AMIRR; PEN.

1K 81 37
                                    

SEBAIK SAHAJA AKU SELESAI MENGURUSKAN KERJA SEKOLAH- telefon bimbit aku berdering menandakan terdapat pesanan baharu yang masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBAIK SAHAJA AKU SELESAI MENGURUSKAN KERJA SEKOLAH- telefon bimbit aku berdering menandakan terdapat pesanan baharu yang masuk.

Ditemani cahaya cendera bersinar menembusi langsir telusku yang terikat di samping tingkap yang dibiarkan terbuka tidak lebih dari separuh agar udara dapat ditapis secara semulajadi, aku bergerak mencapai telefon bimbit yang tidak jauh dari kedudukan aku.

Memeriksa notification yang tertera pada skrin telefonku, aku serta merta menekan nama Amirr yang terpapar.

Amirr Botak
Oi 10:01 p.m.
Buka pintu bilik kau 10:03 p.m.

Assalamualaikum
Oke

Waalaikumussalam 10:07 p.m.
K. 10:07 p.m.

Mengekeh pada pesanannya yang terakhir, aku bangkit dari tempat duduk - yang sudah berapa lama aku duduk di situ untuk menyiapkan kerja sekolah - dan tergesa-gesa menyambut kedatangan Amirr yang sudah beberapa minit tercegat di luar bilik dengan berpakaian hoodie dan seluar tidur plaid nya sambil memikul satu bakul sederhana besar yang dipenuhi dengan pelbagai kudapan.

"Kau memang terbaik, Mirr," aku sorak setelah pemandangan aku dialihkan kearah kudapan-kudapan yang dibawa Amirr.

Menjulingkan mata ke atas, dia berjalan terus ke katil aku, meletakkan bakul tersebut di atas meja belajar aku yang terletak bersebelahan sama katil.

Tidak mengendahkan aku yang segera berlari anak ke arahnya setelah mengunci pintu bilik aku, Amirr - dengan selambanya baring atas katil aku seperti ianya milik dia.

Cis, mentang-mentang dia bawa jajan, dia buat bilik ni macam bilik dia, aku bermonolog di dalam hati.

Mengatur langkah ke arah kerusi di meja belajarku, aku pantas melaburkan diri ke atas kerusi yang berkusyen selesa tersebut, mencapai salah satu kudapan yang tersusun di dalam bakul yang dipikul Amirr dari biliknya hingga ke aras bilik aku.

Jauh juga.

"Suka hati je baring atas katil aku," aku berbisik, melontarkan kudapan yang kupilih sebentar tadi ke arahnya.

"Penat," dia membalas pendek, menggosok dahinya yang dilontarkan kudapan olehku tadi, melihat ke arahku.

Mencapai kudapan yang dilontar kearahnya, Amirr tersenyum mesra ke arahku sebelum menghulurkan kudapan tersebut ke arahku.

Untuk sesaat, aku beranggapan dia memberikan kudapan tersebut ke aku semula.

Malangnya itu bukan realiti, rakan.

"Bukakan," dia tersengih.

...

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghalang diriku sendiri dari mencekik hambamu ini.

Merampas kudapan tersebut dengan jegilan mata, aku mengoyakkan plastik kudapan tersebut kepadanya semula.

"Buka benda tu pun tak tahu," aku berbisik, menjuihkan bibir kearah kudapan yang kini di dalam genggaman Amirr.

"Minta tolong sikit pun tak boleh, dahtu kena panggil apa kalau nak minta tolong? Sayang? Cinta? Princess?" dia berceloteh sambil mengunyah kudapan yang aku beri.

Aku mengalihkan pandangan darinya ke arah bakul yang terisi kudapan, mengetap bibir untuk mengelakkan satu senyuman terukir di bibir.

"Diamlah, dah lah makan baring. Ajaran mana ni?" aku membidas, menjegilkan mata ke arahnya semula lalu mencapai salah satu kudapan yang dibawa.

"Iyole, sayang. Dah, diam kejap eh? Nak tidur," dia membalas, mengiringkan badannya untuk membelakangi aku.

Mulutku terbuka dan terkatup semula apabila tiada perkataan mampu dikeluarkan untuk membidas kenyataan terakhirnya.

"...Okay," aku berbisik, mengunyah kudapan yang aku capai sebentar tadi.

...

Lebih dari sepuluh minit berlalu.

Sudah lebih lima kudapan aku kunyah.

"Amirr?" aku memanggil namanya dengan lembut untuk memastikan sama ada dia sudah lena atau tidak.

Meski aku tidak pasti dia sudah lena dalam tidur atau tidak, aku mencapai ke pen sharpie hitam berada di atas meja belajarku.

Terkekeh, aku berjengket ke arah Amirr yang sudah lena ke alam mimpi.

Membuka penutup pen hitam tersebut, aku berlutut di samping katil, berhadapan sama wajah Amirr yang kelihatan tenang, seolah-olah tiada lagi fikiran negatif yang dapat mengganggunya.

Tersengih, aku mula melukis di atas wajahnya tanpa mengambil tahu tentang corak pernafasan Amirr yang mencurigakan akibat kefokusan aku menyerlahkan bakat seni aku pada wajahnya.

Pada mulanya, aku menganggap dia cuma bernafas pada kadar yang normal - tetapi tanganku terhenti tatkala digenggam seseorang.

...

"Dah habis conteng?"

...

Oh.

Melepaskan genggaman tangannya dariku, aku bangkit dari sisi katil itu, terkebil-kebil untuk menjawab persoalannya.

"Aku - aku..." aku mengalihkan pandangan ke tempat lain, tidak mengendahkan Amirr yang sudah bangkit dari baringnya kini terduduk, menggosok matanya.

"Kalau nak sangat dekat dengan muka aku, cakap. Ni main conteng-conteng," dia berjenaka, terkekeh.

"Mana ada!" nafi aku, masih berdiri di sisi katil, meneliti Amirr yang terhenti dari menggosok matanya apabila telefon bimbitnya berdering, menunjukkan ada panggilan masuk.

"Hm," Amirr bersuara tika lihat nama yang tertera di telefonnya.

Aku berdiam diri di sisi katil, hanya mendengar perbualan Amirr yang hanya dapat didengar pada satu sisi sahaja.

"Naim suruh aku balik," Amirr menutup telefonnya, bangkit dari katil tersebut sepenuhnya - jarak tinggi kami kini lebih jelas.

Aku hanya mengangguk, manakala dia tersenyum ketat lalu mengatur langkah ke arah pintu bilik.

"Amirr, jajan kau? Muka kau tu taknak cuci dulu?" aku bersuara, menutup pen sharpie hitam yang aku gunakan untuk menconteng wajah Amirr.

Dia hanya menghela nafas, membuka pintu yang digenggam tombolnya dan berhenti disitu.

"Jajan tu, memang untuk kau. Muka ni, nanti aku cakap je dengan Naim ada setan sesat conteng," dia terkekeh, melangkah keluar lalu menutup pintu bilikku.

"Oh, bijak juga,"

"... Aik, aku ke setannya,"

strelitzia; p. high councilWhere stories live. Discover now