L'amore e'oro: 85

9.8K 346 19
                                    

Lima minggu kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima minggu kemudian,

Istanbul, Turki.

Rumah Tuan Qiyran sudah dipenuhi dengan susuk tubuh ramai tetamu dari kedua belah keluarga. Cuma mereka tidak menjemput terlalu ramai.

  Hanya ahli keluarga dan rakan rapat.

Ruang tamu sudah dihiasi cantik dengan bunga bungaan dan hiasan pelamin simple yang indah dipandang.

        Alahai, yang duduk di atasnya pun, begitu serasi. Majlis akad sudah selesai pagi tadi, kini, tinggal sesi bersanding.

    Kalau ikutkan mereka, mereka tidak mahu menyambut sampai perlu pelamin. Cukuplah mereka kembali daftar rujuk.

        Tetapi, ahli keluarga yang beria. Lagipun, masa mereka kahwin dulu, mana ada keluarga yang tahu kan? Jadi apa salahnya sambut sekarang.

       Senyuman tidak lekang dari bibir kedua pengantin itu. Edwis sedari tadi tidak lepas memeluk bahu isterinya.

      Pantang ada kamera, makin merapat dia dengan isterinya itu.

        "Ti amo dolce oro.." sempat dia berbisik di telinga Qiura.

          Qiura senyum. "Ti amo anch'io, Edwis Daniqi" balas Qiura.

        "Alah alah sweet sweet kat sini pula.. Ed.. tempah bilik lah.. jangan lah kat sini." Usik Arash ramah.

         "You ni, ke situ pula.." cuit isterinya di sisi. Dia tersengih.

        Quira dan Edwis terus bangun mendekati sepupu sepupu mereka. "Bila you guys sampai?" Soal Qiura seraya dia berpelukan dengan Delyn.

      "Baru semalam Qiu.. tahniah by the way, I wish korang happy till the rest of your life.. InshaAllah lepas ni, Daisy dengan Dhafiqi dapat adik lah kan?" Delyn pula mengusik.

     Mereka tertawa.

        "InshaAllah kalau berezeki lagi.." balas Qiura.

        Dia sempat mencuit pipi tembam putih milik anak anak Arash. Geram dia. Comel betul anak anak pilot ni.

      "Anak anak you mana?" Soal Delyn pada Qiura.

      "Diorang kat belakang sana. Ramai kawan kan? Tak berhentilah main.." balas Qiura.

      "Ha, tu, Aunty Qiu kata Daisy dengan Dhafiqi dekat belakang.. pergi lah.. " kata Delyn pada Dhafwatul yang memegang tangan ibunya.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now