KAHAR; SESAL.

1.2K 90 54
                                    


BERDEHEM SEKETIKA AGAR SUARANYA LEBIH JELAS- Kahar duduk bersila di hadapan aku, matanya kelihatan merah, menandakan dia sudah menangis beberapa jam yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BERDEHEM SEKETIKA AGAR SUARANYA LEBIH JELAS- Kahar duduk bersila di hadapan aku, matanya kelihatan merah, menandakan dia sudah menangis beberapa jam yang lalu. Eyebag yang sudah lama menghuni di bawah garisan matanya kini dapat dilihat dengan lebih jelas.

"Err - aku balik cuti minggu ni. Mula-mula rasa memang nak stay dekat KUDRAT, tapi membazir juga kalau tak guna peluang cuti ni untuk jenguk kau, kan?" kepalanya tersengguk-sengguk kebawah, seolah-olah untuk melarang dirinya untuk mengangkat pandangannya kearah aku. Angin yang hanya sepoi-sepoi bahasa itu menerpa rambut keritingnya - rambutnya yang tidak pernah ditukar gaya. Katanya kerana aku yang mencadangkan gaya rambut itu kepadanya.

Meneguk air liur untuk melepaskan rasa gementarnya, dia menghela nafas berat yang aku pasti dia tidak sedar dia sedang menahan.

"Aku... aku tak adalah bawa banyak benda sangat sebab lagipun kau kan tak suka benda yang complicated sangat kan?" dia tertawa pada dirinya sendiri, menolak sejambak bunga yang selama ini digenggamnya ke arahku.

Dia masih ingat lagi karenah aku.

Pada orang lain, hal tersebut mungkin adalah hal yang biasa bagi mereka - tetapi tidak padaku. Seumur hidup aku, aku disisih kerana kelakuanku yang terlalu 'memilih'.

Kahar seorang sahaja yang tidak mencaci aku kerana kelakuan semulajadi aku sendiri.

Mungkin kerana dia juga faham perasaan disisih orang ramai.

Senyuman yang lembut terukir pada bibirku.

Kini dia mengangkat wajahnya ke arah aku, jelas sekali riak wajahnya yang kusut sambil menatap ke arahku. Lamunanku tersentak apabila dia mula menjatuhkan semula wajahnya, bahunya yang sering tergoncang serta bunyi tangisan yang tersedu-sedu menandakan emosinya tidak stabil.

Ya, Kahar.

Orang yang sering mengingatkan aku satu pesanan tika aku menasihatinya tentang perihal memendam perasaan.

"Anak jantan mana boleh nangis,"

Tangisannya berhenti seketika, memberi ruang untuk Kahar mengelap air matanya sebelum membuka mulutnya untuk mengatakan sesuatu.

"Dulu, aku yang kata. Anak jantan mana boleh nangis - hipokrit juga aku ni," dia tertawa kecil, kini memeluk lututnya rapat ke dada lalu menongkatkan dagunya di atas lengannya, wajahnya masih memandang ke bawah.

"Kalaulah aku tahu tu bukan demam biasa," dia meragu sebelum beristighfar, menggelengkan kepalanya sebelum menggosok bajunya, membuang debu-debu yang melekat kepadanya.

Mendengar pernyataannya, aku mengetap bibirku, kini jelas mengapa dia menjenguk kemari.

Berdiri dengan menggunakan tenaganya yang tersisa, dia berpusing dari aku. Menyedari dia ingin melangkah pergi, aku menghalang jalannya.

Dengan keluhan berat, dia berbisik sesuatu di bawah nafasnya sebelum meneruskan jalannya, figuranya menembusi figuraku.

"Tapi, kalau bukan sebab aku yang tak endahkan situasi tu, mesti kau ada dekat sini lagi, kan?"


。o♡ o ♡ o。
oneshot yang ni pendek macam umur reader👍

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now