𝙿𝚛𝚘𝚕𝚘𝚐

2.5K 124 11
                                    

Tajam mata itu menikam dua sosok tubuh yang sedang berbual di luar rumahnya. Bibir dicebiknya, menahan cemburu yang semakin meluap-luap di dada.

"Tak baik dho Abang Kyungwoo. Senang betul dia gelak dengan perempuan tu. Dengan aku, muka macam tengah lapar pulak." Badan dihempas di katil bersaiz queen.

"Sotong, orang pun nak berbual dengan dia. Tapi dia selalu jeling orang. Sudah lah dia jeling orang, pastu dia side eyes kan orang pulak. Ish, geram betul lah!" Adu gadis itu pada patung sotong yang bersaiz kecil itu.

Biasalah pabila di fasa remaja, wujudlah manusia yang digelar sebagai 'crush'. Normal bukan? Siapa yang tiada crush? Tipulah jikalau kata tidak pernah ber-crush.

Begitu juga dengan gadis malang ini. Tahun ini, genap enam tahun dia menyukai jejaka yang digelar sebagai Abang Kyungwoo itu.

Tapi apakan nasib. Dia hanya bayang-bayang yang berada di dalam gelap. Tak dapat dilihat bahkan mungkin tidak dikenali sesiapa. Meskipun begitu, dia ingin jejaka itu sedar akan kewujudan dirinya.

Tapi....bagaimana?

Lama siling bilik ditenung mata hitam Aryaa. Wayar otak yang terputus, dia cuba cantumkan kembali.

"Macam mana kalau aku mengorat dia?" Gumaman itu tiba-tiba terpacul dibibir Aryaa. Badan terus bangun dari pembaringannya. Dagu lincin miliknya diketuk berkali.

"Tapi....mana ada perempuan yang mengorat lelaki..?" Bibir munggil miliknya digigit. Masih cuba menggali idea-idea yang lebih bernas berbanding tadi.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

"Ah lantaklah. Macam lah aku kesah pulak kan? Tak perlu ambil masa yang lama nak mengorat si kerek ni. Sebulan sudah lah." Putus Aryaa. Hanya dalam masa tiga saat, Aryaa sudah mampu membuat keputusan. Tidak berfikir panjang? Otak cetek? Ya, mungkin...

Hati bertekad ingin memikat hati jejaka itu. Tak kisah apa yang berlaku, Abang Kyungwoo milik Tarisa Aryaa. Lagipun niatnya hanya ingin membuat jejaka itu sedar bahwa ada seorang gadis yang cantik, comel, pandai ini sukakan dirinya.

Bukan ajak couple pun.

Satu senyuman manis terbentuk di bibir munggil itu. Patung sotong tadi dipeluknya geram.

"Wait for me Abang Kyungwoo!"


TBC.

14/7/23.
Selawat.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now