FAKHRI; BUNGA.

1.1K 103 34
                                    

THE SECOND PART OF 'FAKHRI; BULAN'

MENUNGGU KEDATANGAN FAKHRI- aku berseorangan di meja yang sudah dijanjikan dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MENUNGGU KEDATANGAN FAKHRI- aku berseorangan di meja yang sudah dijanjikan dengannya. Meja yang berdekatan dengan vending machine yang menemukan dua pelajar yang saling memerlukan satu sama lain.

Meja pada waktu pertama kalinya Fakhri menuturkan kecantikan bulan - waktu aku masih buta dan kurang bijak tentang apa maksud frasa tu.

"Lama betul mamat ni nak datang, malam ni dia ada kecemasan ke apa?" berbisik pada diri sendiri,aku mengeluarkan telefon bimbit untuk memeriksa sama ada Fakhri mengirim SMS.

"Takde pun, ei dia ni," aku mengeluh, menyimpan semula telefon tersebut agar tidak dilihat oleh pelajar lain. "Nasib je Mr. Sin yang on duty. Kalau tak, dah lama aku kena denda ni,"

Segala amarah yang diluahkan sebentar tadi susut apabila orang yang ditunggu-tunggu kini berlari ke arah aku, tangannya seperti menyembunyikan sesuatu di belakangnya.

"Sorry! Tadi aku mandi balik sebab berpeluh petang tadi lepas tu aku tak perasan dah nak pukul lapan malam," Fakhri menjelaskan situasinya sebelum memenuhi tempat duduk yang berada di samping aku, masih menyembunyikan tangannya di belakang dirinya.

"Takpe, lambat setengah jam je, kan?" aku tertawa lembut, meringankan beban rasa bersalah dirinya walaupun aku sudah sampai di tempat ini setengah jam sebelum pukul lapan.

Fakhri ni kalau aku kerat-kerat enam bels keping lepastu panggang mesti boleh ni.

"Aku minta maaf, serius ni," Fakhri mengangkat tangan kanannya seperti ingin melafazkan ikrar, manakala tangan kirinya masih bersembunyi di sebalik dirinya.

Nasib comel. Tak jadi nak panggang. Kalau jual dekat laman web hitam untung tak?

Eh. Tak boleh, anak orang.

"Ye, tahu. Tu, sorokkan tangan kenapa? Apa jadi kat tangan tu lagi?" Aku menyiasat, menelengkan kepala kekiri sedikit untuk melihat situasi tangannya seperti menyembunyikan sesuatu yang digenggam.

Dia tersengih, menurunkan tangan kanannya sebelum menunjuk sejambak bunga yang mempunyai empat warna bunga ros. "Kau curi-curi keluar asrama ke apa?" aku tertawa, meneliti setiap bunga yang mekar secara teratur.

"Untuk kau," Fakhri tertawa, menudingkan jari telunjuk kanannya kepada salah satu warna ros, ros merah, ros yang paling terkenal dengan definisinya.

"Ros putih, sebab cinta aku pada kau suci," dia berjenaka, mengangkat kedua keningnya setelah berkatakan definisi ros putih tersebut. "Poyo la kau ni," aku tertawa, menyenggol bahunya dengan siku aku, wajah merona merah.

"Poyo-poyo pun kau suka, kan?" dia berjenaka, seterusnya menudingkan jarinya kepada bunga ros seterusnya, ros berwarna kuning. "Ros kuning, melambangkan persahabatan. Sebab sebelum ni, kita kawan. Kan?" dia menelengkan kepalanya ketepi, suaranya yang lembut membuatkan diri aku lemah.

"Kawan? Tapi kita takdelah rapat mana macam kau dengan Ayam tu," aku mengimbas semula, bertentangan mata dengan Fakhri yang hanya tersenyum sebelum dia menudingkan jarinya kepada bunga yang berwarna merah jambu.

