9. laskar bukan pelangi.

5.7K 821 624
                                    

***

SEPANJANG seorang Laskar Arasyah hidup di muka bumi ini, beliau tidak pernah sekalipun menangis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPANJANG seorang Laskar Arasyah hidup di muka bumi ini, beliau tidak pernah sekalipun menangis. apa jua ujian yang dia hadapi, semuanya bakal dihadapi dengan pendirian diri yang teguh, walaupun hatinya hancur bukan kepalang. bahkan, saat Mama dan Papa meninggal, anak itu tidak menangis, melainkan hanya marah atas takdir Tuhan yang menimpa dirinya. tatkala semuanya menangis di dalam, Laskar keluar, menghamburkan rasa marahnya kepada tanaman yang ada di sekeliling. Laskar tidak mampu untuk bersedih kerana sesungguhnya, rasa ralat itu melebihi segalanya.

Laskar bukanlah antara anak kesayangan kedua ibu dan bapanya. baginya, Laskar hanya seorang anak yang biasa. tidak dibenci, tidak juga begitu disayangi. tetapi itu tidak pernah menjadi masalah buatnya kerana Papa selalu membuatnya rasa cukup.

suatu hari, di pondok, Laskar duduk di samping Papa sambil menghirup secawan teh panas. langit sedang melukis senja, sinaran mentari memancar lembut dengan angin yang menghembus perlahan. Laskar sedang bermain-main dengan kukunya, petanda mungkin ia sedikit gugup—kerana Laskar jarang sekali diajak bicara sama Papa. kalau iya pun, mungkin kerana Laskar berbuat salah. tetapi pada hari itu, Papa duduk di sampingnya sambil tersenyum kecil, menepuk pundak Laskar lembut.

"Laskar, Papa mahu minta satu perkara dari Laskar, boleh?" soalnya. Laskar memandangnya dengan terkebil-kebil, sebelum mengangguk perlahan.

"Laskar harus jadi pelangi. buat semua. Papa tahu, Laskar tidak suka kelihatan lemah di hadapan orang, barangkali, Laskar juga tidak suka akan yang namanya kesedihan. tidak apa apa, sayang, kalau Laskar mahu terus tersenyum, berbahagialah. tetapi bahagia Laskar harus dibahagi kepada semua, ya nak? soalnya, Laskar seorang abang yang sangat bertangggungjawab. Bai Langit mungkin memahami, tetapi kamu lebih mengetahui, Laskar. Laskar mirip Mama. Papa percaya kalau Laskar bisa bantu Bai Langit menjadi ketua keluarga yang baik saat kami tiada nanti."

Laskar menatap mata bulat Papa yang sedikit berkedut kelopaknya itu lamat-lamat, sebelum tersenyum.

"Papa, Mama nak pergi mana?" soalnya. Papa tidak membalas, cuma menyisir rambut hitam milik Laskar perlahan dengan tangan kasarnya.

"Papa mohon maaf ya kalau Laskar merasa tidak cukup menjadi seorang anak." ucapnya lagi. Laskar menggeleng, menidakkan.

"tak apa, Papa."

Laskar boleh berbicara seperti itu kerana dia tahu, ada satu sosok lain yang mampu membuatkan dirinya sentiasa berasa cukup dengan segalanya. Laskar boleh tersenyum seperti itu kerana ia tahu, ada insan lain yang bakal menyayanginya lebih dari apa yang ia rasa sebagai seorang anak.

sebagai seorang adik pertama, khususnya.

Langit ada ketika Laskar jatuh. Langit bantu papah Laskar sekiranya ia tersadung di jalan yang ia ingin tuju. Langit ada untuk mengucapkan kata sayang tatkala Papa jarang sekali berbuat demikian kepadanya.

di bawah langit Where stories live. Discover now