kerja baru

7 1 0
                                    

Adlina sampai di balai sambil matanya dibanjiri air mata setelah mendengar khabar Dhia sebentar tadi. Dhia melangkah masuk ke dalam kereta.

"Aku minta maaf. Aku tak tau nak cakap macam mana. Kenapa kau tak call aku?" Adlina tersedu-sedan.

"Aku dah call kot. Kau yang tak angkat"

"Weh, aku minta maaf gila-gila. Aku lupa nak cas phone."

"Takpalah, benda dah jadi. Aku pun hidup lagi ni ha, kan?"

"Kau balik rumah aku eh?"

"Ye lah. Takkan aku nak sambung tidur dekat hotel murah tu kot?"

Kereta Adlina bergerak laju membelah pekatnya hitam malam.

Malam itu, Dhia tidak dapat melelapkan mata. Dia mula trauma dengan apa yang telah berlaku. Fikirannya kacau, teringat pula akan ibunya yang menghalaunya dari rumah.

Dhia berakhir di sini, sehelai sepinggang. Nasib menyebelahinya apabila ada rakan yang sudi membantu.

Dhia memaksa dirinya tidur. Pejam mata rapat-rapat. Dia berjaya tidur, tetapi tidak mampu nyenyak.

...

Dhia keluar dari rumah Adlina. Mengunci pintu sebelum mengorak langkah memulakan hidup baharu dan meninggalkan takok yang lama.

Dhia menempah grab. Niatnya ingin jalan-jalan sambil cari kerja baharu. Dhia terintai-intai dari dalam kereta, mencari-cari tempat sesuai untuknya bekerja.

Dhia terpandangkan sebuah kafe besar, cantik lagi aesthetic. 'Kene kene kene.'

"Pakcik, berhenti sini eh." Arah Dhia selepas terlihat sehelai poster untuk mencari pekerja baharu.

Dhia turun dari kereta, termenung agak lama di depan kafe tersebut sebelum berjalan mendekati pintu.

Pintu ditolak, Dhia meninjau sekeliling kafe. Memang cantik, tidak dapat dinafikan. Pandai tuan kafe ni hias.

Berjalan ke kaunter, Dhia mula bertanya.

"Macam mana nak apply kerja sini eh?"

"Oh, cari kerja. Kejap, saya call kan bos."

...

Dhia sedang mengemop lantai apabila terpandang seorang lelaki tinggi lampai masuk ke dalam kafe tersebut.

Sudah agak lama sebenarnya Dhia bekerja di sini. Bosnya bernama Ghazali, ramah orangnya, selalu bertanyakan khabar pekerja. Dhia selesa bekerja di sini. Tambahan pula, pekerja-pekerja lain memang ambil berat akan dirinya.

Haikal masuk ke dalam kafe tersebut, menuju ke kaunter untuk membuat pesanan sebelum duduk di kerusi tepi tingkap dan menunggu rakan sekerjanya tiba.

Namun tiba-tiba, Haikal rasa nak terberak. Dia sedang mengorak langkah menuju ke tandas apabila Dhia yang sedang membawa dulang berisi air terlanggar akan dirinya.

"Eh, minta maaf." Dhia menundukkan sedikit bandannya menunjukkan penyesalan.

"Woi! Baju aku! Mahal tau tak?!"

BIDADARI DARI NERAKAWhere stories live. Discover now