Hari ke-6

886 86 10
                                    

Selepas bercuti selama seminggu, semua pelajar-pelajar sekolah kini kembali ke rutin biasanya.

Adam meletakkan kepala di atas meja berlapitkan tangan kirinya. Mata sudah rapat ditutup, ingin melelapkan mata sebelum pelajaran awal pagi dimulakan.

Baru dia ingin terbang melayang ke alam mimpi, niatnya terbantut.

PAK!

Meja ditepuk seseorang dengan kuat. Adam perlahan mengangkat kepala sebelum tajam mata menikam Fakri.

"Good morning~ Enak gak tidurnya?" Adam menjeling rakan baiknya. Tiber sahaja menggunakan loghat Indonesia.

Fakri tergelak besar melihat jelingan Adam. Sudah serupa budak kecil pula si orang tua ini. Satu kertas yang berada di tangan, diletakkan di atas meja Adam.

Bertaut kening jejaka itu. Kepala dihayunkan Adam.

"Apa ni?" Fakri angkat bahu.

"Surat cinta." Adam memandang Fakri dari atas hingga bawah.

"Eh bukan aku!" Seperti dapat meneka apa yang bermain di isi kepala Adam, pantas dia membantah.

"Dahtu siapa yang bagi?"

"Oh, Aya yang bagi." Jujur Fakri menjawab. Makin pelik Adam dengan jawapan yang diberi Fakri.

"Aya? Dia kenal kau ke?"

"Baru je kenal. Aku dengan Ammar terjumpa dia sebelum datang sekolah. Sekolah dia berhadapan dengan sekolah kita je weh!" Adam bangun dari tempat duduknya.

Entah mengapa hatinya berasa panas sahaja apabila mendengar cerita si Fakri ini. Sekarang dia perlu mengaku. Dia cemburu.

Terlopong mulut Fakri melihat Adam yang merenyuk kertas Aryaa lalu dicampak masuk ke dalam tong sampah tanpa sedikit rasa bersalah.

"Weh kau asal do?!" Tinggi nada suaranya. Tidak percaya dengan tindakan Adam.

Adam hanya menayangkan raut wajah biasa. Tangan naik memeluk tubuh.

"Asal?" Soalan dibalas dengan soalan. Fakri merenung dirinya dengan tatapan tajam. Bengang.

"Tak, asal kau buang surat Aryaa?" Nada suara Fakri sudah mengendur apabila perhatian di dalam kelas beralih kepada dirinya.

Adam melabuhkan punggung di kerusi kayu hak kerajaan itu.

"Aku tak ambil barang yang diberi oleh perempuan."

"Eh kalau ye pun, kau baca lah dulu. Jangan sia-siakan usaha Aryaa." Adam tergelak.

"Usaha? Apa yang teruk sangat hm? Tulis surat je pun."

"Kau kan.." Kolar baju sekolah Adam dicengkam kuat hingga terangkat badan Adam dari duduknya.

Ammar yang baru tiba di kelas mereka pantas menghentikan pergaduhan yang bakal berlaku itu.

Tapi sempat juga dia meletakkan beg sekolah di atas mejanya. Kotor beg sekolahnya nanti, rugi saja.

"Wo, wo. Rileks anak tenuk sekalian. Korang gaduh buat apa?" Cengkaman di kolar Adam sudah dilepaskan. Fakri mendengus kasar.

"Teruskan dengan perangai degil kau. Jangan sampai dia tawar hati baru kau nak terhegeh-hegeh." Dingin sekali suara itu berpesan.

"Never." Ringkas balasan Adam. Itulah perangai seketul Adam Qaridz. Ego.

Malas mahu bertekak, Fakri terus melangkah ke mejanya. Alah, bersebelahan meja Adam saja pun.

Ammar yang masih belum faham dengan keadaan tegang tersebut masih lagi tercengang disitu. Pelik lah diorang ni.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now