"Ros merah jambu, tanda terima kasih sebab ada setiap masa dengan aku tak kira apa yang terjadi masa tu," dia jelaskan, matanya tertancap pada bunga yang dipilihnya. Hanya membalas penjelasannya dengan anggukan dan senyuman ringkas.

Ros yang terakhir, ros merah.

"Ros merah, aku rasa kau tahu kot yang ini," Fakhri tertawa, mengalihkan pandangannya dari sejambak bunga itu kepada aku. Bertentangan mata selama sesaat - aku mengalihkan pandangan kepada tempat lain - bahaya mata dia ni, boleh pukau orang.

"Tahu," aku berbisik sebelum mengalihkan pandangan kepada dirinya semula. Meneliti gerakan Fakhri yang meletakkan jambakan bunga di atas riba aku, lalu menyeluk poketnya seperti mencari sesuatu.

"Kau cari apa?"

"Sabar, awak. Sabar," dia tersenyum, mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poket seluarnya.

"Uyoo, nak lamar aku eh?" aku mengusik, bersandar lebih rapat dengannya, Fakhri tertawa lalu menjentik dahi aku dengan perlahan. "Tak menyabar, tunggu habis belajar dulu,"

Peh. Dulu masa belanja aku air tu bukan main kasar mamat ni. Tiba-tiba lembut pula.

Menolak kotak kecil yang berwarna merah itu ke arah aku, dia mengangkat keningnya. "Bukalah, takkan nak suruh aku bukakan," dia mengusik, tertera di mukanya bahawa dia tertunggu-tunggu untuk aku mendedahkan isi kotak tersebut.

Melirikkan mata ke arah Fakhri yang terlebih teruja, aku membuka kotak tersebut secara perlahan - terkedu dengan isi kotak tersebut, aku mengeluarkan loket yang dihadiahkan secara berhati-hati - bimbang loket tersebut terjatuh dari genggaman.

"Fakhri..." aku mengalihkan pandangan dari loket tersebut kepada dia yang sudah lama menatap diriku. "Kau serius?" aku memastikan, loket yang diberi masih berada di atas tapak tangan aku.

Membalas dengan anggukan dan senyuman, Fakhri mula bersuara semula.

"Loket tu boleh buka, tengoklah dalam dia ada apa," dia tersengih, merapatkan dirinya dengan aku agar dapat melihat isi di dalam loket itu juga - walaupun dia yang meletakkan isi di dalam loket tersebut.

Membuka loket tersebut, aku tertawa melihat gambar yang tertera. Gambar tika pertama kalinya aku mempelawa dia bergambar, gambar tika kami masih tidak lebih dari kawan.

Kelakar juga jika diimbas semula, gambar tersebut tertera aku yang memberikan senyuman yang paling terbaik aku dapat beri - manakala Fakhri hanya senyum dengan janggal.

"Apa dalam banyak-banyak gambar lain, kau pilih gambar ni. Malu lah," aku tertawa, menutup semula loket itu. "Comel apa, tu kan gambar pertama kita," dia mengusik sebelum meminta aku loket tersebut untuk dipakaikan kepadaku.

"Comel tak comel, dahla dia senyum macam taknak bergambar ngan orang," aku memerli, memberikan dia ruang untuk memasang loket tersebut padaku.

"Kahar - dia tak ada kacau kau kan? Kau tahu jela Kahar tu macam mana," Fakhri bertanya, selesai memasang loket tersebut lalu menjatuhkan semula tangannya di sisinya.

"Kahar? Hm, tak ada lagi," aku membalas, lalu menyedari buku lima Fakhri yang terluka. Menghela nafas lega, Fakhri tersentak apabila aku menyandarkan diri aku ke sisinya.

"Goodluck manifesto dengan Kahar esok," aku berbisik, menutup jarak antara kami apabila Fakhri meletakkan tangannya dia atas kepalaku, menyandarkan dirinya semula.

Pada malam itu, bulan menjadi saksi dua remaja yang diciptakan untuk melengkapi satu sama lain.

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now