Hari ke-8

789 74 5
                                    

Meronda satu Taman Nuri Adam pada hari ini. Hairan. Mana gadis itu? Selalunya ada sahaja dimana-mana.

Hati kuat mengatakan Aryaa ingin menjauhkan diri daripadanya. Mana taknya, nampak sahaja kelibat dirinya, pantas gadis itu melarikan diri.

"Aryaa, kau jangan sampai aku buat gila pergi ketuk pintu rumah kau..." Perlahan dia menggumam.

Sakit pula hati.

Dengan matahari yang terpacak elok di atas kepalanya. Baju sudah basah dek peluh yang keluar. Kulit putihnya juga sudah mula merah-kemerahan.

"Aku balik dulu lah. Letih lah seharian mencari." Sayu saja suara itu berkata. Pendikit motosikal dipulas sebelum motosikal VGH 4663 itu meluncur laju ke jalan pulangnya.

Elok sahaja motosikal masuk ke dalam pagar rumah putihnya itu, telinga menangkap suara seorang gadis bernyanyi riang.

Bibir Adam terjongket sedikit. Kenal sangat dia dengan si empunya suara itu. Crush sendiri kot...

Eh?

Dah mengaku crush?

Ah lantaklah. Ini bukan masa untuk bermain-main. Lantas dia mengorak langkah keluar dari rumah. Langkah laju itu terhenti mengejut apabila gadis itu benar-benar berada dihadapannya.

Degupan jantung mula jadi tidak keruan. Darah panas menyerbu wajah putih Adam.

Bukan Adam sahaja, Aryaa juga turut membatu di hadapan Adam. Jarak yang dekat membuatkan mata mereka berbalas pandangan.

Adam yang baru sedar akan perkara itu pantas menundukkan pandangannya. Aryaa juga mengundur dua tapak kebelakang.

Nasib baik tidak berhenti berdegup jantungnya.

"Aryaa, aku-" Terhenti ayatnya apabila Aryaa hanya teruskan perjalanan meninggalkan dirinya.

Lantas dengan tergesa-gesa dia mengejar langkah Aryaa.

"Aryaa! Woi tunggu lah sekejap!" Aryaa mendengus. Tunggu apanya?! Karang kantoi lah dia sedang blushing!

"Ayaaaa...." Leret suara itu memanggil. Kali ini lebih lembut berbanding tadi.

Tapi Aryaa masih lagi dengan pendiriannya. Dia tidak akan sesekali toleh memandang Adam dengan wajah yang membahang kemerahan ini!

"Tarisa Aryaa, aku pinjam masa kau seminit saja. Berhentilah." Terhenti terus langkah yang tadi laju seperti kilat.

Suara Adam kali ini seperti dia sedang merayu. Bukan lagi memujuk. Atau itu hanya taktik dia ingin memujuk aku?

Bingung gadis itu dibuatnya. Apa-apa saja lah. Yang pasti, dia sudah rasa serba salah dengan Adam.

Lambat-lambat dia menoleh juga. Tangan disilang ke dada. Wajah ketat dia tayangkan.

Terletus tawa kecil daripada Adam.

"Oi, kenapa gelak pulak?!" Bengang Aryaa. Adam menggeleng-geleng perlahan kepalanya.

"Kau kan, marah pun kena comel ye? Haih Aryaa... Aryaa..."

ZUP!

Terus terasa seperti nafas tersekat di kerongkongnya. Pandangan dihalakan di tempat lain. Lemah imannya apabila melihat jejaka sedingin beruang kutub itu tertawa.

Ya Allah, kuatkan Iman ku!

Aryaa berdehem kecil. Menghilangkan rasa malu yang bertandang di hati.

"Kalau awak panggil saya hanya untuk ketawakan saya, saya balik sekarang."

"Eh Aya sabar lah kejap! Okay, okay. Aku tak gelak dah. Sabar lah." Terus Adam memujuk dengan lembut. Dia masih lagi tertawa kecil.

"Urm Aya."

10 Hari MencubaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora