BAB 57 🥀

14.5K 644 8
                                    

Maurielle sedikit pun tidak melepaskan tangan Aeris. Aeris hanya membiarkan sahaja Maurielle yang duduk di ribanya. Terasa senang apabila anaknya itu menerima dirinya.

Alden yang memerhati sejak dari tadi lantas berdiri. Hari sudah lewat dan mereka harus pulang ke rumah. Matheo juga tidak berkata apa-apa dan hanya melihat hubungan antara Maurielle dan Aeris yang mula dibina.

"Aeris. Hari dah lewat ni" ucap Alden dan melihat Aeris yang sedang bermain dengan Maurielle.

Aeris lantas melihat ke arah jam tangannya. Memang benar seperti yang dikata oleh Alden, jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.

Perlahan-lahan tangan Maurielle dilepaskan oleh Aeris. Maurielle mula berasa cemas apabila melihat Aeris mengangkatnya turun ke bawah.

"Mommy nak pergi mana?" Soalnya dengan laju.

Maurielle dengan cepat memegang tangan Aeris. Dia tidak mahu Aeris pergi.

"Mommy kena balik la sayang. Dah lewat ni" ucap Aeris dan mengusap lembut pipi Maurielle.

Hatinya juga terasa berat untuk tinggalkan Maurielle. Dia masih belum puas bermain dengan Maurielle.

"Mommy kan baru balik ke rumah. Kenapa mommy kena keluar pula" rengek Maurielle. Air mata sudah mula bertakung.

Alden yang berdiri di belakang sudah dapat mengagak perkara itu akan berlaku. Dia tahu pasti Maurielle akan keliru jika situasi itu berlaku.

"Rielle. Mommy lupa bawa baju mommy ke sini. Jadi mommy terpaksa pulang dulu" muncul Matheo dan cuba memujuk Maurielle.

Aeris yang mendengar bicara Matheo segera mengangguk. Mereka perlu yakinkan Maurielle ketika itu. Maurielle mula mencebik mulut.

"Baju Aunty Jacq dan Aunty Jessie kan ada. Mommy boleh pinjam. Mommy. Jangan tinggalkan Rielle" rengeknya lagi dan memeluk leher Aeris.

Matheo mula mengeluh perlahan. Dia tahu bagaimana sikap degil Maurielle dan cara pemikiran anaknya itu. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh Maurielle untuk dapatkan apa yang dia mahukan.

"Mommy minta maaf ya Rielle. Mommy kena balik juga. Esok mommy datang semula ya" pujuk Aeris pula.

Dia tidak mahu duduk serumah dengan Matheo. Sedikit pun dia tidak mahu untuk berbual bersama Matheo.

"Mommy tak sayangkan Rielle ke?" Soal Maurielle lagi.

"Mestilah Mommy sayang" jawab Aeris dengan lembut.

"Mommy tak sayang Daddy?" Soalan Maurielle membuatkan Aeris tersentak.

Matheo yang mendengar soalan Maurielle juga berasa terkejut. Dia tidak sangka soalan itu akan lahir daripada mulut Maurielle.

"Rielle. Sayang mommy pada Rielle berbeza dengan sayang mommy pada Daddy kamu. Mommy tak boleh bersama dengan Daddy kamu. Sayang antara kami berdua berbeza" jelas Aeris.

Walaupun dia tahu Maurielle tidak akan faham, dia tetap akan memberitahu seperti itu. Sekurang-kurangnya Maurielle tahu bahawa hubungan mereka berdua tidak seperti keluarga yang lain.

"Mommy jangan tinggalkan Rielle. Rielle tak nak berpisah dengan Mommy!!" Laung Maurielle tiba-tiba.

Semakin lama semakin kuat tangisan Maurielle ketika itu. Aeris dan Matheo juga berasa terkejut dengan perubahan reaksi daripada Maurielle.

Matheo lantas menarik Maurielle dan mendukungnya. Diusap lembut belakang badan Maurielle yang terhincut-hincut. Aeris mula berasa serba salah.

"Awak balik la dulu Aeris. Saya akan pujuk Rielle" ucap Matheo dan cuba memujuk Maurielle.

PRECIOUS OF MATHEO [ C ]Where stories live. Discover now