BAB 30 🥀

16K 505 12
                                    

"Matheo tahu atau tak yang saya di bawa ke sini?" Soal Aeris selepas masuk ke dalam kereta.

Baron yang baru menghidupkan kereta memandang Aeris melalui cermin kereta.

"Tak Madam. Boss takde kaitan dengan pertemuan ini" jelas Baron dan memandu keluar daripada perkarangan rumah Henderson.

"Jadi awak berada di pihak yang mana, Baron?" Tekanya lagi.

Dia dapat rasakan Baron tidak setia dengan Matheo. Terlihat Baron seolah menjaga setiap langkah yang diambil oleh Matheo. Dan seterusnya dirinya akan melaporkan kepada Henderson.

"Awak orang yang paling bahaya buat Matheo" sambung Aeris dengan nada serius. Matanya juga dihala tajam ke arah Baron.

Baron hanya mengunci mulutnya. Dia tidak mahu mengulas tentang perkara itu. Dirinya juga ada tugasnya yang tersendiri. Sama ada di berpihak pada Matheo atau Henderson, semuanya adalah pilihannya.

Sepanjang perjalanan, Aeris memerhati setiap signboard yang sempat dipandangnya. Dia perasan jalan itu juga bukanlah ke rumah Matheo tetapi tempat lain.

"Sekarang apa? Awak nak bunuh saya pula ke?" Tanyanya dengan nada keras.

"Saya hanya jalankan arahan Boss sahaja" jawab Baron dan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah.

Aeris mula mengerutkan dahinya apabila memandang sebuah rumah. Rumah tersebut juga tidaklah besar dan tidaklah kecil. Sesuai untuk seorang sahaja tinggal di situ. Dari situ dia dapat meneka apa tujuannya mereka ke situ.

"Boss minta Madam untuk tinggal di sini buat sementara waktu. Makanan, minuman, pakaian dan barang keperluan akan dibawa oleh boss nanti. Buat masa sekarang, Boss hanya mahu Madam berehat" jelas Baron dan menghulurkan sebuah bag kepada Aeris.

Aeris hanya mampu menahan sabar ketika itu. Dirinya benar-benar dianggap sebagai perempuan simpanan buat Matheo. Matheo benar-benar mahu menyorokkan dirinya daripada diketahui oleh Daisha.

Malas hendak mendengar penjelasan daripada Baron, Aeris lantas masuk ke dalam rumah. Pintu masuk juga dikunci daripada dalam.

Baron hanya melepaskan satu keluhan. Dia juga tidak berdaya untuk memujuk Aeris supaya mendengar kata-katanya. Asalkan kerjanya selesai, itu sudah cukup memadai baginya. Tanpa membuang masa, Baron lantas beredar pergi.

🥀

Felix membuka pintu kedai bunga itu dengan penuh cermat. Bunyi loceng yang kedengaran sewaktu pintu dibuka mengejutkan Sally yang sedang menyusun bunga. Dengan segera bunga ditangannya diletakkan ke tepi untuk melihat pelanggan yang datang.

"Selamat datang Tuan ke RissFlower" ujar Sally dan membetulkan sedikit rambutnya yang terjuntai ke hadapan.

"Good morning miss. Boleh saya nak jumpa seseorang?" Ujar Felix dengan gaya yang sopan.

Sally mula mengerutkan dahi. Siapa pula yang ingin ditemui oleh lelaki itu. Jika Sofi, dia sudah cukup kenal dengan semua kenalan Sofi.

"Nak jumpa dengan siapa ya?"

"Miss Aeris. Dia ada dekat sini?"

Sally berasa pelik apabila nama Aeris dipetik. Sudah lama Aeris tidak ke situ. Dan beberapa pelanggan tetap Aeris juga sudah mengetahui bahawa Aeris jarang ke sini lagi.

"Maaf ya Tuan. Puan Aeris takde dekat sini. Dia ada dekat rumah suami dia" jelas Sally.

"Suami?"

PRECIOUS OF MATHEO [ C ]Where stories live. Discover now