CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BANGKIT daripada lena pada pagi itu, Wadi Aakeef langsung mengetuk pintu bilik wad si dia. Benar bimbang wanita itu melarikan diri, maka dia harus memastikan keberadaan cinta hatinya masih lagi di tempat yang sama.
"Nia, abang masuk ya..." Dia bersuara apabila bunyi seakan-akan benda jatuh kedengaran dari dalam sana.
Kuak pintu bilik wad itu lebar-lebar, dia melihat si adik sudah terduduk di lantai. Wajah itu berkerut menahan sakit. Kelam-kabut dia mendekati si adik seraya mencapai kain bagi menutup rambut yang terdedah itu.
Kali kedua dia melihat adik angkatnya itu dengan aurat yang tidak sempurna. Tipu jika hatinya tidak meresah. Jantungnya tidak mampu berdegup dengan normal. Berbeza rasanya melihat wanita yang sememangnya seksi tidak bertudung tidak dikenali, dengan seorang wanita yang biasa terlihat menjaga aurat di hadapannya. Pemilik cintanya pula!
"Nia... buat apa ni? Macam mana boleh jatuh? Kenapa tak panggil abang?" Dia menyoal bertalu-talu sambil cuba membantu wanita itu bangun daripada jatuhannya, namun segera tangannya ditepis oleh si empunya diri itu.
"Nia okey. Nia nak pergi tandas, tapi kaki Nia sakit sangat nak jejak lantai. Nia tersalah paut tangan Nia, tu yang jatuh," cerita Hanania sambil tangannya cuba berpaut lagi pada tiang hujung katil.
"Ermm..." Aakeef hanya mampu melihat wanita itu bersusah-payah sendiri. Hendak membantu, awal-awal sudah ditepis. Dia tahu wanita itu tidak selesa disentuhnya dan dia pun serba-salah hendak menyentuh wanita itu sewenang-wenangnya. Mereka belum ada apa-apa ikatan yang menghalalkan sentuhan sesama mereka.
"Lain kali, panggillah nurse tolong Nia. Apa guna nurse ada kalau tak boleh tolong Nia sakit macam ni..." Sempat Aakeef membebel kepada wanita itu.
Hanania hanya menjeling. Tidak berminat hendak membalas pernyataan itu. Yang dia berminat, kehadiran lelaki itu pada waktu awal pagi begini.
"Tak balik rumah ke malam tadi? Awal betul sampai sini?" soalnya berbasa-basi dalam pada dia melangkah perlahan menuju ke bilik air.
"Tak. Abang dekat luar wad ni. Jadi penjaga bilik wad ni." Jujur Aakeef menjawab soalan tersebut.
Hanania tersengih sinis. "Macam tak ada kerja lain je. Doktor sini, kan? Pergilah jaga patient tu."
"Ni... abang jaga patient abanglah ni. Patient abang yang paling dapat perhatian abang. Kejap lagi abang ambilkan tongkat. Ke nak kerusi roda? Senang nak gerak mana-mana nanti."
Hanania hembus nafas berat. Boleh tahan manis mulut abang angkatnya. Dengan dia pun, bermulut manis. Dengan tunangnya, bagaimana pula ya?
"Mana-mana jelah. Asalkan Nia boleh berjalan," jawabnya ala kadar. Entah mengapa, hatinya terusik perasaan cemburu tanpa diketahui sebab. Bukannya ada Kasih Nur Irdeena pun di sini.
Tapi, tak ada Kak Deena sekarang ni pun... realitinya Abang Aakeef tetap tunang Kak Deena.
Jiwa mendesis halus. Merobek luka dalam hati sendiri.