Bab 40

7K 388 36
                                    

SETIAP hari Marsha akan bermain bersama Thaqif. Tambahan pula Thaqif sedang bercuti sekolah selama seminggu. Thaqif pun seronok bermain bersama Marsha. Kadangkala dia merasakan Marsha itu adik dan dia pula abang.

"Ya Allah... Awak pergi mana ni sampai basah kuyup macam ni?" Arshad meninggikan suara apabila melihat Marsha pulang dalam keadaan baju yang basah kuyup. Tudung pula sudah hilang entah ke mana.

"Marsha pergi sungai dengan Thaqif. Thaqif yang ajak." Marsha menunding jari ke arah Thaqif seperti mahu mempersalahkan Thaqif dalam hal ini.

"Mana ada. Kak Cha yang paksa Thaqif bawa dia pergi sungai." Thaqif membela diri.

"Sudah pula. Dua-dua tak nak mengaku. Tudung awak mana Marsha?" soal Arshad lagi.

"Dah hanyut kut. Marsha menyelam. Lepas Marsha keluar aje dari sungai, tudung dah hilang."

Arshad memicit pelipis. Boleh sakit darah tinggi dia kalau hari-hari macam ini. Umur baru 28 tahun dah dapat hypertension.

"Dah, lepas ni jangan main jauh-jauh. Nak pergi mana-mana kena beritahu abang dulu. Faham?"

Marsha mengangguk faham.

.

ESOK akan bermulanya puasa ramadan. Mereka menyambut satu ramadan di rumah Nek Som. Arshad mengejutkan Marsha bangun untuk bersahur.

"Sha... Bangun." Arshad menggoncang bahu Marsha.

"Hurmm..."

"Sha, jom sahur. Esok nak kena puasa."

"Sha ngantuk..."

"Sekejap aje bangun makan. Nanti Sha tidur lah semula," pujuk Arshad lagi.

"Tak nak..."

"Jomm..." Arshad bertegas. Nanti esok isterinya lapar pula sebab tak makan sahur.

"Tak nakkk..." Marsha merengek. Tidurnya terganggu.

"Dah tak ada pilihan lain ni. Nampaknya terpaksa lah." Arshad mencempung tubuh Marsha lalu dibawanya hingga ke dapur.

Marsha sedar-sedar aje dia sudah berada di atas kerusi meja makan. Di depannya terhidang beberapa jenis lauk-pauk. Thaqif pula duduk di kerusi yang bertentangan dengannya. Thaqif juga masih dalam keadaan mengantuk. Matanya pejam tapi tangannya menyuap nasi ke mulut.

"Abang, sekarang dah masa makan malam ke? Rasanya Marsha belum main lagi. Takkan dah malam?" Marsha memisat mata.

"Ish, dia ni. Main juga yang dia ingat. Sekarang bukan waktu malam Sha. Sekarang waktu sahur. Sha kena makan sekarang. Siang nanti dah tak boleh makan. Cepat makan," bebel Arshad.

Marsha mula menyuapkan makanan ke mulut walaupun dia belum lapar.

Keesokan harinya, Marsha bermain basikal seorang diri. Thaqif tak nak bermain bersama. Katanya nak simpan tenaga.

"Thaqif... Jom lah main sama-sama."

"Tak nak lah...Thaqif letih lah hari ni. Hari ni kan puasa. Kalau main nanti cepat dahaga." Thaqif hanya duduk berehat di bawah pohon jambu.

"Kalau dahaga, minum lah air. Apa lah Thaqif ni. Itu pun nak kena ajar ke?"

"Puasa mana boleh minum air."

"Oh, tak boleh eh? Kita ingat puasa tak boleh makan aje." Marsha turun dari basikal lalu berjalan menghampiri Thaqif.

"Puasa mana boleh makan atau minum. Apa lah Kak Cha ni. Itu pun nak kena ajar ke?" Thaqif mengulang semula ayat Marsha tadi.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now