di semesta yang lain,

7.2K 837 288
                                    


***

LANGIT sedang menyapu sampah di luar rumah, kadang kala, peluh di dahi dilap dengan lengan baju T-Shirt nya. lelaki itu menghela nafas yang sedikit mengah, sebelum berdiri tegak dan bersandar kepada batang penyapunya.

tak lama selepas itu, telefon yang disimpan di dalam poket celananya bergetar. Langit segera menyeluk saku untuk memancing telefonnya, dan setelah itu, notifikasi mula terpapar di layar. Langit mengukir senyuman tipis sebelum menekan notifikasi itu sekali.

__________

biru 💙
online

biru 💙
HELO HELOOOO 👋🏻👋🏻👋🏻
LANGITTTT
🤨🤨🤨

you
helo biru ☺️
assalamualaikum, selamat pagi

biru 💙
OH hehehe waalaikumsalam
Langit dah sedia ke nak datang rumah Biru?
jumpa keluarga Biru 🙀

you
iyaaa
ini Langit lagi sapu rumah
janjinya pukul 2, kan? selepas Zuhur

biru 💙
haah
hehe
nanti Langit datang sini pakai baju warna apa ya 🤔

you
kamu maunya warna apa?

biru 💙
biruuuuuu hihihi

you
haha iyaa
boleh
nanti Langit cari baju warna biru yaa

biru 💙
OKIE 🫡🫡
EHH ADIK BIRU DAH BANGUNN
NANTI YAAA
SEE YOU LATER LANGITT 😄😄
BYEBYE 😸👋🏻👋🏻

you
sampai jumpa nanti juga, Biru 😄

__________

LANGIT merapihkan kemeja biru muda yang dipakainya. sesekali, dibetulkan kedudukan anak rambutnya yang sedikit panjang itu, lalu disisir hingga ke tepi. sebetulnya, Langit gugup. ini pertama kali ia bakal datang ke rumah cinta hatinya, Biru. namun, dicuba untuk meyakinkan diri agar bunga di taman yang satu itu dapat dipetik olehnya.

lalu tanpa membazirkan waktu lagi, Langit keluar dari perut kereta. setelah mengunci kereta, sosok itu berdiri di hadapan pagar rumah Biru sambil mencuba mengatur nafas.

"Bismillah," lafaznya, lalu menekan punat loceng.

setelah beberapa ketika, keluar seorang lelaki yang kelihatan jauh lebih muda darinya. seorang budak, kalau mahu dijelaskan lagi. budak lelaki itu menatap Langit hairan, sebelum bergegas ke pagar rumah.

"awak ni.... siapa?" tegurnya. Langit sedikit terkesima, namun cuba dihadiahkan senyuman buatnya.

"helo, adik. ini—"

"BUMI! MANA PENSIL WARNA AKU!!" jerit seorang lagi lelaki dari dalam rumah, membuatkan budak itu mengubah riak wajahnya. Bumi pantas membuka pintu pagar, lalu menyorok di belakang Langit.

selaras dengan itu, seorang lelaki dengan T-Shirt polos dan seluar tidur panjang keluar dengan emosi. dirinya pada awal ingin menjerit, namun, tatkala memandang Langit yang sedang terpaku di hadapannya, Bintang pantas mematikan hasratnya.

"hah..." ungkapnya, keliru.

"bising! aku nak tidur pun susah! Bintang mana Bintang? aku la—" keluar lagi seorang lelaki, rambutnya sedikit panjang dari biasa. baru ingin memaki hamun, niatnya pantas surut saat bertentangan mata dengan Langit.

"err.." lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Bai! psst, siapa tu?" bisik Bintang kepada abangnya. Awan menggeleng tanda tidak tahu.

Bumi perlahan-lahan mengintip dari belakang badan Langit, dan sayangnya, ekor mata Bintang tajam menangkap pergerakan itu. lalu, terus diupakan tentang malu dan segala canggung. Bintang berlari ke arah Langit dan menerkam Bumi di belakangnya.

