Hari ke-10

875 67 6
                                    

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Aryaa akan datang ke kedai runcit Uncle Bob untuk membeli barang yang dikirim oleh ibunya.

Alis mata terjongket sebelah apabila iris hitamnya dihiasi dengan batang tubuh Adam yang segak bergaya.

Selalunya, hanya seluar slack dan baju t-shirt hitam sahaja yang dipakainya. Tapi tidak hari ini.

Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya ber-style! Seluar denim slim fit berwarna hitam. Baju t-shirt putih di dalam dan kemeja kotak biru bergaris putih halus.

Menambahkan lagi kekacakan jejaka itu apabila rambut di bahagian hadapan dibiarkan sahaja terjuntai menutup dahi.

Sekali pandang, sudah serupa Minghao Seventeen pula!

Tersentak lamunan Aryaa apabila irisnya bertembung dengan iris milik Adam. Terkaku dirinya apabila jejaka itu melemparkan senyuman manis buat dirinya.

"Scanning aku ke?" Sengaja dia bertanya begitu. Bukan dia tidak perasan gadis itu sudah lama memandang dirinya.

"Apa awak merepek ni? Tak ada masa saya nak scanning awak!" Bidas Aryaa seiya mata mengguling keatas.

Menyampah.

Terletus tawa kecil di celahan bibir Adam. Gula-gula kegemarannya diambil tiga genggam.

Banyak betul dia ambil. Buat sedekah gula-gula kah?

"Awak ni jangan lah ambil coklat lembu ni banyak-banyak. Awak ingat ini awak seorang punya ke? It's mine too!" Adam angkat kening.

"Aku bayar kot. So lantak lah. Sibuk je kau." Senada dia membalas. Aryaa juihkan bibir.

Mulut tak ada insurans!

"Awak nak pergi mana handsome-handsome bagai ni?" Soal Aryaa. Mata langsung tidak lekang memandang Adam yang sedang mencari duit di dalam dompet.

Adam hulurkan not 10 kepada Uncle Bob seiya tangan menunjuk pada barang di tangan Aryaa dan barangnya bersilih ganti.

Uncle yang faham dengan maksud Adam, terus anggukan kepala.

"Jadi kau mengakulah aku handsome?" Soalnya nakal. Bibir itu juga sudah mengukirkan senyuman penuh makna.

"Dah memang betul pun Abang Kyungwoo handsome, untuk apa saya nafikan?" Selamba Aryaa membalas. Adam pula yang diserbu dengan rasa malu.

Dia pandang ke arah lain. Dahi Aryaa berkerut.

"Abang Kyungwoo, saya tanya ni. Awak nak pergi mana?" Kali ini, suara Aryaa kedengaran serius.

Dalam diam, Adam hela nafas berat. Berat hati ingin memberitahu Aryaa.

"Aya, kalau aku tanya kau jawab dengan jujur... boleh?" Aryaa mengangguk laju.

"Aya, kalau kau sukakan aku, boleh kau tunggu aku untuk lima tahun lagi?" Soal Adam. Wajah itu kelihatan serius meskipun senyuman pahit menghiasi bibir.

"Awak nak pergi mana?"

"Sambung belajar." Jawapan ringkas tetapi membuatkan Aryaa tersentak. Masing-masing diam berjalan kaki.

Seperti tahu sahaja kedua-dua mereka akan bertemu hinggakan kedua-dua mereka membuat keputusan untuk berjalan kaki.

"Tak ada guna kalau saya menunggu tapi awak tak suka saya." Balas Aryaa pula dingin.

Entah mengapa, tubir mata terasa berat sahaja menakung air. Tolong lah jangan mengalir...

Adam tersenyum seiya langkahnya terhenti. Aryaa juga turut menghentikan langkah. Wajah gadis itu jelas pelik dengan dirinya.

10 Hari MencubaWhere stories live. Discover now