NAIM; RAHSIA.

1.1K 87 12
                                    


MENYELINAP KE BELAKANG SEKOLAH- aku menyedari bahawa Naim sudah menunggu, sebatang rokok berada di antara bibirnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MENYELINAP KE BELAKANG SEKOLAH- aku menyedari bahawa Naim sudah menunggu, sebatang rokok berada di antara bibirnya.

Sebaik sahaja dia menyedari kedatanganku, dia mematikan putung rokoknya - baguslah kalau ingat lagi kesihatan orang lain.

"Lama dah tunggu?" aku bertanya, melangkah ke arahnya dengan teruja. Tertawa, dia menggelengkan kepalanya, "Tak ada lamanya pun, baru lima minit rasanya,"

"Hm, Amirr dah tidur ke sampai boleh keluar awal sangat?" tanyaku, kini lebih merapatkan diri kepadanya sehingga jarak antara kami sangat terhad.

Menggelengkan kepalanya lagi, Naim membalas, "Tiba-tiba dia tak tanya nak prgi mana, buat apa tu semua. Pelik juga, tapi mungkin dia penat sangat kot," Naim mengangkat bahunya seketika, menunjukkan dia tidak tahu sebab Amirr tidak bertanya lagi.

"Naim - tak nak beritahu dia orang pasal kita ke?" aku berbisik, kini bersandar di dinding, di samping Naim.

Tersentak, Naim berhenti bersandar pada dinding dan berdiri menghadap aku.

"Betul ni? Boleh eh bagitau orang lain?" Naim menunjukkan ekspresi terkejut - gembira?

Terkejut dan gembira, mungkin.

"Kalau Naim nak, kalau tak nak, tak apa juga," aku laju memberi respon, lalu meneliti Naim yang semakin teruja.

"Betul ni? Okay! Kalau macam tu, esok kita bagitahu Amirr dulu, boleh?" Naim bertanya, senyuman tidak lekang dari wajahnya.

Hanya menganggukkan kepalaku, aku memandang wajahnya yang tidak lekang senyum dari tadi.

"Amirr!" Naim menyahut nama rakan karibnya sebelum bergerak berduduk di atas katilnya, menarik tangan aku untuk duduk di atas kerusi yang tersedia - kerusi meja ulangkaji Amirr.

"Err - Kita orang nak bagi tahu kau ni-," Amirr mengeluh sebelum memotong percakapan Naim - "Kau baru nak umumkan hubungan kau dengan dia?" Amirr bertanya, menudingkan jari ke arah aku yang sedang keliru.

"Macam mana kau...?" kening Naim berkerut, menunjukkan bahawa dia tertanya bagaimana Amirr dapat meneka.

Dengan keluhan yang berat, Amirr duduk bersila di atas katilnya, menghadap wajah kami yang berkeliruan. "Aku rasa, satu sekolah dah tahu," Amirr memberi tahu dengan nadanya yang acuh tak acuh.

"Sebelum kau kata apa-apa, kau orang pun tak ada gaya nak sembunyikan hubungan kau orang pun. Dekat mana ada seorang, seorang lagi mesti datang," Amirr menjelaskan, meneliti aku dan Naim yang tercengang.

Jelas sangat eh? Maaflah tak perasan, biasa lah, kan orang dah kata cinta itu buta.

Tapi ini macam buta sangat.

Hanya membalas penjelasannya dengan anggukan dan ekspresi yang terkedu, aku tersengih.

"Jadi, dah okay kan?"

Amirr membalas pertanyaan aku dengan anggukan, sebelum membuka semula mulutnya, "Tapi kalau nak buat apa-apa, tolong jangan depan aku. Pergi tempat lain," dia mengingatkan, mengambil buku yang terdekat lalu menyandarkan dirinya ke rangka katil.

Akibat pernyataan Amirr yang memalukan sebentar tadi, wajahku merona merah - mengalihkan pandangan ke arah Naim yang sedang memandang ke arah lain untuk menyembunyikan wajahnya yang merona merah juga.

"Oh, dan jangan berdua-duaan dalam bilik," Amirr berjenaka acuh tak acuh, mengekek apabila kepala aku dan Naim menghadap ke arahnya, membuka mulut untuk membantah.

"Amirr!"

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now