bergelut

9 1 3
                                    

Dhia terbangun dari tidur apabila kedengaran tombol pintu dipulas dari luar. Kunci. 'Sapa pulak cari aku pagi-pagi buta ni?'.

Dhia mencari-cari telefon bimbitnya yang diletakkan di sebelah bantal. 2:45 pagi! Sah, ni bukan orang biasa ni.

Dhia mula bangun dari katil, buntu. 'Arah mana pulak aku nak lari?'

Pintu dipulas semakin kuat. Dhia terpandang suatu sudut yang mempunyai tingkap. Dia cepat-cepat mengambil barang-barangnya dan meluru ke arah tingkap.

Pintu mula terbuka luas. Seorang lelaki memakai hoodie kelihatan memasuki bilik tersebut.

Belum sempat Dhia terjun dari tingkap, mulutnya ditekup. Satu cecair yang berbau hanyir memasuki rongga hidung. Dhia sukar bernafas dan mula terbatuk-batuk sebelum tidak sedarkan diri.

...

Buka ja mata, badan Dhia dah terikat dekat kerusi. Tengok sekeliling, tak dapat dikenal pasti di mana dia berada.

Lelaki berhoodie tadi mula masuk. Mata Dhia terbeliak, ketakutan menguasai diri. Dhia meronta-ronta dan cuba untuk menjerit.

"Diam sayang, kat sini mana ada orang nak dengar jeritan awak, hehe."

"Pergi mampos la, jantan tak guna!"

"Apa dia? Tak dengar la, cuba ulang."

"Aku cakap pergi mampos! Pekak!"

"Hei! Siapa pekak? Saya ada nama tau, M-A-L-I-K malik. ingat tau!"

"Kesah pulak aku apa nama kau?! Lepaskan aku lah! Aku mana ada duit!"

"Shhhhh, aku ingat nak jual je terus kau ni. Tapi memandangkan kau ni cantik sangat, plus degil pulak, tak jadi la. Aku suka orang macam kau, HAHAHAH!"

Malik mula mendekatkan wajahnya ke wajah Dhia, sambil senyuman sinis menghiasi bibirnya.

Malik membelai muka Dhia, sebelum matanya terarah ke satu sudut wajah Dhia, iaitu bibir.

Belum sempat Malik meneruskan niatnya untuk mencium Dhia, pintu terbuka luas dari luar.

Darah menyirap naik ke muka Malik, "Sapa yang kacau aku buat kerja ni?!"

Hikal melangkah masuk ke dalam bilik berbau hapak itu. Matanya tajam mencerun ke arah Malik.

"Kau tu! Kau buat apa dekat anak dara orang hah?!"

"Eh! Aku buat apa pun dekat perempuan ni, masalah aku ke masalah engkau?!"

Tanpa banyak mulut, Haikal membuka kekuda silat yang dipelajarinya sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Malik cuba menendang dan menumbuk Haikal, tetapi semua serangan dapat dihalang dengan mudah. Kini giliran Haikal pula untuk menyerang, mereka bergelut agak lama.

Sementara itu, Dhia cuba meleraikan ikatan tangannya. Setelah agak lama mencuba, ikatan ahkirnya berjaya dibuka. 'Heh! ikat pun nak taknak, baik tak payah!'

Melihatkan Malik dan Haikal yang masih bergelut, tiada tanda-tanda salah seorang akan mengalah. Dhia tercari-cari suatu alat yang boleh memberhentikan pergaduhan tersebut.

Tiba-tiba Dhia ternampak alat tajam berkilau di atas meja sisi katil. Tanpa banyak fikir, dia mencapai pisau tersebut.

Dhia mula mendekati dua lelaki tadi, pisau di tangan dilihat beberapa kali sebelum dia memutuskan untuk menikam Malik dari belakang.

Malik jatuh terjelopok di atas lantai dengan mata terbeliak.

Begitu juga Dhia, matanya terbeliak. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang, tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya. Dia memandang Haikal yang tercungap-cungap

"Ap- apa- apa aku dah buat ni?"

"Takpa, awak hanya cuba pertahankan diri. Lelaki jahanam ni yang salah!"

Haikal menelefon polis.

...

Haikal dan Dhia dipanggil oleh beberapa orang polis untuk memberi kenyataan. Mereka hanya berlaku jujur, tiada apa yang hendak dibohong.

Malik disabitkan kesalahan cubaan merogol dan membunuh. Akibatnya, dia ditimpa hukuman sebatan 20 kali dan dipenjara selama 3 tahun.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now