BAB 49 🥀

15K 627 31
                                    

Matheo duduk di birai katil selepas sedar daripada pengsan. Dia tidak sangka anak buah Felix akan membelasahnya seteruk itu. Tambah pula mereka semua menggunakan kayu hoki dan kayu golf untuk memukulnya.

Baron mengetuk pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik. Matheo yang melihat Baron masuk ke dalam biliknya lantas membuka suara.

"Mana Aeris?!" Soalnya laju.

Hanya Aeris sahaja yang berada di fikirannya ketika itu. Dia hanya mahu berjumpa dengan Aeris sahaja.

Baron perlahan-lahan menundukkan kepala dan badannya seolah meminta maaf. Matheo mula berasa pelik dengan tindakan Baron.

"Kenapa? Aku tanya mana Aeris kan!" Soalnya lagi dengan nada tinggi.

"Maafkan saya, Boss. Saya dan yang lain gagal mencari Madam Aeris. Kami dah jumpa rumah Tuan Felix tetapi Madam tiada di sana. Dan Tuan Felix juga berada dalam kritikal kerana jantungnya hampir ditembak" jelas Baron dengan nada lemah.

Matheo yang mendengar penjelasan Baron mula berasa tidak percaya. Tidak mungkin Aeris mati. Tidak mungkin. Firasat hatinya mengatakan Aeris masih selamat di luar sana.

"Kau jangan main-main Baron. Ini semua tak kelakar" ujarnya.

"Maaf Boss. Tapi ini semua hakikat. Waktu kami sampai dekat sana, Tuan Felix dah terbaring lemah dekat luar rumah. Saya dah periksa bahagian dalam rumah, dan ianya kosong. Tiada jejak Madam di situ lagi" tambah Baron lagi.

Dia juga sukar mempercayai bahawa mereka terlambat. Tetapi itulah yang berlaku. Felix juga masih belum sedarkan diri.

"Tak! Tak mungkin. Aeris masih selamat. Aku nak kau cari dia dekat luar. Aku nak Aeris kembali pada aku!" Bentak Matheo sekuat hati.

Baron hanya mengunci mulutnya. Dia tidak dapat membalas kata-kata Matheo. Malah anak buahnya yang lain juga turut mencari kedudukan Aeris ketika ini.

"Aeris tak kan tinggalkan aku" ucap Matheo dengan nada perlahan.

Tangannya diraup ke wajah. Kesan lebam di wajah dibiarkan sahaja. Dia tidak kisah dengan semua itu kerana fikirannya hanyalah kepada Aeris seorang sahaja.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. Baron segera melihat ke luar untuk memastikan siapa yang datang menjenguk.

"Ya. Ada apa?" Soal Baron apabila melihat seorang jururawat perempuan di luar.

"Maafkan saya Encik kerana menganggu. Saya nak berjumpa dengan Encik Matheo boleh?" Ujar jururawat itu dengan lembut.

"Okay. Silakan masuk"

Baron membuka pintu lebih besar untuk memberi ruang kepada jururawat itu untuk masuk ke dalam. Matheo yang duduk di atas katil memandang pelik ke arah jururawat itu.

"Kenapa?" Soal Matheo dengan nada kurang senang.

"Saya nak bawa Encik Matheo berjumpa dengan seseorang" luah jururawat itu.

"Siapa? Saya masih tak berdaya nak berjalan" ujar Matheo dan memandang ke luar tingkap.

"Penting ke nurse? Tuan saya baru sahaja bangun daripada pembedahan semalam. Jadi tubuh dia masih lemah" jelas Baron pula.

"Ianya penting. Sebab kami perlukan sign Encik untuk perkara ini. Saya harap Encik dapat berikan kerjasama kepada kami" ucap jururawat itu lagi.

Matheo mula mendengus kasar. Terasa rehatnya diganggu saat itu.

"Baron. Bawa baju aku ke sini" arah Matheo.

Dia malas berurusan dengan jururawat itu dengan lebih lama. Asalkan dia menurunkan tandatangannya dan semuanya akan selesai.

PRECIOUS OF MATHEO [ C ]Where stories live. Discover now