"EH! EH!" gelabah Langit. Bumi memusingkan badannya sebagai pelindung, dan hasilnya, Langit juga ikut terpusing.

"MANA KAU! MANA KAU? HAH? EH? BUMI? KELUAR! MANA PENSIL WARNA AKU!" jerkahnya.

"MANA LA ORANG TAU! LAST ORANG NAMPAK DEKAT BAI AWAN—"

"aku seni masa sekolah pun fail, nak pakai pensil warna kau. buat apa? lukis corak atas kek?" sampuk Awan dari belakang.

"OH, KAU PANDAI TIPU YE! TAK PADAN DENGAN KECIK! EH, SINI KAU, BUMI, SINI—AAAAAAAAAAAA!!!"

belum sempat lelaki itu berjaya menangkap Bumi, akhirnya, dirinya sendiri telah berjaya ditangkap terlebih dahulu oleh sosok yang lain. telinganya dipulas hingga ke atas, maka Bintang terus mengaduh kesakitan.

"BAI! BAI! SAKIT! SAKIT!" adunya.

"KAU TAK PADAN DENGAN DEPAN ORANG, KAU BOLEH TUNJUK PERANGAI YA!" marah Laskar, bercekak pinggang sebelum menarik Bintang untuk berdiri di sebelahnya. sementara itu, Alam yang berada di belakang sedang tertawa terbahak bahak. suka melihat abang kesayangannya yang satu itu dibuli oleh Laskar.

"aduh—okay, okay. lepas!" pintanya. Laskar mendengus, sebelum melepaskan tangannya dari telinga merah Bintang. Bintang mencebik tanda tidak suka.

Laskar menghela nafas, sebelum pada akhirnya ia bertentangan mata dengan Langit. tersentak, ia sedikit menjauh dan tersenyum senget.

"oh..ini... yang nak kawin dengan Kakak ya..." katanya. Langit terdiam, lalu ia malu malu menunduk.

"OH! TU LA BOYFRIEND KAKAK!" seru Hujan dari belakang. Awan yang berdiri berhampiran dengannya sontak terkejut dengan kehadiran tiba tiba Hujan. Awan menampar pundak Hujan keras, mengundang jeritan kecil darinya.

"ADUH!"

"KAU NI, TERKEJUT AKU!" bisik Awan. Hujan tersengih, menayangkan wajah tidak bersalahnya.

"apa ni bising bising— ya Allah. ramainya dekat luar ni! kenapa—eh, Langit!" Biru yang baru keluar itu pantas berlari-lari anak untuk mendapatkan Langit.

"iya, jangan lari, Biru. nanti jatuh." nasihatnya.

Biru tidak membalas apa apa selain menghadiahkan wajah beserinya yang cukup teruja. hati Langit menghangat.

"hehe. eh—ini, Langit dah kenal ke dengan adik adik Biru?" soalnya. Langit menggeleng perlahan, namun tangannya jatuh ke atas bahu Bumi.

"belum. tapi ini... namanya, Bumi, ya?" soal Langit kepada Bumi.

Bumi perlahan lahan mengangguk. Langit tertawa sedikit, lalu mengelus rambut hitam anak itu lembut.

"itu Bai Laskar. Bai Awan, Bai Bintang, Bai Hujan, dan Bai Alam." terangnya lagi, sebelum menunjuk ke arah satu persatu abangnya.

lalu, jari telunjuk anak itu melurus ke arah Langit.

"kalau ini, Bai apa?" soalnya, penasaran.

Langit tersenyum tipis.

"kalau yang ini, Bai Langit."




__________

END.

penjelasan — di dimensi yang lain, Langitnya masih hidup, namun terlahir sebagai anak tunggal. sementara itu, adik adik Langit menjadi adik adik Biru, dan pada akhirnya, mereka tetap dapat bersama meskipun sebagai adik dan abang ipar :)

di bawah langit Where stories live. Discover now