L'amore e'oro: 40

5.3K 277 28
                                    

          "Kau ni memang patut masuk penjaralah sial! Bangsat! Bodoh punya perempuan!" Jerkah Eric pada kakak iparnya yang sedari tadi diam membatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "Kau ni memang patut masuk penjaralah sial! Bangsat! Bodoh punya perempuan!" Jerkah Eric pada kakak iparnya yang sedari tadi diam membatu.

       Hampir hampir saja dia ingin menampar wajah Qiura, tangannya terlebih dahulu ditepis Edwis.

     Eric bagaikan hilang sabar.

      "Kau ni gila lah Edwis! Perempuan gila ni kau nak simpan? Mula mula princess, lepas tu bini aku, lepas ni siapa pula?"

        "Jaga mulut kau.. dia masih kakak ipar kau Eric.. aku minta maaf bagi pihak dia.. tolonglah stop maki hamun bini aku." Edwis berkata.

      Sudah masuk 10 jam mereka berada di ruangan menunggu wad kecemasan Hospital The E's.

          Namun masih tiada apa apa berita mengenai Airis.

       Edwis pula berbelah bahagi. Dia tidak tahu perlu menyokong siapa. Niatnya ingin berdiam diri dibatalkan apabila Eric asyik menghina dan mencaci maki Qiura.

            Panas hatinya mendengar isterinya diperlekehkan sebegitu sahaja.

          "Aku tak ada kakak ipar pembunuh macam dia. Sial!" Tengking Eric lagi.

      Edwis tidak mampu membalas itu. Dia tahu, kalau dia ditempat Eric dia akan melakukan hal sama.

          "Bagitahu aku pasal Firash! Apa kena mengena korang semua dengan kematian dia?"

      Akhirnya Qiura membuka mulut.

          Eric bagaikan naik gila menahan rasa sakit di hati. Melihat isterinya yang dipenuhi darah dan tidak sedarkan diri tadi buatkan dia rasa dia pula yang ingin bunuh Qiura.

            "Eh, perempuan! Bini aku tak ada kena mengena dengan hal kau!" Eric masih memarahi Qiura.

        Edwis yang duduk di sebelah hanya mampu mengeluh.

      Dia sendiri tidak tahu kenapa Qiura begitu hilang arah sampai jadi begini.

        "Tak ada kena mengena? Ke dia yang bunuh Firash? Sebab tu dia tak nak bagitahu aku hal sebenar kan?"

    Pang!

      Terteleng Qiura dengan tamparan dari adik iparnya.

          "Kau jangan sampai aku..."

      "Eric! Sudah!" Edwis menjerkah.

        Qiura pula kembali duduk.

    Tegang sungguh situasi mereka.

      "Eric!" Panggilan dari Puan Sri Emelda dan Tan Sri Danish secara serentak membuat ketiga tiga mereka memalingkan wajah mereka ke pintu masuk wad kecemasan itu.

          "Ma, pa.." balas Eric dengan perlahan.

         "Eric, menantu mama mana? Cucu mama?" Soal Puan Sri Emelda dengan suara penuh getaran menahan tangis.

L'AMORE E'ORO ✓Where stories live. Discover now