RH | 10

154 10 5
                                    

SEPANJANG perjalanan pulang dari hospital, suara Rayhan Harriz yang riuh memeriahkan suasana dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEPANJANG perjalanan pulang dari hospital, suara Rayhan Harriz yang riuh memeriahkan suasana dalam kereta. Berceloteh itu ini dan sibuk mengajak adik-beradiknya berbual.

Raissa Hanania yang berada dalam kereta sama dengan Wadi Aakeef sebagai pemandu mereka malam itu hanya membisu. Sekali-sekala menjawab soalan dan menyambut kata-kata Rayhan bersama senyuman dan ketawa.

Tiba di rumah, Rayhan membantu kembar perempuannya untuk masuk ke dalam rumah. Aakeef membantu membukakan pintu untuk mereka.

Saat Rayhan ingin membawa Hanania ke bilik tidur, si abang bersuara mematikan langkah mereka.

"Aku nak cakap dengan Nia kejap," pinta Aakeef sambil anak matanya memanah tepat wajah Hanania, tanpa sedikit pun tertumpu pada wajah manusia yang sedang dia berbicara.

Rayhan tidak banyak karenah. Dia membawa adiknya itu ke ruang tamu. Dia berlalu ke ruang dapur. Bukan ingin memberi ruang dua manusia itu berdua-duaan, cuma dia menghormati si abang yang pastinya ada sesuatu hendak dibicarakan kepada si kembar.

Aakeef mengambil tempat duduk berhadapan dengan Hanania. Santai. Tangan menyilang di dada. Dia tatap dalam wajah kemerahan si dia yang sering sahaja tidak keruan dengannya.

Hanania berdeham. Tidak selesa direnung sebegitu tajam oleh lelaki bermata helang itu. Ingatkan alimlah sangat, tapi tenung dia bukan main! Tenung jelah Kak Deena tunang dia tu!

"Nak cakap apa? Cakaplah cepat. Nia penat. Nak naik mandi... tidur..."

Aakeef hela nafas berat. Boleh tahan lelah dia melayan emosi wanita itu. Sekejap dingin, sekejap manja.

"Nia merajuk dengan abang pasal tadi?" soalnya, meminta kepastian.

Berkerut wajah Hanania. Lupa perihal apa yang dirajukkannya tadi. Apa yang membuatkan lelaki itu rasa dia merajuk? Dia rasa sering sahaja hatinya tidak menentu tatkala pandangannya bersabung dengan pandangan helang itu. Kerana itulah dia sering melarikan diri. Tidak selesa. Apatah lagi mengenangkan status lelaki itu yang terikat dengan wanita lain.

"Tadi?" Hanya itu yang mampu terpacul keluar dari ulas bibirnya.

"Dekat hospital pagi tadi... abang doa yang buruk-buruk untuk Nia?"

Nia terdiam. Tidak tahu hendak menjawab apa. Merajuk? Rasanya tidak. Tidak merajuk? Pun tidak juga.

"I'm sorry..." ucap Wadi Aakeef perlahan, tetapi jelas apabila melihat reaksi yang diberi si dia.

Hanania menjatuhkan kepalanya sekali.

"Terima kasih... sebab abang bawa Nia jumpa baba tadi." Dia pula mengungkap kata. Kepala tertunduk ke bawah. Panahan mata jatuh ke jari-jemari yang saling tergenggam di ribaan.

Aakeef tersenyum halus di hujung bibir melihat tingkah wanita dambaannya itu.

"Nak abang tidur sini ke balik rumah abang?"

Raissa Hanania | Cinta Dambaan Wadi Aakeef (Spin Off Airayyan Collection)Where stories live. Discover now