tanya

4 1 0
                                    

Haikal menapak masuk ke dalam kafe di mana Dhia bekerja, memesan secawan kopi lalu duduk di tepi tingkap.

Termenung. Orang yang dinanti-nanti tak kunjung tiba. Haikal tercari-cari lagi. Namun tetap sama, hampa.

Setelah kopi sampai, Haikal bertanya pekerja tersebut, "Dhia ada?"

"Dhia? Dhia takda, dia ambik mc, demam katanya."

"Oh! Takpalah kalau macam tu."

Haikal teruskan menungnya tadi. 'Haihh. Takda angin takda ribut, tiba-tiba demam?'

...

Dua hari kemudian, Haikal menjejakkan langkah ke kafe Dhia lagi. Tidak mahu berputus asa setelah sekali hampa mambuka jendela.

Berada di ambang pintu, Haikal membaca bismillah sebelum membukanya dan menapak masuk ke dalam.

Di kaunter, Haikal membuat pesanan sebelum duduk di tempat yang sama dia pernah duduk waktu hari pertama menjejak kaki di kafe ini, iaitu di tepi tingkap.

Pesanan tiba. Kopi diletakkan di atas meja. Haikal mendongak, ingin melihat wajah manusia yang menghantarkan kopinya.

Senyuman mula terukir di bibir. 'Dhia!'

"Hai Dhia."

"Hai." Dhia menjawab dengan suara cukup beku.

"Dah baik demam?"

"Mana kau tau aku demam?"

"Haritu saya ada datang, awak takda. Saya pun tanya pekerja sini."

"Oh."

"Malam esok awak ada masa tak?"

"Takda kot. Adlina ajak pergi kenduri makcik dia."

"Kenduri apa malam-malam?"

"Manalah saya tahu!"

"Hmm kalau macam tu, saya nak mintak nombor awak boleh?"

"Eeee! Nak buat apa!?"

"Nanti senang la saya nak hubungi awak."

"Tak boleh!"

"Awak nak bagi ka, nak saya mintak dekat bos awak?" Haikal tersenyum sinis.

"Ish! Nah!"

"Terima kasih Dhia Khalisya ku sayang intan payung!"

"Ergh! Pergi mampus!"

Dhia kembali ke dapur. Sakit kepalanya melayan kerenah Haikal. Sakit jantung pun ya jugak.

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now