BAB 17 🥀

16.8K 649 2
                                    

Aeris berjalan ke ruang tamu. Dia pelik apabila bayang Matheo tiada di situ. Ke mana pula lelaki itu pergi.

Peti sejuk dibuka dan Aeris hanya mengeluh perlahan. Tiada satu pun makanan yang boleh dimakan kerana isi peti sejuk itu adalah kosong. Perutnya juga sudah berbunyi kuat kerana meminta untuk diisi.

Pintu yang terbuka di bahagian belakang menarik perhatian Aeris. Mungkin Matheo berada di situ. Duganya.

Tiada.

Malah kawasan belakang rumah yang hanya mempunyai satu jalan sahaja. Jalan tersebut menarik perhatian Aeris. Jalan itu seperti membawa ke arah kawasan pantai di belakang.

Sandlenya disarung dan Aeris berjalan berhati-hati sehingga hujung jalan. Langkahnya lantas terhenti apabila memandang Matheo yang sedang berdiri mengadap laut yang luas itu.

Buat seketika Aeris termenung ketika memandang Matheo. Seperti sedang melawan perasaannya saat itu. Dia tahu lelaki itu penuh dengan rahsia.

Malah rumah yang mereka diami sekarang juga masih tidak diketahui oleh Aeris tentang empunyanya. Secara tiba-tiba, Matheo mengajaknya untuk bermalam di situ. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Kau buat apa dekat sini?"

Suara garau Matheo menyedarkan lamunan Aeris. Aeris lantas terkejut apabila melihat Matheo sudah berdiri di hadapannya. Sejak bila lelaki itu perasan dengan kehadirannya juga dia tidak pasti.

"Sepatutnya saya yang tanya awak. Awak buat apa dekat sini?" Balas Aeris semula.

"Bak kata orang perempuan healing" ucap Matheo dan menyarungkan sweaternya ke tubuh Aeris.

Aeris tersentak buat seketika. Dia tidaklah berasa sejuk. Cuma bajunya sahaja yang agak terdedah di bahagian bahu.

"Cantik juga tanda yang aku buat" usik Matheo sambil merenung bekas merah di leher Aeris.

Aeris lantas merapatkan sweater Matheo di bahagian lehernya. Dia lupa tentang perkara itu. Pipinya lantas merah apabila teringatkan peristiwa semalam.

"Kau mesti lapar kan. Jom masuk dalam rumah semula" ucap Matheo dan memegang lembut tangan kanan Aeris.

Aeris hanya membiarkan sahaja. Terasa lain pula layanan yang diberikan oleh Matheo kepadanya. Lembut dan tiada langsung kekerasan.

"Tapi ada makanan ke? Saya check tadi macam takde apa-apa yang boleh dimasak" ujar Aeris sewaktu mereka masuk ke dalam rumah semula.

"Kau nak makan apa? Aku pergi beli" Matheo memandang semula ke arah Aeris di sebelahnya.

"Apa-apa je. Asalkan kenyang" balas Aeris dengan selamba.

"Yela. Kau tunggu aku dekat sini. Kau keluar dari rumah ni, bukan setakat tubuh kau kena gigit sekali dengan jantung kau boleh hilang"

Aeris mula bertambah takut. Apa pula kali ni.

"Apa yang awak mengarut ni?"

"Dekat sini area beruang. So stay je dalam rumah. Jangan keluar. Lagi satu, aku dah bersihkan tandas. Kau boleh mandi dulu sementara aku keluar. Ingat pesan aku, jangan keluar atau buka pintu" ujarnya sebelum berlalu pergi.

Aeris segera mengunci pintu selepas melihat kereta Matheo hilang di sebalik pokok. Harap Matheo tidak meninggalkannya seorang diri di situ.

Jika itu memang niat Matheo, musnahlah hidupnya. Tiada bekalan makanan dan hanya berbekalkan minuman sahaja.

🥀

Aeris mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Sambil dia mengeringkan sambil dia berjalan di dalam rumah tersebut.

Aeris memandang setiap gambar yang disusun di atas para itu. Semuanya gambar itu adalah gambar seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Aeris mula menduga adakah itu ibu kepada Matheo. Paras rupa kanak-kanak lelaki itu juga sama dengan Matheo. Terlihat comel dan bahagia di dalam gambar itu.

