KAHAR; TUTOR.

1.4K 130 377
                                    

BERJALAN KE ARAH PEJABAT PENGETUA- aku hanya mengenang semula setiap kelakuan aku di sekolah, setahu aku, aku belum melanggar apa - apa peraturan sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERJALAN KE ARAH PEJABAT PENGETUA- aku hanya mengenang semula setiap kelakuan aku di sekolah, setahu aku, aku belum melanggar apa - apa peraturan sekolah.

Malangnya, aku dipanggil ke pejabat. Atas dasar apa? Tak tahu. Sedar atau tidak, aku sudah tiba di destinasi yang ingin dicapai.

"Assalamualaikum?" aku memberi salam, mengetuk pintu sebelum memulas tombol pintu pejabat tersebut.

Memasang telinga apabila suara pengetua dan seseorang yang menyahut salamku, aku menolak pintu tersebut.

Kahar?

"Buat apa pula dia kat sini?" aku bermonolog, menjegilkan mata ke arahnya namun dia hanya tersengih ke arahku, menghela nafas berat lalu mengalihkan pandangannya ke arah pengetua semula secara acuh tak acuh.

"Maaf mengganggu hari kamu, sila duduk terlebih dahulu," Tuan Yusof mempelawa, manakala aku hanya tersenyum ringkas dan melabuhkan diri di atas kerusi yang terletak tidak jauh dari Kahar, namun aku sengaja menjauhkan lagi kerusi tersebut dari dia.

"Saya nak minta kamu jadi tutor peribadi Kahar hingga hari kedua sebelum percubaan SPM dimulakan," Tuan Yusof berterus terang, menyilangkan lengannya semasa mengarah.

"Tapi Tuan Yusof -," aku sedia membantah sebelum Tuan Yusof memotong percakapanku.

Peh, suka hati je.

"Ya, saya tahu lebih ramai pelajar berprestasi tinggi seperti kamu, tetapi mereka semua tingkatan empat, kamu pula seumur sama Kahar," Tuan Yusof memulakan sesi pemujukan, "Kamu sahaja harapan untuk gred prestasi akademi Kahar meningkat semula,"

Mengerling ke arah Kahar yang tidak endah sama situasi yang sedang berlaku aku menarik nafas yang dalam sebelum menghembuskannya secara perlahan.

"Baiklah," aku hanya memerintah, menahan diri untuk mencekik semua makhluk yang berada di dalam bilik pengetua ini.

"Bagus," Tuan Yusof memuji, lalu memberi ruang untuk aku balik ke bilik.

Menghantar senyuman yang terakhir ke arah Tuan Yusof dan menundukkan diri, aku bergegas ke pintu keluar, mulut terkumat - kamit cacian yang ditujukan pada jejaka yang tidak endah tentang situasi genting sebentar tadi.

"Harap muka je handsome, perangai tak lain macam biawak tepi jalan," aku berbisik, api amarah yang membuak - buak dari tekanan yang berada di dalam bilik pengetua sebentar tadi dilepaskanku.

Tidak menyedari derapan tapak kaki di belakang mengekori, aku tersentak apabila lengan baju aku ditarik.

Mesti mamat tak guna ni.

"Nak apa?" menolehkan seluruh badan ke arahnya, aku menarik semula lengan baju aku dari genggamannya.

Dia tersengih, "Nak kau,"

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now