CINTA bermula seawal 7 tahun. Cintakan anak bongsu perempuan kepada seorang lelaki yang digelar baba dan mama, ibu bapa angkatnya. Mereka tahu dia yang sentiasa menyayangi Raissa Hanania lebih daripada seorang adik, namun banyak halangan antara dia...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"HEY, baby... morning!" Senyuman ceria bersama sapaan bertenaga dihadiahkan Wadi Aakeef kepada si adik yang baru sahaja tiba di tingkat bawah.
Panggilan 'baby' tu, bukan dia hendak mengada sangat pun... sudah terbiasa. Sejak kecil panggilan itu meniti di bibir. Bahkan ahli keluarga angkatnya termasuk baba dan mama menggunakan panggilan 'baby' untuk si bongsu mereka.
Itu yang kadang depan Hasyaf Asyriq juga dia berani berbaby-baby dengan Raissa Hanania. Jikalau 'special', tiadanya dia guna panggilan itu pada masa si wanita sudah terikat dengan lelaki lain.
Senyuman tipis di bibir mungil itu menjadi balasan untuk Wadi Aakeef. Keadaan wanita itu masih sama seperti semalam. Berjalan payah dengan kaki yang berbalut tebal.
"Okey tak, kaki tu? Better dari semalam? Atau lagi sakit dari semalam?" tanya Aakeef prihatin. Gerak-geri si dia yang melabuhkan duduk di sofa diperhati.
"Okey." Hanya sepatah perkataan itu diungkap si dia. Berat sungguh mulut!
Tidak sempat Wadi Aakeef berbual lanjut dengan wanita itu, muncul Rayhan Harriz antara mereka. Ceria dan riang sahaja lelaki itu pada pagi hari begini.
"Haa, dah siap makanan! Jom, bang... Nia... kita breakfast dulu."
"Kau buat breakfast, Han?" Sengaja Aakeef mengusik adik lelakinya itu. Boleh tahan rajin Rayhan hari ini. Selalunya pemalas. Mana mahunya masuk dapur.
"Eii... tengok oranglah. Tangan aku ni, tangan chef hotel lima bintang. Selama ni saje je tak nak bagi kau orang rasa. Limited edition gitu..."
Aakeef ketawa. Si bongsu lelaki yang suka loyar buruk. Ada sahaja perkara hendak dibawa bergurau. Jarang tidak ceria jikalau duduk bersama Rayhan Harriz.
"Sini, Nia..." Rayhan membantu si adik melangkah ke meja makan.
Aakeef membuntuti mereka.
"Aisy mana? Tak join breakfast sekali?"
"Tak kut. Tidur lagi dia. Tak tahu semalam balik pukul berapa. Aku tidur pukul 2 pun dia belum sampai rumah lagi," cerita Rayhan kepada si abang yang bertanya.
"Ohhh..."
"Kita gerak hospital terus lepas makan, kan?" Aakeef ajukan soalan lain pula.
"Gerak teruslah. Baba boleh keluar dah kut. Tunggu doktor periksa sekali lagi. Mama minta aku bawakan baju dan jaket baba ni..."
Terangguk-angguk kepala Aakeef mendengar makluman itu.
"Haaa... jemputlah makan! Jangan compare dengan mama masak. Masakan mama tak ada lawan. Tapi lepas mama, siapa paling terror masak dekat rumah ni, memang akulah! Makan, makan..."
Rayhan Harriz masih riuh menceriakan suasana sambil setiap hidangan di atas meja disua kepada adik-beradiknya. Wadi Aakeef dan Raissa Hanania yang tidak banyak karenah melayan dan menyambut huluran lelaki itu.