Bab 7

9.3K 493 37
                                    

"SHA jalan dulu...abang jaga belakang." Arshad dan Marsha jalan terhendap-hendap menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

"Abang la jalan depan..."

"No...lady first!"

"Eh, dia ni." Marsha terpaksa beranikan diri. Nasib lah dapat suami tak gentleman macam Arshad ni.

Marsha dan Arshad menyorok di sebalik dinding. Kedengaran bunyi ketung-ketang seperti ada yang sedang memasak di dapur. Rajin pulak hantu nak masak malam-malam macam ni.

Marsha mengintai di sebalik dinding. Marsha nampak sekujur tubuh papanya dari belah belakang.

"Laa...papa rupanya." Marsha dan Arshad keluar dari sebalik dinding. Kaki dihayun ke arah papanya yang sedang mengacau makanan diatas dapur.

Papanya menoleh ke belakang. Muka papanya terlihat putih dan berkedut.

"Arrgghhhhh!!" terjerit Marsha dan Arshad serentak. Sekali dengan papanya terjerit sama.

Marsha dan Arshad berpelukan erat seraya mata mereka tertutup rapat.

"Papa dah jadi zombii!!!" jerit Marsha.

"Aauzubillahiminasyaitonirojimm...bismillahirahmanirahim...Allahu lailaha illah huwal haiyul qaiyum...latak khuzuhu sinatu wala naum...lahu ma..." Arshad sudah mengangkat tangan berdoa minta perlindungan diselamatkan dari gangguan jin dan syaitan.

"Korang ni dah kenapa?" soal Dato' Mukriz ke anak menantunya.

Arshad dan Marsha mula membuka mata. Mereka melihat Dato' Mukriz sedang berdiri bercekak pinggang sambil memegang senduk.

"Pa...paa... ke tu?" soal Marsha dengan ragu-ragu.

"Bukan papa...ni momok. Hihihii..." Dato' Mukriz mengilai. Sengaja dia nak takutkan mereka lagi.

Tapi kali ini Dato' Mukriz tak berjaya menakutkan mereka kerana lakonannya terlalu kaku.

"Papa ni... buat terkejut orang je tau. Kenapa lah memasak pakai masker. Malam-malam pula tu." Marah Marsha.

"Habis tu...takkan papa nak pakai pagi-pagi waktu pergi office. Lagi tak masuk akal."

Marsha dan Arshad ketawa.

"Papa buat apa ni malam-malam kat dapur?"

"Tak nampak ni? Tengah masak lah...takkan tengah main piano."

"Papa ni...." Marsha semakin geram. Ada saja papa dia nak loyar buruk dengan dia.

"Papa tengah masak maggi ni. Tadi papa dah tidur. Lepas tu terjaga sebab dengar kamu berdua terpekik terlolong dalam bilik tu. Jadi papa pun turun lah bawah masak maggi sebab perut ni tiba-tiba lapar pula."

"Sorry papa.." ucap Arshad sambil tersengih.

"Tak apa...ni korang ni tak mengantuk ke sampai pukul satu pagi berjaga?"

"Tadi kami dah nak masuk tidur tapi disebabkan dengar bunyi bising kat dapur tadi, kami turun lah tengok. Takut juga kut ada pencuri masuk rumah ke tadi." jelas Arshad.

"Hahaha...kasihan korang kena prank dengan papa. Nak join papa makan sekali tak ni? Papa masak lebih ni."

"Tak apa lah pa...kitorang nak masuk tidur. Papa makanlah dengan momok." Marsha menarik tangan Arshad untuk dibawa ke bilik. Sempat dia jelirkan lidah pada papanya.

Maggi yang sudah disuap separuh ke mulut, jatuh semula ke dalam mangkuk. "Tak guna punya anak." balas Dato' Mukriz.

Marsha dan Arshad sudah hilang dari pandangan Dato' Mukriz. Bulu romanya mula meremang apabila teringatkan momok.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now