Hari ke-5

922 79 11
                                    

Aryaa melangkah masuk ke dalam kedai runcit Uncle Bob dengan tergesa-gesa. Tangan mencapai kek pisang sebelum dia beratur menunggu giliran untuk membayar.

Sempat juga dia mengambil segenggam gula-gula kegemarannya. Apa lagi kalau bukan coklat lembu!

Leka dia menunggu giliran, tidak sedar badan jejaka dihadapannya mengundur beberapa langkah ke belakang hingga tertolak badan kecil Aryaa.

Habis terjatuh gula-gulanya yang berada di dalam genggaman tangannya. Kek pisang juga turut jatuh mencium lantai.

Aryaa mencebik. Dia menundukkan badan untuk mengutip kembali gula-gula dan kek pisang itu.

"Sorry. Saya tak sengaja. Awak okay?" Soal Adam prihatin. Melihat anggukan kecil gadis itu dia menghela nafas lega.

"Encik lain kali sebelum mengundur tu, pandang lah belakang dulu. Nasib Encik langgar saya. Kalau orang lain, kesian diorang." Bebel Aryaa.

Bebola mata diangkat memandang jejaka di hadapanya sebelum lidah menjadi kelu. Kedua-dua jelas terkejut melihat wajah masing-masing.

"Awak?"

"Kau?"

Serentak mereka menyoal. Uncle Bob yang berada di kaunter itu hanya menyaksikan drama murahan dua remaja itu. Mujur sahaja mereka berdua sahaja customer yang berada di dalam kedai runcitnya.

"Wah! Kagum saya bila awak cakap lembut macam tadi. Kan sedap telinga mendengar." Puji Aryaa ikhlas. Bibir itu juga tersenyum manis.

"Tak payah nak melebih sangat." Balas Adam senada. Dia mengundur setapak, memberi ruang untuk Aryaa membayar dahulu.

Aryaa bingung.

"Cepat lah bayar, Abang Kyungwoo. Saya nak kena cepat ni." Kata Aryaa seraya jam tangan ditiliknya.

Adam menggeleng.

"Bayar lah dulu. Aku ada barang lain yang terlupa nak beli." Terus dia melangkah ke satu rak yang penuh dengan tin susu pekat.

Aryaa tersenyum manis. Barang-barangnya diletakkan di kaunter bayaran.

"Berapa uncle?"

"10 ringgit saja lah Aya. Ni cantik-cantik mau pigi mana? Dating sama pakwe kah?" Soal Uncle Bob pada Aryaa apabila gadis itu memakai pakaian yang lain dari kebiasaannya.

Blaus bunga yang berwarna beige tersarung elok hingga diparas buku lalinya. Dipadankan pula dengan tudung bawal berwarna putih. Cantik sahaja Aryaa tika ini.

Aryaa menggeleng laju.

"Ish, ish. Merapu lah uncle ni. Saya ada majlis anjuran sekolah." Balas Aryaa lembut. Tangannya menghulurkan not 10 kepada Uncle Bob.

"Oh macam tu. Pigi elok-elok lah ye!" Pesan Uncle Bob pada Aryaa yang sudah melangkah keluar dari kedai runcit itu.

Sempat gadis itu mengangguk sambil tangan melambai Uncle Bob.

Uncle Bob menoleh ke arah Adam yang masih lagi membelek-belek susu pekat itu.

"Dey, dia sudah pigi lah." Adam mengatur langkah ke kaunter.

Dia hanya membeli sebiji gula-gula kegemarannya. Uncle Bob hanya menggeleng melihat kelakuan Adam.

Macam dia tidak tahu yang Adam mencuri dengar apa yang dibualkan Aryaa dengan dirinya. Ego.

...

Aryaa memandang sekeliling hotel mewah itu. Cantik. Seni binanya tersangat unik. Bagus juga sekolah buat jamuan di hotel mewah begini.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now