Bab 29

6.3K 363 24
                                    

"BABE, kau biar betul tak jadi kahwin? Lagi dua minggu kut majlis kahwin kau orang."

"Dia curang dengan aku... Dia memang lelaki tak guna! Dasar buaya darat! Aku benci dia!" Teresak-esak Liyana menangis. Banyak juga mata yang sedang memerhati ke arah mereka di taman tasik itu.

"Sabar babe. Cuba kau bawa berbincang dulu. Mana tahu kut salah faham aje semua ni. Semua benda dah prepare takkan kau nak batalkan macam tu aje?"

"Salah faham apa nya? Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang dia keluar dengan perempuan lain. Siap shopping lagi dengan perempuan tu." Liyana menyeka air mata yang masih lagi mengalir di pipi mulusnya.

"Shh... Shh... Dah, jangan nangis. Aku ada dengan kau. Aku sayang kau. Aku takkan biarkan kau terseksa macam ni. Tak apa, nanti aku pergi serang si Ryan Bakery tu. Suka hati dia aje buat best friend aku sedih." Marsha memeluk tubuh Liyana. Belakang Liyana diusap lembut.

"Tak payah lah jumpa dia. Nanti kau terberanak waktu marah dia nanti macam mana?"

"Betul juga kan? Kalau anak aku terlahir awal nanti susah pula." Terletus tawa mereka berdua.

"Okey... Dah tak nangis dah kan? Jom kita balik," ajak Marsha.

"Tak nak balik lagi... Nak ais krim satu. Belanja please...," pinta Liyana manja sambil membuat muka comel.

"Ish budak manja ni... Kawan siapa lah cengeng sangat ni? Jom lah... Aku belanja ais krim pop."

"Ais krim pop aje? Tak nak... Nak Cornetto."

"Budak-budak tak boleh makan makanan manis. Nanti rosak gigi," usik Marsha.

"Hey... Excuse me, I bukan budak-budak lagi tau."

"Siapa entah tadi menangis meraung macam budak tak cukup umur."

"Eh, mulut kau ni memang nak kena stapler kut. Kasihan anak kau dapat mak yang mulut tak ada insurans macam ni."

"Hello, kau cakap aku apa tadi? Tak ada insurans? Tapi orang ni juga kan yang kau cari untuk mengadu apa-apa? Kalau macam tu aku nak berhenti lah jadi cikgu kaunseling kau." Marsha menarik muka dan berura-ura untuk pergi meninggalkan Liyana.

"Okey... Okey... Jom lah. Ais krim pop pun ais krim pop lah," pujuk Liyana.

"Aku gurau aje tadi. Jom lah... Aku belanja ais krim Cornetto yang kau nak tu." Liyana dah bertepuk tangan. Terus hilang rasa sedih dihati bila dapat menikmati ais krim.

.

MARSHA menilik buku pink iaitu buku rekod kesihatan ibu mengandung. Tapi dia merasa aneh dengan buku yang dia pegang. Dia rasa buku itu bukan kepunyaannya. Dia melihat muka depan buku tersebut.

"Sah. Tersilap buku."

"Kenapa sayang?" Arshad berada di sebelahnya sedang memandu kereta untuk pulang.

"Ni bukan buku pink saya. Doktor tu tersilap bagi."

"Habis tu, tu buku siapa?"

"Nama pada buku ni Marsha Afrina. Doktor ni boleh tersalah bagi pula. So, macam mana ni? Kena patah balik la kan?"

"Marsha Afrina?" Berkerut dahi Arshad memikirkan nama tersebut.

Setelah mereka berpatah balik ke hospital, ada seorang perempuan mengandung sedang mengadu di kaunter kerana buku pink dia tertukar dengan seseorang.

"Maaf puan, nama puan Marsha Afrina ke?" tegur Marsha kepada seorang gadis yang kecil molek orangnya dan bertudung labuh.

"Ya. Saya Marsha Afrina."

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now