bab 9 ༉‧₊˚✧

980 56 4
                                    

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

꒰ ა ♡ ໒ ꒱

Sayu hati Elvyna apabila melihat abangnya di dalam penjara tadi. Dia tahu apa yang abang dia buat merupakan kesalahan besar dari sisi undang-undang malahan agama tetapi hati agak berat untuk menerima.

Dia tahu abangnya dipenjarakan pun lambat. Sempat juga dia marah Dariel kerana tidak memberitahunya.

"Elvyna, okay tak? Tak seronok ke nak kawin dengan aku?" Tanya Dariel yang sedang memerhatinya dari tadi.

"Merepek la tuan muda ni. Kalau tak seronok takde la saya boleh masuk dalam penjara tu minta restu." Jawab Elvyna.

"Tuan muda, tuan muda. Cuba la panggil yang sweet sikit. Nak kawin tak lama dah ni takkan still nak panggil formal macam tu? Haritu apa kau panggil, 'My little baby boy'?" Usik Dariel.

Elvyna mencapai tisu di atas meja makan lalu dikepal menjadi bola. Tisu itu dibaling tepat pada muka Dariel. Suka sangat usik.

"Diam. Tuan muda-"

"Aip."

"A-awak la ni merajuk tak tentu pasal haritu." Mata menjeling tajam ke arah Dariel yang duduk bertentangan dengannya.

"Jeling la jeling. Cucuk mata tu nanti."

"Sampai hati..." Rengek Elvyna.

"Ye la kalau tak sampai hati takda maknanya aku suka kau. Aku masuk pastu swimming dalam hati kau. Woosh woosh" Kedua-dua tangan membuat gaya seperti berenang.

"Ya Allah tak kawin lagi saya dah stress." Kata Elvyna sambil mengurut kepalanya.

"Takpa nanti kawin aku boleh releasekan stress kau." Kening kedua-dua diangkat penuh makna.

"Pervert!"

— ✧ •

Seperti yang dijanjikan, Elvyna akan membawa mommynya berjumpa dengan keluarga Dariel dan inilah harinya.

Alhamdullilah so far everything went smoothly! Puan Zalyna dan Puan Erin, ibu Elvyna masing-masing sekepala. Dari tadi tak habis-habis sembang pasal pinggan mangkuk.

"Ehem." Tegur seseorang dari belakang Elvyna yang sedang ralit melihat permandangan luar.

Elvyna mengalih pandangannya. Ihsan?

"Encik Ihsan-"

"Just call me Ihsan, tak perlu formal." Ucap Ihsan.

"Ihsan nak apa? Cari Dariel?" Tanya Elvyna. Dia agak kekok dengan Ihsan kerana dia tidak pernah langsung berbual dengan jejaka ini.

"Nope. Just nak berbual dengan kau. Kau bahagia dengan Dariel?" Tanya Ihsan tiba-tiba.

Elvyna mengerutkan dahinya. Kenapa dia nampak macam dia depress ke selama ni?

TENGKU ADHAM DARIEL'S Where stories live. Discover now