"Mungkin ni rumah mak dia" ucap Aeris perlahan.

Sedang dia ralit memandang gambar itu, pintu masuk rumah itu diketuk kuat. Aeris mula berdebar. Jika itu adalah Matheo, sudah pasti Matheo akan membukanya langsung kerana mempunyai kunci.

Satu perasaan tidak enak mula menyerbu diri Aeris. Dengan pantas Aeris berlari ke dalam bilik dan mencari tempat untuk bersembunyi.

Dari dalam tempat dia bersembunyi, Aeris dapat mendengar pintu masuk yang dikopak daripada luar. Adakah pemburu? Duganya dalam keadaan resah.

Bunyi tapak kasut di dalam rumah menambahkan lagi debar di dada Aeris. Dia hanya berharap supaya Matheo pulang dengan cepat. Bagaimana jika orang itu mahu membunuhnya.

Aeris yang tersepit dalam tempat dia bersembunyi berasa terkejut apabila terbau minyak. Malah bunyi botol yang dicampakkan juga menambahkan lagi debaran di hatinya.

"Aku dah nyalakan api. Kejap lagi hangus la rumah ni. Tugas aku dah selesai" ujar lelaki terbabit.

"Baik boss. Saya faham" sambungnya pula dengan nada yang berbeza.

Aeris yang mendengar perkataan 'Boss' disebut mula tersentak. Rumah itu bakal dibakar, dan orang yang mengarahkannya adalah Matheo? Itu sahaja andaian yang boleh dibuat oleh Aeris ketika itu.

Disebabkan asap yang semakin menebal, Aeris keluar dari kawasan dia bersembunyi. Keadaan yang bahang dan hangat membuatkan Aeris resah. Asap yang tebal juga menghalang pemandangannya ketika itu.

"Matheo" ucapnya perlahan.

Walaupun kecewa dengan tindakan Matheo ketika itu, hanya Matheo sahaja yang muncul di akal fikirannya. Dia tidak sangka Matheo akan membunuhnya dengan cara seperti itu.

🥀

Matheo yang memandu untuk pulang semula ke rumah berasa pelik dengan kepulan asap yang tebal dari arah rumah tersebut. Tanpa menunggu lama, dia lantas memecut kereta untuk sampai dengan segera.

Matheo segera turun daripada keretanya apabila melihat rumah itu dimamah api. Kepulan asap tebal juga membuatkan dia kehilangan waras saat itu.

"Aeris!!!" Jeritnya sekuat hati apabila tersedar.

"Aeris!!!"

Saat itu, fikiran Matheo buntu. Di luar rumah itu juga tiada langsung bekalan air yang boleh membantunya untuk memadamkan api tersebut.

"Aeris!!!"

Jeritnya sekuat hati. Satu perasaan bersalah mula terbit di dalam dirinya. Jika dia tidak meninggalkan Aeris di situ, sudah pasti semua itu tidak akan berlaku.

Tanpa Matheo sedar, ada air mata yang mengalir di pipinya saat melihat rumah itu dimamah oleh api yang cukup marak.

"Matheo...."

Satu suara yang lemah daripada tepi rumah mengejutkan Matheo. Dengan segera dia berlari ke arah tepi dan melihat Aeris yang sudah terduduk sambil terbatuk-batuk.

"Aeris!!"

Tubuh Aeris lantas disambutnya daripada terjatuh ke atas tanah. Kepala Aeris lantas dipangkunya dengan lembut.

"Aeris.! Kau dengar tak suara aku?" Ucapnya sambil menampar lembut pipi Aeris yang sudah tercalit kesan hitam.

Disebabkan keadaan Aeris yang lemah, Matheo lantas mendukungnya ke arah keretanya dan beredar daripada situ.

Dia hanya mampu melihat rumah itu musnah kerana dimamah oleh api marak itu sahaja. Satu perasaan marah mula terbit di dalam diri Matheo. Pasti ada seseorang yang bercadang untuk memusnahkan rumah tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, orang itu pasti Henderson.

Aeris yang terbaring di tempat duduk belakang hanya mampu memandang ke arah Matheo yang sedang memandu kereta dengan laju. Air matanya hanya mengalir apabila melihat lelaki itu di hadapannya.

PRECIOUS OF MATHEO [ C ]Where stories live. Discover now