surprise

6 2 1
                                    

Dhia berjalan menuju ke rumahnya setelah membeli barang dapur yang kehabisan. Malam yang gelap dan sejuk kadangkala menegakkan bulu romanya.

Tiba-tiba, Dhia terasa seperti diperhati. Dia mula melihat sekeliling sebelum berjalan dengan lebih laju kerana terlihat satu susuk yang menyerupai orang minyak.

Sedang Dhia berjalan,

"Baaaaa!"

"Opocot tok nenek kau terbang sambil mengengsot!"

"HAHAHAHAHHAHAHAH. Melatah jenis apa tu? Sakit perut saya!"

"Ish! Kau ni apahal?! Dah buang tebiat?"

"HEHHEHEHE. Penakut jugak awak ni rupanya. Ingatkan berani sangat!"

"Eh jap-jap! Kenapa kita selalu jumpa eh? Kau ni stalk aku ka apa?"

"Eh! Memandai je cakap kite stalk dia."

"Habestu apa lagi?!"

"Saya........... Akan pindah sini! Haah, taman ni, sama taman dengan awak! HEHEHEH."

'Hah! Mampos aku!'

"Lepasni... Kita akan selaaaaaaaalu jumpa."

"Kenapa awak kena pindah sini eh? Jangan cakap sebab saya..."

"Eh eh! Tak payah fikir bukan-bukan. Saya dah lama dah nak pindah sini. Sebelum kenal awak lagi. Tapi waktu tu takda rumah kosong Sekarang baru ada."

"Kenapa awak nak sangat pindah sini?"

"Senang ja. Sebab murah!"

Haikal senyum manja, manakala Dhia menjeling Haikal atas bawah. Nasib baik tak juling ja.

...

Dhia sedang mamakai kasut pada pagi itu, sebelum menuju ke tempat kerja.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumusal...."

Mata Dhia terbelalak, terkejut beruk kerana ternampak beruk menyerupai manusia yang memberi salam kepadanya.

"Terkejut ke tu? HEHEHHE."

"Ka- kau buat apa kat sini?"

"Lah! Ni rumah saya lah. Kan saya dah cakap saya pindah sini."

"Tap- tapi, kau tak pernah cakap pun sebelah rumah aku."

"Alah, saya nak buat surprise lah. Surprise!"

'Boleh kena serangan jantung agaknya nampak makhluk ni hari-hari. Masak aku!'

"Bai Dhia! Saya pergi kerja dulu!"

'Haiihhh, apalah nasib.'

Dhia melangkah longlai menuju ke tempat kerjanya.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now