L'amore e'oro: 14

5.2K 301 33
                                    

Keesokan harinya

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Keesokan harinya...

         Edwis melangkah masuk ke dalam biliknya. Bilik besar yang mempunyai sebuah katil king berwarna putih.

          Di tengah tengah siling, tergantung nya lampu chandelier besar yang menjadi hiasan bagi bilik itu.

          Bilik yang cukup luas. Sangat kemas dan teratur. Susun atur yang sesuai dengan tema kayu modennya.

        Dia melabuhkan punggung di birai katilnya. Sang isteri yang masih terbaring ditilik lama.

              Sejak pulang semalam, Qiura tidak sedarkan diri. Darah yang hilang dari badannya terlalu banyak sehingga lima pek darah habis sepanjang malam tadi.

          Luka lukanya juga teruk. Kulitnya terkoyak rabak, ada juga daging yang hancur.

        Kini, dia masih di bawah pantauan Edwis. Ya. Kerana dia juga merupakan seorang doktor.

        Doktor yang tidak bertugas sebagai doktor di hospital. Dia mempunyai kelulusan Phd.

              Tapi itu hanya sebagai pencapaian akedemik nya. Dia lebih berminat menguruskan syarikat papanya.

        Jadi sebab itulah dia menguruskan hospital milik keluarganya sekarang, bukan sebagai doktor, tapi sebagai CEO hospital sahaja.

       Wajah Qiura yang sedikit pucat itu ditilik buat seketika.

          Bulu mata yang begitu lentik, hidung mancung yang sempurna terbentuk, bibir yang selalunya merah, tetapi kini pucat sedikit.

          Walaupun begitu, tidak sikit pun mencacatkan kecantikan isterinya.

      Kulit putih kepucatan milik isterinya itu juga selesa dipandang sentiasa.

     Jika hendak dibandingkan dengan Qaseh, Qiura lebih kepada natural. Dia tidak mengenakan alat solek, namun wajahnya kekal sama.

       Tapi Qaseh, dia lebih kepada berhias.. cantik tetap cantik..

              Kalau dari segi pakaian, dia lebih memilih Qaseh kerana tunangnya itu bertudung dan menutup aurat. Berbeza dengan Qiura.

           Qiura tidaklah seksi, tapi Edwis kurang selesa dengan cara pemakaiannya.

              Tapi Edwis akui, sekiranya Qiura mengubah cara pakaiannya, dia tidak takut untuk mengaku dia jatuh cinta, kerana Qiura berbeza.

        Berbeza dengan mana mana perempuan yang dia pernah jumpa sebelum ini.

          Bercakap tentang Qaseh tadi, tiba tiba telefonnya berdering.

         Dia tidak mahu menganggu Qiura yang sangat memerlukan rehat ketika ini.

     Jadi dia mengorak langkah keluar untuk menjawab panggilan telefonnya itu.

L'AMORE E'ORO ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt