8. alam dan semestanya.

5.8K 886 787
                                    


***

DAHULU, sewaktu Alam berusia 5 tahun, Alam sangat suka duduk di pondok yang dibina khas oleh Papa dan Langit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAHULU, sewaktu Alam berusia 5 tahun, Alam sangat suka duduk di pondok yang dibina khas oleh Papa dan Langit. pondok berwarna coklat tua yang sedikit reput atapnya, namun masih kukuh dan teguh berdiri. pondok, bukan sebarang pondok. pondok yang menyimpan seribu satu kenangan, pahit manis dan segala rahsia.

di pondok itu, Hujan duduk menulis puisi. di pondok itu, Laskar mengenal erti sebuah keadilan ketika Papa dengan berterusan menasihatinya untuk melayan kesemua adiknya dengan sama rata, termasuklah Awan. di pondok itu, Bintang duduk menatap langit, mengenangkan wajah Puteri saat dia pernah dijadikan rumah. di pondok itu, Langit menghabiskan masa mengajar Bintang melukis, kerana dua orang itu berjiwa seni dan sastera. di pondok itu, Bumi dan Alam bermain, bahkan, menyorok sekiranya dicari Laskar kerana takut dihukum atas kesalahan mereka.

di pondok itu, Alam menunggu ketibaan Papa dan Mama setiap petang dari tempat kerja mereka. setia menunggu, tidak ada sekalipun yang ia lupa untuk berlari keluar ke pondok itu setiap hari. setiap. hari. dengan mata yang penuh mengharap, senyuman yang penuh tidak sabar.

betapa hancurnya hati dia apabila suatu hari, yang ditunggu tak pernah datang. pulang, tetapi dalam bentuk jasad yang tidak bernyawa. Alam hilang tujuan, diri, bahkan harapan, dia hilang segalanya. hati anak kecil itu rapuh, serapuh rapuhnya. Alam yang baru berusia 5 tahun ketika itu sangat bingung ketika soalannya dibalas dengan tangisan si abang.

"Bai, Mama, Papa kenapa? kenapa Mama, Papa baring? tak bukak mata? kenapa Papa tak gerak? kenapa Mama tak cakap?" soalnya. Langit tersenyum dalam luka, mengelus rambutnya sebelum membawanya kedalam dakapan yang paling erat.

"Mama, Papa... pergi taman syurga."

"bukan kalau nak pergi taman syurga kena meninggal dulu ke, Bai? Mama dengan Papa meninggal ke?" soalnya lagi.

Langit tidak membalas, cuma mengeratkan pelukannya sebelum tangisan itu kembali pecah.

dan ketika itu, Alam mula mengerti. setiap yang hidup, pasti akan mati. setiap yang datang, pasti akan pergi.

sejak hari itu, Alam tidak pernah lagi duduk di pondok itu untuk menunggu. Alam bahkan tidak mampu memandang pondok usang itu setiap kali ia masuk ke dalam perkarangan rumah. kerana Alam takut. takut jika ia duduk lagi, menunggu lagi, hal yang sama pasti berulang.

namun,

pada malam itu, Alam duduk termangu bersama Bumi di pondok. memeluk kaki yang semakin dingin, berasa sejuk dengan angin hujan yang semakin bertiup kuat. Alam kini menunggu, menunggu dengan suatu rasa yang kurang enak. seperti sesuatu yang bakal terjadi, akan menjadi dejavu buat anak itu sekali lagi. Alam menelan air liur yang terasa jauh lebih pahit, sebelum menoleh memandang Bumi yang kini turut sama menunggu.

Bumi menjatuhkan kepalanya ke pundak Alam. lelah. kantuk mulai menguasai segalanya. namun ia tetap berkeras untuk berjaga.

"Alam, bila Bai nak balik?" tanya si bongsu. Alam diam, tidak mampu berkata apa apa. di antara takut memberi janji dan harapan kepada dia, maka Alam memilih untuk mendiamkan diri.

di bawah langit Where stories live. Discover now