6. hari jadi hujan.

6.5K 803 139
                                    

***

HUJAN Arasyah punya dua sisi yang berlainan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUJAN Arasyah punya dua sisi yang berlainan. satu, sisi selesa. dan satu lagi, sisi yang ia terapkan di dalam diri lalu ditonjolkan terhadap manusia —, selain adik beradiknya— selama hampir 17 tahun bernyawa. di sekolah, Hujan itu ibarat harapan institusi, bahkan, negara kalau dia minta Aidan untuk melebih lebihkan definsi 'primadona versi lelaki' sekolah. Hujan punya semuanya, akal yang bijaksana, suara yang merdu, kebolehan bermain alat musik, jago bersukan, presiden dalam kelab bahasa, segalanya. tambahan pula, dia juga sifatnya sangat merendah diri, tidak pernah sombong dan memandang orang lain sama taraf dengan dirinya sahaja. mendengar hal itu, siapa saja yang tidak jatuh suka dengan pesonanya?

Hujan diminati ramai. menjadi sanjungan para guru dan warga sekolah. orang orang mungkin akan menyoal diri mereka, apa sahaja yang Hujan tidak ada dalam hidupnya yang serba sempurna itu? mereka akan beranggapan Hujan tidak punya masalah dunia, hidupnya cukup bahagia dengan populariti yang ia ada.

tetapi hakikinya, hati Hujan kosong. sekosong kertas putih yang bahkan tidak terisi satupun coretan pensil, atau coletan warna. Hujan senyum untuk tampak ceria, tetapi hatinya tidak merasakan hal yang sama. Hujan bersungguh sungguh memuaskan ekspetasi tinggi manusia di sekelilingnya, walau pada akhirnya ia tahu, hasilnya itu tidak memberi apa apa impak buat dirinya. ibarat, dia hidup untuk orang lain.

Hujan tidak mahu diceritakan sisinya yang tampak sangat, menyedihkan itu. Hujan tidak suka, kerana padanya itu merupakan hal jemu yang telah dia hadapi dari hari ke hari.

Hujan mahu yang berbeza.
sisi Hujan di rumah yang mahu dijelaskan.
sisinya yang hanya ditonjolkan di rumah, dan hanya rumah.

rumah, dalam definisi kamus dewan bahasa dan pustaka bermaksud kediaman atau binaan untuk dijadikan tempat tinggal seseorang. tetapi, bagi Hujan, rumahnya sendiri adalah ahli keluarganya.
Hujan itu pendiam, tidak gampang bercerita tentang masalahnya secara terbuka. tetapi meskipun begitu, adik serta abangnya telah berjaya membuatkan Hujan keluar dari zon selesa. hati Hujan yang kosong diwarnai dengan pelbagai warna pelangi oleh satu satunya keluarga yang ia punya.

suatu malam, di mana Hujan sedang hanyut dalam fikirannya yang menewarang jauh merentasi masa dan waktu, Langit duduk di sebelahnya sambil memetik gitar. mengalunkan melodi, bersenandung perlahan. Hujan bahkan tidak menyadari, itu merupakan momen pertama dari sekian harinya dia tidak berdua duaan dengan abang sulungnya. selalunya, Langit sibuk melayan kerenah Bumi, ataupun Alam yang akan terus menerus menganggu keamanan Hujan. Bintang mungkin akan menjadi tukang ketawa, Laskar sebagai ibu yang garang, dan Awan akan tersenyum mengejek. jarang sekali untuk Hujan dan Langit untuk duduk bersama, di bawah sinaran rembulan yang memancarkan sinarnya.

"badai tuan telah berlalu," mulai Langit, memecahkan sunyi.

salahkan ku menuntut mesra?
tiap pagi menjelang
kau di sampingku

di bawah langit Where stories live. Discover now