BAB 50 🥀

15.9K 655 29
                                    

5 tahun kemudian

🥀

Semuanya berubah saat kepergian Aeris. Syarikat The. Golden mengalami fasa paling teruk sepanjang syarikat itu di dirikan. Malah S. Line yang menjadi musuh ketat kepada The. Golden telah membeli separuh saham The. Golden. Akibat daripada itu, The. Golden telah berada di bawah syarikat S. Line.

Tetapi sejak setahun lalu, The. Golden berjaya membuktikan bahawa mereka dapat berdiri semula. Semuanya berkat Matheo yang mengambil alih perusahaan itu sejak 2 tahun yang lalu.

Disebabkan usahanya itu, syarikat tersebut dapat menaik semula malah telah menjalinkan hubungan yang baik bersama S. Line.

Henderson pula telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung yang menimpanya saat kejatuhan The. Golden. Disebabkan itu dia memberi tematnya kepada Matheo dan Uncle Kevin. Mereka berdua telah bersama-sama dalam membangunkan The. Golden kembali.

Felix? Tiada siapa tahu kemana Felix menghilang. Kehilangan Felix daripada hospital juga cukup mengejutkan buat Aunty Evan dan Uncle Kevin. Anak tunggal mereka memilih untuk melarikan diri daripada semua masalah yang dilakukan olehnya. Setiap hari Aunty Evan akan menangis kerana terluka dengan pilihan Felix.

Aeris?

Selama 5 tahun, Matheo mencarinya tetapi tidak berjaya. Seluruh dunia, dia sudah meletakkan penyiasatnya untuk mencari. Tetapi sehingga kini, tiada apa-apa info yang diterimanya.

🥀

Sepasang kaki yang gebu mula berjalan perlahan-lahan sewaktu masuk ke bilik Matheo. Dengan kekuatan yang ada, dia cuba untuk memanjat katil yang agak tinggi itu.

Setelah berjaya naik ke atas, dia lantas menerpa ke arah Matheo yang sedang lena. Matheo yang sedang tidur lantas mencelikkan matanya apabila badannya tertindih dengan seseorang.

"Rielle.." ucapnya dengan nada serak. Mata dipejam kembali.

"Daddy. Wake up!!" Ucap anak gadisnya dengan nada sedikit pelat.

Badan Matheo juga digoncang dengan kuat supaya Matheo bangun.

"Rielle. Daddy mengantuk la. Bagi Daddy tidur sikit lagi ya" balas Matheo dengan nada perlahan.

"No. Rielle nak main dengan Daddy. Daddy dah janji nak main dengan Rielle. Daddy ni. Jahat!" Luahnya dengan nada kesal.

Badannya lantas dipusing supaya tidak mengadap Matheo. Malah tangannya juga disilangkan tanda frust. Matheo yang mendengar perubahan suara anaknya tersenyum sesaat.

Lantas dia bangun dan menarik tubuh anaknya ke dalam pelukan dan dikucup di bahagian pipi. Anak gadisnya itu lantas ketawa kerana berasa geli.

"No Daddy. I hate it!" Ucapnya dengan sisa ketawa.

"Marah Daddy lagi ke?" Soal Matheo dan melagakan pipinya dengan pipi anaknya.

"Hehehe. Tak. Rielle love Daddy" ujarnya dan tersenyum lebar.

Matheo yang melihat senyuman Maurielle berasa sebak. Senyuman yang sama seperti Aeris. Malah raut wajah Maurielle juga lebih ke arah wajah Aeris. Boleh dikatakan Maurielle adalah versi kecil Aeris.

"Daddy minta maaf ya. Semalam Daddy kerja lebih waktu" ucap Matheo dan mencium lembut pipi anaknya itu.

"Hehehe. Asalkan Daddy main dengan Rielle harini" balasnya dan tersenyum sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.

PRECIOUS OF MATHEO [ C ]Where stories live. Discover now