1| Rompakan Berlaku

106 2 2
                                    

Part 1
Pov Monsta X (Dalam bilik Shownu)
(8.00 pagi)
'Abang Shownu jadi tak plan kita nak rompak peti besi kat Sekolah Menengah Sa-ranghaeyo? ' tanya Minhyuk. 'Mesti lah jadi....kita dah plan lama kan...sekolah tu kan...sekolah anak orang kaya dan orang ternama' balas Shownu. 'Kalau macam tu....oklah...aku pergi bagi tahu adik-adik kita yang lain tu ' kata Minhyuk sambil berjalan keluar dari bilik Shownu.

(Di ruang tamu)
Semua ahli Monsta X yang lain sedang berbual. Minhyuk mendatangi diaorang dan berkata 'Korang...abang Shownu kata plan kita untuk rompak peti besi tu...jadi dijalankan...korang semua pergi buat persiapan' kata Minhyuk. 'Lah...jadi ke? Baru nak rehat2 kat rumah...oklah' kata Kihyun dengan nada malas sambil memainkan pisau ditangannye.

'Knp kita kene rompak peti besi tu jugak...macam mana dengan budak-budak sekolah tu...kesian diorang' kata Hyungwon. 'Alah ko ni kan hyungwon baik hati sangat....kita nak rompak besi jer bukan nak bunuh orang pun...kalau bunuh orang sekali pun...kau kan dah biasa bunuh orang guna ko punya sniper tu...' balas Jooheon dengan nada selamber. Hyungwon hanya mendiamkan diri. 'Aku setuju dengan ape yang Abang jooheon cakap' balas IM. 'Dah...dah Let's go kita siapkan senjata kita..! ' kata Jooheon dengan bersemangat.

Pov Hanna (Di dalam kereta)
(8.00 pagi)
'Jiho...sy rasa macam tak nak pergi sekolah lah hari ni sebab rasa tak sedap hati...macam ade sesuatu nak berlaku' kata Hanna dengan nada resah. (Jiho adalah pemandu kereta Hanna.) 'Tapi cik sy nak sampai sekolah cik ni...kalau cik nak balik jugak sy akan patah balik' balas Jiho. 'Ouh dah sampai ye....tak pe lah...menyusahkan awak jer....' balas Hanna sambil membuka pintu kereta.

'Bye, cik' kata Jiho sambil lambaikan tangan pada Hanna. Hanna pun masuk sekolah...berjalan di koridor...sambil memandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Yuka. 'Hanna...kau dah sampai pun...kau cari sape' kata Wonho. 'Aku cari Yuka lah...bukan cari ko...' kata Hanna sambil melihat ke sekeliling. 'Ooo yuka...yuka ade kat bilik komputer...dia tengah buat kerja sekolah' balas Wonho. 'Lah knp tak bagitahu awal2...oklah...bye' kata Hanna dan terus berlari ke bilik komputer.

Sesampai ke bilik komputer, Hanna terus membuka pintu bilik komputer dan melihat Yuka sedang membelek komputer. 'Yuka ko kat sini rupa-rupanya penat aku cari ko tau...' kata Rina. 'Lah yeke....sorry...aku tengah sibuk research tentang satu kumpulan perompak yang paling dikehendaki oleh polis ni' kata Yuka sambil memandang komputer. 'Kumpulan perompak yang paling dikehendaki oleh polis....? Buat Ape? ' tanya Hanna sambil duduk disebelah Yuka. 'Aku kene siapkan kerja sekolah aku...cikgu aku suruh research kumpulan perompak terkenal kat bandar kita ni dan buat laporan tentang diaorang ' jelas Yuka. 'Oooo...macam tu...so ape nama kumpulan perompak tu? ' tanya Hanna.

'Nama kumpulan perompak ni adalah Monsta X. Perompak ni ade enam orang. Yang pertama nama dia Shownu...dia ketua kumpulan tu...dia hebat membaiki semua peralatan. Yang kedua nama dia Minhyuk...dia hebat menyamar dan meniru suara tak kira perempuan atau pun lelaki. Yang ketiga nama dia Kihyun...dia hebat berlawan dan hebat guna senjata tajam. Yang keempat nama dia Hyungwon...dia hebat menembak dan sniper yang tepat. Yang kelima nama dia Jooheon...dia hebat menggunakan komputer untuk menghack sesuatu teknologi. Yang last sekali nama dia IM...dia ni pulak hebat mengintip, menarik perhatian orang dan hebat melarikan diri. ' jelas Yuka.

