4. pensil warna bumi.

7.2K 968 436
                                    

***

"BUMI, Alam! dah siap ke? jom, Bai Hujan hantar pergi sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BUMI, Alam! dah siap ke? jom, Bai Hujan hantar pergi sekolah." seru Hujan dari bawah.

hari Isnin datang lagi. menjadi permulaan minggu yang penuh sibuk, baik yang ke sekolah, kampus, universiti ataupun pejabat. kalau ditanya kepada Bintang, dia cukup tak suka dengan hari Isnin. sebab dia jenis malas. ini bukan tahap malas lain. malas dia tu, malas orang lain insecure. aduhai, Bintang, Bintang.

"Bai. apa kata kita ponteng sekaliii je. boleh tak?" soal Alam, hujung baju sekolah yang sudah digosok itu dipintalnya berkali-kali. Bintang tertawa sinis.

"kalau kau kerja ponteng je, macam mana nak jadi macam Bai Hujan kesayangan kau?" perlinya. Hujan yang sedang menyarungkan kasut itu tersenyum kecil.

"tak payah jadi macam Bai Hujan pun takpe. Alam pergi sekolah, belajar rajin rajin pun dah cukup bagus!" sampuk Awan, matanya ditinggalkan sekejap dari skrin laptop miliknya. sesekali, Awan mengeluh. resipi-resipi kek dan biskut memenuhi catatan di buku notanya, untuk dibuat rujukan. Awan dan Laskar, keduanya mempunyai sebuah book cafe yang diusahakan oleh mereka sejak setahun yang lalu. kafe itu sempat ditutup selepas Papa dan Mama pergi meninggalkan mereka. kata Laskar, dia tidak sanggup, kerana kafe itu memegang seribu kenangan manis keluarga mereka sendiri. namun, dek sokongan dan kata kata semangat yang tidak putus dari Langit, mereka memutuskan untuk membuka semula kafe itu. yang lalu, biarlah berlalu, kata Langit.

"alah, tapi Alam malas lah kali ni. betul betullll malas." adunya. Hujan tertawa lagi, lalu duduk melutut di hadapan adiknya. disarungkan kedua belah kasut lalu diikat tali kasut Alam. Alam hanya diam di hadapan pintu. mukanya cemberut.

"sayangnya Bai Hujan, tak boleh malas malas! semangat! nanti habis sekolah, Bai Hujan belanja aiskrim." ujar si abang, cuba memujuk adiknya yang satu itu.

serta merta, mata Alam berbinar.

"betul?"

"bocah, sebut aiskrim je dah bersemangat. senang betul kena sogok kau ni." seloroh Laskar dari belakang. lelaki itu kini telah siap berhoodie kelabu dan berseluar trek hitam, niatnya ingin menziarahi kafe untuk melakukan sedikit kerja kerja di sana.

"karang orang mintak album kpop, kena cop adik tak sedar diri pulak." bisik Alam. sayang seribu kali sayang, Laskar yang memang sudah dekat dengannya terdengar semua sindiran itu. apa lagi? dipulas telinga anak kecil itu sekuatnya.

"ADUH!"

"OOO, PANDAI KAU MENJAWAB AKU YA!" marah Laskar. Alam mengaduh kesakitan.

"ISH-YA, YA, ALAM MINTAK MAAAAAF! lepas!!" pintanya. Laskar melepaskan telinga kecil Alam dengan senyuman jahat di wajahnya.

Bintang? abang itu hanya mengkekeh sendirian, suka melihat adiknya yang paling ia musuhi itu tersiksa. Hujan juga tertawa kecil, sebelum meraih tangan Alam dan mengenggamnya kemas.

di bawah langit Where stories live. Discover now