gaduh

16 2 2
                                    

Dhia memecut laju menggunakan motosikal pemberian ibunya menuju ke rumah bosnya. Teriknya matahari tengahari tidak dihiraukan. Demi sedikit duit untuk membiayai kos rawatan hospital mak, Dhia sanggup walaupun perlu meredah lautan larva. Hehe

Seteleh sampai ke destinasi, Dhia turun dari motosikal lalu menongkatnya. Di markas bawah tangki itu, Dhia mula tercari-cari seseorang.

"Haaa bos, banyak ka stok harini?"

"Boleh tahan jugak, banyak rumah kau kena pergi ni."

"Eh takpa takpa. Saya okay ja."

Dhia mula mengambil plastik berisi dadah yang dihulur oleh bosnya sebelum menghantarnya ke rumah orang yang telah 'menempah' bahan mengkhayalkan tersebut.

...

1 bulan kemudian, Dhia masih dengan pekerjaan yang sama. Seorang penari tiang pada waktu malam, dan pengedar dadah pada waktu siang.

Walaupun tidak menyukai pekerjaan tersebut, Dhia hanya merempuhnya demi secebis duit untuk menyara hidup dan membayar kos rawatan ibunya yang menghidap kanser hati.

Tetapi Dhia tidaklah menggadaikan maruahnya seperti penari tiang lain yang sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat upah yang lumayan. Dhia juga tidak menghisap dadah kerana menganggapnya buang masa dah tenaga.

Setelah mandi dah berwangi-wangian, Dhia menuju ke kelab malam pada pukul 8 seperti biasa.

Setelah bersiap di belakang pentas, Dhia berjalan naik ke pentas untuk mula menari.

Ramai manusia yang mabuk sambil menari-nari macam orang takda masa depan dapat dilihat oleh Dhia dari atas pentas. 'Sampai bila aku nak hidup macam ni?' Penyesalan mula menerjah tangkai hati seorang Dhia.

Namun, dia tetap meneruskan tarian walaupun dengan hati yang rawan. 'Ni kalau mak tahu, masak aku dikerjakannya'.

Tidak semena-mena, ramai orang mula menjerit, terpekik-terlolong macam orang sasau. Dhia teringatkan kejadian sebulan yang lalu. Dia mula meng'scan' sekeliling kelab.

Dan ya, kumpulan yang sama pernah datang ke sini sebulan yang lalu, kini sedang berada di muka pintu kelab. 'Kerap pulak diorang ni buat rondaan, tak bosan ka?'

Dhia terus berlari menuju ke pintu belakang. Tetapi tidak seperti sebulan yang lalu, larian Dhia kini perlahan kerana kepalanya tiba-tiba berasa pening, pandangannya berpinar-pinar sebelum jatuh.

Tetapi belum pun sempat Dhia rebah di atas lantai, dia disambut oleh seorang lelaki yang tidak dapat dikenal pasti.

Dhia mula membuka mata luas-luas. Darahnya menyirap, lalu menyerbu muka. Pantang tok neneknya, apabila ada lelaki cuba menyentuh atau mengambil kesempatan.

Dhia berdiri walaupun pandangannya masih kabur. Dia mula merenung lelaki yang dianggapnya mengambil kesempatan itu.

"Woi! Kau apahal pegang-pegang?"

"Dah awak nak terjatuh, saya sambut la."

"Aku tau la aku ni nampak murah, kerja penari tiang. Tapi kau jangan nak ambik kesempatan ek!"

"Eh perempuan, awak ingat saya nak sangat pegang awak? Kalau tau nak kena maki macam ni, baik aku biar je menggelupur kat lantai tu sebab terkena gegaran otak."

"Kau jangan kurang ajar sangat eh!"

"Dah, meh sini saya garikan. Jangan sampai saya gari sekali mulut takda insuran tu."

"Eh! Lepaslah!"

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now