Dia tidak tahu apa salahnya.Dia terseyum tawar sambil air mata jernih membasahi pipi. Hujan yang turun dihiraukan.

Sakit? Biarlah. Memang itu yang dia mahukan.
Badannya bergetar menahan kesejukkan angin dan air hujan yang terkena ditubuhnya itu.

Secara perlahan matanya tertutup. Segala pergerakkan tidak dapat dirasakan. Denyutan dikepala menguasai diri.

Tumpas. Dia pengsan di tepi jalan itu.

"Elvyna!"

"Elvyna!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now