Bab 17

7.2K 399 26
                                    

SEJAK tidak perlu ke kelas lagi, Marsha sudah bosan setiap hari di rumah. Rasanya dia perlu bersetuju dengan cadangan papanya untuk dia masuk bekerja di syarikat milik papanya.

Dia melihat Arshad masih lagi tidur. Hari ini hari sabtu. Arshad tidak ke sekolah. Disebabkan dia terlalu bosan, dia mendapat satu idea.

Dia mengambil beg make up lalu dibawa ke katil. Perlahan-lahan dia mengeluarkan alat make up. Dia mula mengambil lipstick lalu dipakaikan di bibir suaminya.

'Uishh. Your lips so sexy dear...'

Mascara dan eye-shadow diletakkan. Kemudian dia mengambil eye liner dan dipakaikan di atas kelopak mata lelaki itu. Kadangkala bunyi lelaki itu merengek kerana terasa tidurnya terganggu.

Marsha memakaikan pula pemerah pipi. Dia hias dengan cantik. Nak tahu juga macam mana rupa jika Arshad menjadi seorang perempuan.

Dah siap dia make up muka lelaki itu, dia mengambil gambar. Dia boleh gunakan gambar tersebut sebagai ugutan untuk masa akan datang.

Kemudian Marsha keluar dari bilik. Dia nak pergi bermain dengan Jongsuk pula. Memang itu aje lah kerjanya hari-hari. Makan, tidur, tengok kdrama dan main dengan Jongsuk. Kalau dah bosan sangat dia ajak Liyana keluar jalan-jalan.

Sedang dia bermain dengan Jongsuk di ruang tamu, Arshad turun dengan muka yang masih lagi bermake up. Dia tak pergi basuh muka terlebih dahulu setelah bangun tidur.

Tett. Tettt.

Bunyi abang posmen membunyikan hon untuk menghantar barang.

"Ada order barang ke? Abang pergi ambilkan jap..."kata Arshad sambil menuruni tangga.

"Okay..." Marsha menjawab pendek tanpa memandang ke arah suaminya. Masih sibuk melayani Jongsuk. Kemudian baru dia teringat akan sesuatu.

"Kejap aba..." suaminya telah hilang dari pandangan. Arshad sudah menuju keluar menghampiri abang posmen didepan pintu pagar rumah.

"Assalamualaikum..." sapa Arshad ke abang posmen.

"Waa lai...kumusalam." terkedu abang posmen melihat kejelitaan wajah Arshad ketika itu.

"Ustaz...lawa ustaz hari ni." puji abang posmen.

"Lawa? Apa yang lawanya...saya pakai tshirt dengan kain pelekat je ni." Wajah Arshad berkerut.

"Tak ada apa lah ustaz...nah ustaz sign kat sini." Abang posmen itu menahan tawa. Dia dah biasa dengan Arshad. Dia pun kenal Arshad seorang ustaz sebab setiap kali Arshad terima bungkusan pos, kopiah selalu dikepala. Tapi kali ini lain macam pula penampilan Arshad.

Selesai Arshad menurunkan tandatangan, abang posmen tadi menghulurkan bungkusan yang diatas nama Marshatilla Deniz. Apa lagi isterinya membeli ni.

"Ustaz...nanti jangan lupa tengok cermin dulu sebelum ambil wuduk." usik abang posmen itu sebelum berlalu pergi.

"Huh? Tengok cermin?" Arshad menggaru kepala.

Arshad membawa bungkusan pos tadi masuk ke dalam rumah.

"Barang apa lagi sayang beli ni?" Arshad menghulurkan bungkusan tadi ke Marsha.

"Awak...abang posmen tu ada cakap apa-apa tak?" soal Marsha geli hati melihat wajah cantik suaminya.

"Dia suruh tengok cermin. Dia perli abang ke apa? Nak cakap muka abang buruk kut."

"Tak...bukan muka abang buruk. Tapi muka abang cantik sangat." Marsha tak mampu menahan tawa. Akhirnya pecah juga tawanya. Berdekah dia gelakkan Arshad sampai berguling di lantai.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Where stories live. Discover now