25| Berjaya

5 2 0
                                    

Part 25
Shownu menendang peha Lily menyebabkan wanita itu jatuh meniarap ke tanah. 'Arghhh...hermm' kata Lily merintih sakit. Lily mengelap bucu bibirnya yang berdarah ke jari. 'Kau dah kalah...adik kau semua dah kalah...' kata Shownu sambil menyilangkan tangan. Lily bangkit berdiri seraya tangannya memegang pokok. Lily mula ketawa sinis lalu menepuk tangan. 'Hahahahaha...kau yakin ke kau dah menang...hahahaha' ketawa sinis Lily.

'Apa maksud kau....' tanya Shownu inginkan kepastian.
'Kau lupa ke dengan orang yang dalam kereta kau tu....hahahaha' kata Lily ketawa macam orang hilang akal. 'Hanna!? ' batin Shownu.

Pov Hanna
Hanna memerhati ke keluar tingkap menunggu kedatangan Monsta X dengan hati yang mula rasa takut, risau dan tak senang duduk. 'Mana pulak diaorang ni...lambat nya...aku dah mula rasa yang bukan-bukan ni' kata Hanna kerisauan. Peluh mula membasahi dahinya. Jantungnya berdegup dengan kencang. Mata dia melilau ke sekeliling kawasan kereta.

Tiba-tiba dari kejauhan Hanna ternampak sosok badan seseorang berlari kecil ke arah nya. Hanna menutup tingkap lalu menyorok di back seat. Sebaik saja orang itu sampai di tingkap kereta, dia menjenguk ke dalam mencari sesuatu. Hanna mengintai di sebalik back seat. Apabila dia meneliti wajah orang itu baru Hanna perasan itu adalah Minhyuk.

'Abang Minhyuk lah' bisik Hanna. Minhyuk mengetuk tingkap kereta sambil memanggil namanya. 'Hanna! Hanna! Buka kereta ni cepat! ' kata Minhyuk gelabah. Hanna selepas mendengar suara Minhyuk dia terus membuka kunci pintu kereta. Minhyuk menarik tangan Hanna turun dari kereta. 'Abang kenapa ni' kata Hanna. 'Hanna Jom ikut abang sebab yang tengah sibuk berlawan dengan Nmixx...jadi abang Shownu suruh abang bawa Hanna pergi tempat selamat dulu...jom...' kata Minhyuk sambil menarik tangan Hanna.

Belum sempat Hanna berkata apa-apa, Minhyuk dengan pantas menarik tangan nya. Mereka masuk ke dalam hutan yang gelap gelita yang hanya ditemani dengan cahaya bulan. Minhyuk semakin kuat menggenggam tangan Hanna menyebabkan dia terasa sakit pada pergelangan tangannya. 'Kuat nya abang Minhyuk genggam tangan aku' batin Hanna dengan muka menahan sakit.

Hanna hanya mengikut pergerakan Minhyuk kalau dia belok ke kiri maka Hanna akan menyusulinya kalau Minhyuk belok ke kanan maka Hanna akan mengikuti nya. Ketika sudah hampir separuh jalan, tiba-tiba Hanna terperasan sesuatu yang pelik pada diri Minhyuk. Hanna memerhatikan badan Minhyuk dari atas ke bawah. Hanna juga perasaan kasut yang dipakai oleh Minhyuk agak tebal.

Hanna memaksa Minhyuk berhenti dari menarik tangannya. 'Kenapa ni Hanna...' tanya Minhyuk. Hanna terus meleraikan tangannya dari genggaman Minhyuk. 'Kau bukan abang Minhyuk...kau siapa? ' kata Hanna serius sambil mengundurkan badan ke belakang. 'Apa yang Hanna cakap ni...abang lah ni...' kata Minhyuk mendekati Hanna. 'Kau jangan nak tipu aku...perangai kau berbeza dengan perangai Minhyuk yang sebenarnya....' kata Hanna serius.

Minhyuk terdiam kaku. 'Minhyuk yang sebenar tak pakai kasut setebal tu...ketinggian kau jugak jauh berbeza dari Minhyuk yang betul...dan satu lagi abang Minhyuk bukan jenis yang suka pegang tangan orang lain...' kata Hanna suspen. Minhyuk tiba-tiba tergelak kecil. 'Hahahahah....hebat Yoon Hanna...nampaknya banyak yang kau pelajari dari Monsta X....' kata Minhyuk sambil menepuk tangan.

