mak

15 1 0
                                    

Dhia dibawa ke balai setelah penat bergelut dengan lelaki acah hero tadi. Mukanya masam mencuka apabila ditahan.

"Berapa lama lagi aku nak tunggu kat sini eh? Daripada buang masa, baik aku cari duit!"

Tetapi tanpa sempat pengawal anti dadah yang bertag nama 'Haikal' tersebut menjawab, ibu Dhia terlihat masuk ke dalam balai tersebut dengan muka yang lebih masam dari limau asam boi.

Riak wajah Dhia mula berubah keruh. Penyesalan bertimpa-timpa terbit dalam hatinya.

"Mak, mak dengar dulu Dhia nak cakap mak."

"Sampai hati kau Dhia! Penat-penat aku besarkan kau tanpa suami kat sisi, macam kau balas aku?!"

"Mak, Dhia terpaksa. Dhia bukan sengaja buat macam ni mak."

"Aku tau la aku ni merempat je kat hospital! Tapi tak sangka kau sanggup tikam belakang aku? Conteng arang dekat muka aku?"

"Mak! Dhia dah takda cara lain dah. Orang lain mana nak terima manusia tak berpelajaran tinggi macam Dhia ni kerja makk."

"Habestu kau sanggup kerja haram semata-mata duit? Kalau macam tu, aku lagi rela mati la!"

"Makkk! Dhia takda niat makk. Percayalah cakap Dhia


Melihat drama air mata antara dua beranak itu, air mata jantan Haikal turut mangalir membasahi pipi tanpa segan silu.

"Makcik, saya tahu niat anak makcik baik. Bagilah dia peluang makcik."

"Tak! Aku tak ada anak tak guna macam dia! Kau suruh dia keluar dari tempat jahanam ni, tapi jangan sesekali benarkan dia jejakkan kaki dekat rumah aku!"

"Makkk!", Dhia mula meraung."

...

Berbekalkan sedikit duit yang ada, Dhia menaiki teksi untuk mencari tempat tidur.

Dhia mula mendail nombor kawan baiknya, Adlina kerana hanya nama tersebut yang muncul dalam kotak fikirannya. Setelah siap menekan butang 'call', Dhia meletak ganggang telefon di sebelah telinga.

Tetapi hampa, setelah 4 kali menelefon, tiada sebarang tanda yang Adlina akan menjawab panggilannya. Dhia mula mengeluh

'Haihh, manalah aku nak tidur malam ni?'

"Pakcik, ada tak hotel yang murah-murah berdekatan sini?"

"Oh ada, kejap ya pakcik bawakkan."

"Baik pakcik."

...

Setelah sampai di depan hotel, Dhia tercegat sambil termenung. Pakcik teksi tadi dah lama 'blah'.

Selepas menghela nafas yang maha berat, Dhia menguatkan hati melangkah masuk ke lobi hotel. Di kaunter, Dhia membuat pembayaran.

Setelah sampai di biliknya, Dhia membersihkan diri sebelum menunaikan solat isya' dan solat taubat seperti setiap malam. Namun kali ini disertakan dengan esak tangisannya.

Kemudian, Dhia terus memanjat katil demi memenuhi hajat matanya yang semakin lama semakin berat.

Tetapi belum pun terlelap, Dhia teringat akan wajah ibunya yang sangat kecewa tadi. Air matanya mula merembes keluar demi teringatkan rentehan ibunya yang mendakwa dia menikam belakangnya.

Setelah puas menangis, Dhia mula memejamkan mata walaupun dia tahu sukar baginya untuk tidur dalam keadaan begini.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now