FAKHRI; BULAN.

1.2K 101 46
                                    

BERJALAN MENUJU TINGKAT BAWAH- aku mengeluh kerana perjalanan yang terlalu jauh, "Haih, dalam banyak-banyak bilik, memang bilik aku paling jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERJALAN MENUJU TINGKAT BAWAH- aku mengeluh kerana perjalanan yang terlalu jauh, "Haih, dalam banyak-banyak bilik, memang bilik aku paling jauh. Bijak betul arkitek sekolah ni,"

Sudah pula itu,satu-satunya vending machine yang ada pula terletak pada aras yang paling jauh dari bilik aku. Hm, macam Kedah dengan Johor. Begitulah situasi sekarang, aku yang berada di Johor dan mesin tersebut terletak di Kedah.

Eh, makin larut malam makin mengarut fikirannya.

Setelah sekian lama berjalan, akhirnya aku tiba di hadapan mesin tersebut, memandang mesin tersebut seperti aku sudah jatuh cinta padanya.

Ada la sikit. Malam-malam macam ni memang sesuai jatuh cinta dengan air.

Setelah lama aku berdiri di hadapan vending machine tersebut, muncul satu suara yang menyedarkan aku dari lamunan. "Buat apa tercegat depan tu? Nak beli ke tidak?"

Menolehkan kepala ke arah suara tersebut, aku terkedu apabila berhadapan dengan Fakhri - kawan? Kenalan. Kami tidak rapat serapat dia dan Azam Ayam tu.

Sampai sekarang terfikir kenapa nama dia Ayam. Dia dulu ber'kok-kok' masa kejutkan orang ke?

"Sorry, sorry. Jap eh," aku tersengih, memasukkan salah satu tangan aku ke dalam poket seluar - aik. Mana duitnya pergi. Lalu aku mencuba pula poket hoodie aku, hanya untuk menemui realiti yang aku terlupa bawa dompet.

"Err - awak - eh, kau beli la dulu hehe," aku mempelawa, berganjak dari depan mesin air tersebut. Membuka mulutnya untuk menuturkan sesuatu, dia memandang aku dengan pandangan yang pelik.

"Kenapa? Tak bawa duit?" dia bertanya sebelum mengambil langkah kedepan untuk menggantikan tempat aku yang berada di depan mesin tadi.

Terpinga-pinga, aku mencari jawapan yang kurang jelas, "Ah - takdelah. Aku - aku..." aku berolah, tidak mengendahkan Fakhri yang sedang melirikkan matanya kepadaku sebelum memasukkan mata wangnya ke dalam mesin, lalu menekan punat yang tersedia.

"Nah," suaranya memanggil, kali ini aku memandangnya - tika dia menghulurkan setin air soda kepadaku. Tergagap - aku memandangnya dan tin tersebut bersilih ganti, seperti fenomena yang sedang terjadi padaku sekarang sangat luar biasa.

Memang - bukan hari-hari pelajar handsome bagi air kan?

"Kau betul ni?" aku tertanya, menghulurkan tangan secara berhati-hati. Mendengar keluhannya yang berat, aku hampir menarik semula tanganku yang dihulur - sebelum dia menggapai tanganku yang dihulur dengan tangannya yang bebas, membawaku ke arah satu meja yang terletak tidak jauh dari mesin tersebut.

Mengejar langkahnya, aku cuba untuk tidak mengendahkan mengapa seluruh tubuh badan aku berasa hangat. "Bilik kau jauh kan? Nak tunggu kau balik bilik astu minum, dah tak sejuk nanti airnya. Minum dekat sini je," Fakhri bersuara, menolak aku secara perlahan agar aku duduk di kerusi yang terdapat bersama meja tersebut, lalu meletakkan tin tersebut di atas tapak tangan aku yang sudah terbuka sebelum bergerak untuk menduduki tempat duduk di samping aku.

"Tapi - air kau?" aku menghulurkan tin tersebut ke arahnya. "Haih, kan bilik kau jauh. Bilik aku dekat, bila-bila masa je aku boleh datang sini. Dah, minum jela. Banyak bunyi pula," dia membidas, mengambil tin tersebut untuk membukanya lalu menyerahkan pada aku semula.

"Hehe, terima kasih! Nanti aku bayar balik," aku senyum kepadanya, mengambil semula tin tersebut lalu meneguk air soda yang dikatakan.

Nikmat la juga air sejuk macam ni malam-malam.

"Hm? Jangan ngada-ngada nak bayar balik," dia berbisik, mengalihkan pandangannya dari aku pada bulan yang terletak betul-betul di hadapan kami.

"Tapi -," aku berolah sebelum dia memandang aku semula dengan senyuman yang manis - luluh jantung kalau dia pandang aku macam ni. Gak kuat.

"Jangan je, okay?" dia balas dengan bisikan sebelum memandang bulan tersebut semula.

Hanya membalas responnya dengan anggukan, aku cuma berharap dia tidak dapat mengesan wajah aku yang merona merah, lalu aku mengalihkan pandangan ke arah bulan yang terlalu menarik untuk Fakhri.

"Dah lama - aku nak ajak kau keluar macam ni. Tapi itu lah, aku banyak benda kena buat, tak sangka malam ni terserempak dengan kau," dia bertutur, tertawa secara lembut setelah itu.

Dengan wajah yang makin merona - aku cuba menutup mukaku dengan meneguk lagi air tersebut. Tergagap, aku membalas responnya. "Oh - betul, betul,"

Memandang ke arah aku dia tertawa bahagia kerana suaraku yang seperti tidak mahu keluar dari tekak. "Kau okay tak ni? Kenapa muka kau merah? Kau ada alergi ke apa?" Fakhri tanya dengan penuh kerisauan, menolehkan kepala aku yang sedang memandang bulan ke arahnya dengan meletakkan jarinya diantara pipi aku dengan lembut.

Apa masalah dia ni. Sengaja ke?

Terkebil-kebil, aku memandang semula ke arah bulan yang sekarang lebih menarik dari Fakhri yang terpinga-pinga, masih melihat aku dengan penuh perhatian terhadap mengapa wajahku merona merah. "Takde - takdelah. Takde apa," aku membalas, meneguk lagi air tersebut untuk melarikan perhatiannya dari wajahku.

"Betul ni? Kau tak sakit?" Fakhri bertanya buat sekian kali dengan wajah yang serius, lalu memandang semula bulan yang bersinar terang di antara malam yang gelap dan sunyi apabila aku hanya membalas dengan satu anggukan.

"Kau tahu tak, bulan juga boleh dikaitkan dengan perasaan suka - cinta," Fakhri memulakan perbualan, matanya masih menatap bulan yakni makin menarik.

"Hm? Ajaran mana kau ambil ni?" aku bertanya, meletakkan tin tersebut di meja yang terletak pada belakang kami, melirik ke arah Fakhri sebelum mataku tertacap pada bulan yang diterangkannya.

"Japanese folklore. Itu lah, lain kali jangan baca yang main stream je, baca yang underground juga," dia tertawa, matanya masih menemui bulan.

"Tak rajin lah Fakhri," aku ikut tertawa bersamanya sebelum memandang antara satu sama lain - lalu aku melarikan pandangan ke arah bulan tersebut semula, yang membuatkan dia melepaskan satu tawa. Membuka mulutnya, Fakhri menuturkan satu soalan.

"Cantik bulan harini, kan?"

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now