Minhyuk menarik topengnya perlahan-lahan sebaik sahaja dia menanggalkan topeng. Rambut panjang mengurai keluar dari topeng itu lalu dia mencampakkan topeng ke lantai. Kelihatan seorang wanita yang cantik yang membuatkan Hanna terkhayal sebentar. Hanna sedar semula. 'Kau mesti salah seorang dari kumpulan Nmixx kan!? ' kata Hanna. Wanita itu tersengih kecil. 'Betul Hanna...nama aku Haewon....' kata Haewon.

'Kau nak apa dari aku hah!! ' kata Hanna garang. 'Nak apa lagi...nak culik kau lah...' kata Haewon sambil mendekati Hanna. Hanna mengundur ke belakang tapi dihalang oleh sebatang pokok yang besar. Hanna dah tak boleh berganjak ke mana-mana lagi. Pikiran nya dah mula menjerit memanggil Monsta X. Haewon berlari ke arah Hanna. Hanna berlari ke tepi untuk mengelakkan serangan Haewon. 'Laju...boleh tahan kau ni' kata Haewon sambil sediakan penumbuk nya.

Haewon menghalakan penumbuk ke arah Hanna. Dia dengan tangkas menggenggam lengan Haewon menggunakan tangan kiri. Hanna mengangkat lutut ke atas menendang perut Haewon lalu menolak dia jatuh ke tanah. 'Arghhh! ' rintih Haewon sambil memegang perutnya. 'Boleh tahan kuat kaki kau...tak padan dengan kecil' kata Haewon. Pada masa itu tiba-tiba Hanna merasa sedikit bangga dengan pencapaian dirinya. Tidak sia-sia dia berlari mengelilingi rumah selama ini.

'Berguna jugak aku berlari sebelum ni' bangga Hanna dalam hati sambil khayal melihat kaki nya. Haewon dengan pantas mencengkam leher Hanna. 'Le..pas kan a..ku' rintih Hanna sambil memegang tangan Haewon. 'Kau ingat senang ke nak tangkap kau...aku takkan lepaskan kau semudah itu' kata Haewon. Dia semakin menguatkan cengkaman nya. Hanna semakin kehilangan nafas. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Semakin Hanna meronta semakin kuat Haewon mencengkam leher Hanna. Pandangan mata Hanna semakin kabur. Nafas semakin berkurangan. Badan nya semakin lemah. Hampir sahaja Hanna menutup mata, tiba-tiba Haewon ditendang ke belakang. Cengkaman nya dilepaskan lalu Hanna terduduk ke tanah. Seseorang menyambut bahu Hanna lalu memegang pipi nya. 'Hanna kau ok tak? ' kata lelaki itu sambil menepuk perlahan pipinya.

Hanna perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Pandangan yang kabur tadi menjadi semakin jelas semula. 'A..bang...Min...hyuk...' kata Hanna lemah. 'Kau boleh bangun tak ni...' kata Minhyuk. Hanna mengangguk lemah. Minhyuk memapah Hanna berdiri. Kihyun berdiri tegak di depan Haewon. 'Berani kau cedera kan Hanna....kau nak kena ni! ' marah Kihyun lalu menghalakan menumbuknya.

'Kejap!!! ' kata Haewon sambil menutup mukanya dengan tangan. Kihyun menurunkan penumbuknya ke sisi pinggang. Dengan sepantas kilat, Haewon mencampak bom asap di hadapan nya lalu hilang di sebalik asap tebal itu. Kihyun berlari masuk ke dalam kepulan asap ingin mengejar wanita itu. Tetapi dia dapat melarikan diri.

Kihyun menumbuk dahan pokok melepaskan geram. 'Tak guna...penakut punya perempuan...' marah Kihyun. Dia mendekati Minhyuk dan Hanna. 'Hanna kau ok tak? ' kata Kihyun. 'Hanna ok jer...cuma sakit lagi' kata Hanna sambil menggosok lehernya. Kihyun terperasan sesuatu di leher Hanna. 'Hanna ada kesan lebam lah' kata Kihyun sambil menyentuh kesan lebam Hanna. 'Ye ke?! ' terkejut Hanna. 'Tak pe sikit jer ni...jom lah....Abang Shownu dah tunggu kita kat kereta...cepat lah...' kata Minhyuk.

Mereka bertiga.....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 26

6 Professional RobberWhere stories live. Discover now