'Ish...giler lah...ade gambar diaorang tak? ' tanya Hanna. 'Gambar diaorang tak de langsung Kat Internet sebab diaorang tak pernah ditangkap oleh polis so tak ade gambar muka diaorang 'jelas Yuka.

Hanna memandang ke arah jam dan menunjukkan pukul 8.45 pagi. 'Weh Jom lah masuk kelas dah nak pukul 9.00 pagi ni' kata Hanna. 'Ouh...yelah...jom lah nanti lambat pulak...' kata Yuka sambil menarik tangan Hanna keluar dari bilik komputer.

Pov Monsta X (Di halaman belakang sekolah Hanna)
(8.45 pagi)

(Pakaian Monsta X👆👆👆)

'Korang nah...cepat pakai topeng ni' kata Shownu. 'Jooheon cepat hack semua teknologi kat sekolah ni' kata Shownu. 'Ok, Abang Shownu' balas Jooheon. 'Minhyuk dan IM pergi letakkan alat ni kat sekeliling sekolah ni' kata Shownu. 'Ok, Baiklah' balas M & I. Setelah selesai Minhyuk dan IM meletakkan alat tu di sekeliling sekolah...M&I datang semula pada Shownu dan mereka semua mula masuk ke dalam sekolah melalui terowong rahsia yang dibuat oleh Minhyuk.

'Jooheon...cepat aktif kan alat tu...' kata Shownu. Jooheon mengaktifkan alat itu dan sekeliling sekolah ditutupi dengan dinding elektrik....pada waktu yang sama semua teknologi ni sekolah itu termati. 'Hyungwon kau pergi ke rooftop dan perhatikan dari atas...kalau ade ape berlaku bagitahu aku guna walkie-talkie tau...' kata Shownu. Hyungwon mengangguk dan terus pergi ke rooftop.

Minhyuk dan Kihyun membawa pistol dan berjalan masuk ke bilik guru. Kihyun menghentak pintu bilik guru dan mengacu pistol pada semua cikgu yang ade di situ. 'Semua angkat tangan dan pergi berkumpul di penjuru bilik....sekarang! ' kata Kihyun dengan nada tegas. Semua cikgu bergerak ke penjuru bilik.

Minhyuk pergi ke bilik pengumuman.'Jooheon hidup elektrik kat bahagian mic dan bilik pengumuman ni' kata Minhyuk melalui walkie-talkie. 'Ok...dah..' kata Jooheon melalui walkie-talkie. Minhyuk pun menghidupkan mic. 'KEPADA SEMUA PELAJAR, SILA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA SEKARANG' Minhyuk meniru suara guru besar.

Pov Hanna dan Yuka (Dalam perjalanan masuk ke kelas)
'Haih...knp elektrik blackout ni...sekolah kita tak pernah..blackout' kata Hanna. 'KEPADA SEMUA PELAJAR, SILA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA SEKARANG ' pengumuman terdengaran. ' Weh...guru besar dah bagi pengumuman untuk berkumpul kat dewan utama lah...yuka Jom pergi sekarang....' ajak Hanna.

Ketika telah sampai di depan pintu dewan utama, Hanna dan Yuka ternampak dua orang lelaki bertopeng memegang pistol sambil mengacukan pistol ke arah semua pelajar yang memasuki dewan utama. 'Weh...diaorang tu pegang pistol lah...macam mana ni weh.....' kata Yuka cemas. 'Tak pe kita masuk jer dulu....pada masa tu kita akan tahu diaorang siape...ok jangan risau kau ade aku...' kata Hanna sambil menenangkan Yuka.

'Dah masuk-masuk cepat sini jalan cepat sikit...' kata Jooheon dengan nada tegas sambil mengacukan pistol. Ketika Yuka dan Hanna lalu disebelah Jooheon dan IM...mata Hanna sempat memandang mata IM dan IM juga memandang mata Hanna manakala Yuka menundukkan kepala sahaja.
Hanna dan Yuka duduk di tengah-tengah dewan dengan pelajar-pelajar lain. Selepas semua pelajar masuk, Jooheon dan IM menutup pintu dewan.

'Semua pelajar baik korang senyap dan jangan buat masalah kalau tak korang akan mati kat sini ' kata Shownu sambil mengacukan pistol pada semua pelajar. Semua pelajar ketakutan.

Kemudian....

Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah yang Hanna akan lakukan?
Sambung Part 2

(Jangan lupa follow, undi dan komen)

6 Professional RobberWhere stories live. Discover now