𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐐𝐚𝐫𝐚𝐫 𝐈𝐈

662 58 10
                                    

Selepas setahun.
Ramadan, hari ke-30.

Kring, kring!

Aryaa mencelikkan matanya. Tangan meraba-raba di atas meja kecil yang terletak bersebelahan katil mereka. Cahaya telefon membuatkan matanya mengecil sedikit.

4.00.

Aryaa mematikan alarm telefon itu sebelum dia meletakkan kembali telefon itu ke atas meja.

Tangan Adam yang berada di atas perutnya itu, dialihkan dengan berhati-hati. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Perut yang semakin membesar itu diusapnya.

"Assalamualaikum anak mama." Lembut dia berbisik pada bayi di dalam perutnya itu.

Aryaa tersenyum manis apabila sapaannya dibalas dengan tendangan kecil dari si bayi.

Dia bangun dari duduknya lalu dapur ditujunya, ingin memasak makanan bersahur untuk suami tersayang.

4.30.

Tersenyum puas Aryaa melihat beberapa lauk-pauk yang siap dimasak olehnya. Ada juga lauk yang dipanaskan semula saja.

Maklumlah, dia semakin tidak larat dek kerana sedang sarat mengandung.

Perlahan-lahan dia menaiki anak tangga lalu kaki dihayunkan ke arah bilik mereka.

Kelihatan Adam masih lagi nyenyak tidur di katil mereka. Aryaa melabuhkan punggung di birai katil. Lantas badan suaminya digoyangkan sedikit.

"Baba, bangun... Kita makan sahur jom." Adam hanya mengeliat kecil sebelum dia kembali tidur.

Aryaa mendengus. Peperangan akan terjadi lagi.

"Baba! Bangunlah! Dah lewat ni!" Selimut yang membaluti badan Adam itu ditariknya lalu dicampak ke hujung katil.

Kalau nak kejutkan Adam, cara ini sahaja yang berguna.

Cara lain?

Hampeh.

"Hmm... Mama nak beranak ke? Nanti-nantilah beranak. Baba nak tidur." Berkerut dahi Aryaa.

Pantas tangannya menarik telinga Adam. Merapu!

"Ya Allah awak ni kan! Saya buka silat karang! Bangun cepat!"

"Adedehh. Mama sakit!"

"Tahu pun! Bangun cepat lah! Dah nak jadi baba pun, perangai masih tak senonoh lagi!" Bebel Aryaa dengan garangnya.

Nak tak nak, Adam mengikutkan sahaja arahan isterinya. Dia bangun dari tidurnya. Dia memegang tangan Aryaa lalu mereka menuruni anak tangga sambil berpimpin tangan.

"Duduk sekarang." Tegas Aryaa seraya tangan menunding kerusi kosong di meja makan.

Dalam keadaan yang mamai, Adam melabuhkan punggung di kerusi yang ditunjuk Aryaa.

Tersengguk-sengguk kepala jejaka itu, menahan mengantuk. Aryaa tergeleng kecil. Teruk betul perangai suaminya ini.

Aryaa mencedokkan nasi kepada Adam. Pinggan itu diletakkan dihadapan Adam.

Disebabkan Adam kelihatan terlampau mengantuk, Aryaa mencedokkan lauk pada suaminya.

"Dah, makanlah. Mama teman baba." Terangguk-angguk kepala Adam mendengar kata-kata isterinya.

Lambat-lambat satu suapan selamat masuk ke dalam mulut. Sedang ralit dia menjamah makanan, tiba-tiba....

"MAMA!"

"Ha kenapa baba?! Apa jadi???" Aryaa memandang kiri dan kanan. Apa jadi? Ada perompak ke?

Matanya kembali memandang Adam yang serius saja tika ini.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now