Bab 18

6.5K 350 13
                                    

"MARSHA sekarang baru habis belajar ya?" soal Mak Su.

"Ya Mak Su," jawab Marsha.

"Minta maaflah kalau menyusahkan kamu pula kena datang sini tolong tengokkan Opah Som."

"Tak apa Mak Su. Lagipun Marsha tak buat apa pun di rumah."

"Bukan apa...Mak Su kena pergi kerja. Opah Som pula dah tak boleh bangun sebab kaki dia terseliuh. Jadi risaulah juga bila tak ada sesiapa nak tolong tengokkan dia. Nanti kaki Opah Som dah baik, Marsha boleh lah balik KL semula. Terima kasih Marsha sebab sanggup datang dari jauh," ucap Mak Su.

"Sama-sama Mak Su. Okay lah Mak Su...Marsha nak pergi hantarkan sarapan ni dekat Opah Som dulu ya."

"Okay lah...Mak Su pun nak kena pergi hantar Thaqif ke tadika dulu ni. Tengahari nanti Mak Su balik sekejap untuk hantar Thaqif ke rumah. Lepas tu Mak Su kena masuk kerja balik. Nanti Marsha tolong tengokkan Thaqif sekali ya."

"Baik Mak Su," balas Marsha.

MARSHA menghampiri Thaqif iaitu anak bongsu Mak Su. Thaqif baru berusia enam tahun.

"Hai Thaqif,"tegur Marsha. Dia mengambil tempat disebelah Thaqif yang sedang duduk melayan telefon pintarnya. Hebat budak sekarang, kecil-kecil lagi dah ada telefon bimbit.

"Thaqif tengok apa tu? Kak Marsha nak tengok sekali boleh?" Sengaja Marsha nak cuba rapat dengan sepupu suaminya itu.

Thaqif menjeling Marsha disebelah. Kemudian dia membalikkan tubuh membelakangi Marsha. Ini bermaksud Marsha dipalau budak lelaki tersebut.

'Eleh...orang pun ada telefon juga. Macamlah nak tengok sangat yang dia punya,' gumam Marsha.

Marsha bingkas bangun untuk mengambil Ipadnya. Kemudian dia duduk disebelah Thaqif semula. Marsha bermain game plant vs zombie di Ipadnya. Pembesar suara sengaja dikuatkan untuk menarik perhatian Thaqif.

Thaqif menjeling ke arah skrin ipad Marsha. Tak berapa lama kemudian, Thaqif duduk dekat dengan Marsha sambil melihat Marsha bermain.

"Kakak...ni kakak punya ke?"

"Iya lah...kakak yang punya."

"Besarnya telefon kakak."

Marsha hampir tergelak dengan pertanyaan Thaqif.

"Besar kan?"

"Haah. Thaqif punya kecil je. Nanti Thaqif nak suruh mama belikan Thaqif telefon macam ni juga lah. "

"Kalau Thaqif nak mama belikan kena lah belajar sungguh-sungguh. Thaqif dah pandai membaca belum?"

"Dah."

"Cuba eja buku." Marsha cuba menduga Thaqif.

"B- u- k-u... buku."

"Bola pulak?"

"B- o- l- a... bola."

"Senang sangat...Thaqif pula tanya kakak. Cuba kakak baca surah an-nas," soal Thaqif pula.

'Kurang asam budak ni... dia test aku pula,' gumam Marsha.

"Alah...surah tu senang sangat..." Marsha tersenyum bangga. Mestilah dia ingat surah tiga qul itu. Selalu dia baca dalam solat.

"Kalau macam tu kakak baca surah dhuha" Thaqif menukar fikiran.

'Bapaklah...surah dhuha? Aku tak hafal lagi.' Marsha mula gelabah.

"Eh, kakak dah besar. Kakak dah tahu. Thaqif lah patut baca. Thaqif baca...kakak semak bacaan Thaqif." Marsha cuba selamatkan dirinya.

Thaqif pun membaca surah ad-dhuha dari awal sampai habis. Terlopong Marsha melihat Thaqif mampu menghafal surah tersebut. Dia sendiri pun belum hafal lagi. Surah yang paling dia ingat pun surah 'tabbad yada' je.

Jodoh Tersalah Alamat (COMPLETE)Место, где живут истории. Откройте их для себя