19| Balik

8 2 0
                                    

Part 19
Hanna pun masuk. 'Abang...tengah buat apa tu' panggil Hanna sambil mendekati Hyungwon. 'Abang tengah letakkan kain basah kat kepala Haru ni...panas badan dia ni...dia ni dahlah senang sakit...risau abang...' kata Hyungwon sambil letakkan kain basah di dahi Haru. Hanna duduk di atas katil dan meletakkan tangan nya di pipi Haru. 'Huisshh...panasnya...' kata Hanna. 'Tulah....Haru ni memang lasak tapi dia ni senang sakit...' kata Hyungwon risau.

Haru membuka matanya sedikit dan memandang ke arah Hyungwon. 'Kenapa ni Haru...sakit ke...nak abang buatkan susu ke...' kata Hyungwon lembut. Haru kelip mata 2 kali. 'Ouh nak susu...jap biar abang buat kan...Haru baring sini dengan Kakak Hanna ok....Hanna tolong tengok kan dia kejap tau' kata Hyungwon sambil bangun dari duduknya. 'Ok abang....' kata Hanna. Hanna pandang Haru...'haru...nama kakak Hanna...comelnya Haru...kenapa pergi main hujan kan dah demam....' kata Hanna sambil mengelus rambut Haru.

Haru menggelengkan kepalanya sambil memeluk erat teddy bear nya. Selepas 1 minit, Hyungwon masuk semula ke dalam bilik Haru. Hyungwon mendekati Haru sambil menggoncangkan botol susu Haru. 'Nah...Haru...' kata Hyungwon sambil menghulurkan botol susu itu kepada Haru. Haru mengambil botol susu dan terus menghisapnya. Haru minum susu hingga habis..Haru tertidur dan botol susu yang Haru pegang terjatuh ke tangan Hyungwon.

Hyungwon mengambil botol susu itu dan letakkan di meja lampu. 'Huh...tidur pun....Haru..' kata Hyungwon. 'Abang...Haru ni tak pandai bercakap lagi ke? Sebab tadi masa Hanna ajak dia bercakap..dia senyap jer...' kata Hanna. 'Hanna...Haru ni bisu...' kata Hyungwon lembut. Hanna terkejut dan membesarkan matanya. 'Ouh..patutlah...' kata Hanna.

'Abang...macam mana abang jumpa Haru...Hanna dah dengar kisah yang lain..sekarang abang yang last...' tanya Hanna. 'Hanna ni memang suka dengar orang bercerita kan...macam budak-budak...macam mana nak jadi perompak macam kitaorang ni...' kata Hyungwon. Hanna menyilangkan tangan. 'Suka hati lah...Hanna kena tahu semua perkara tentang abang semua...sebab masih ada banyak lagi perkara yang Hanna belum tahu tentang abang semua....' kata Hanna.

'Ye lah...ladies selalu menang kan...abang tak kesah pun...' kata Hyungwon sambil jelingkan mata ke atas. 'Cepat lah cerita macam mana abang jumpa Haru...tak sabar nak dengar ni...' kata Hanna tak sabar. 'Masa tu abang nampak Haru selalu ada disebelah seorang lelaki dalam lingkungan 25-30 tahun macam tu...jadi masa tu abang ingatkan lelaki tu maybe abang or ayah dia...jadi abang abaikan jer lah....diaorang pernah mengemis mintak duit kan abang...abang pun bagi lah....sampai lah satu hari...' kata Hyungwon.

'Ok lepas tu...' kata Hanna sambil tenung muka Hyungwon. 'Jangan lah tenung abang macam tu...blushing tau...' Hyungwon sambil memegang pipinya. Hanna ketawa kecil. 'Satu hari tu...abang kerap nampak Haru dengan lelaki tu dekat sekeliling kawasan Kat situ....masa tu abang lalu Kat satu lorong dan nampak lelaki tu marah Haru...abang dengar Haru menangis...lelaki tu cakap...kenapa hari ni tak de duit langsung hah!? Aku suruh kau pergi minta duit dengan orang ramai...itu pun kau tak boleh boleh buat...tu lah yang abang dengar...abang terus datang dekat kat lelaki tu dan bawa Haru...tapi lelaki tu dapat larikan diri daripada abang bersama dengan Haru....' kata Hyungwon.

'Sejak lelaki tu larikan diri...abang cuba jejak lelaki tu melalui drone abang....cari punya cari...akhirnya jumpa pun lelaki tu...dia bersama dengan Haru ada kat dalam satu kedai kasut lama yang terbiar....abang terus pergi ke situ sambil bawa sniper abang dan tembak dia daripada jauh...dan dia pun mati....lepas tu abang bawa lah Haru ke sini...masa abang selamatkan Haru tu...baru abang tahu yang Haru ni bisu...tak boleh bercakap...' kata Hyungwon sambil pandang ke arah Haru.

'Ouh....' kata Hanna. 'Kesian dengar kisah budak-budak ni....yang paling sedih yang kisah Aera tadi...Eomma dan Appa Aera buang dia...yang tu sedih...hmmm' kata Hanna sayu. 'Dah tak payah sedih-sedih....tu semua kisah yang lalu diaorang...tapi Hanna tengok sekarang kan diaorang dah hidup gembira Kat sini...kisah yang lepas tu biar diaorang lupakan perlahan-lahan...' kata Hyungwon sambil pegang tangan Hanna. Hanna mengangguk. Hyungwon melihat jam tangannya.

Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.
'Eh...dah masuk waktu makan malam lah...mesti Eomma Aika tengah masak....' kata Hyungwon. 'Hanna pergi lah jalan-jalan sekeliling rumah ni...sementara tunggu waktu makan malam ni...dah pergi lah...' kata Hyungwon. Hanna pun keluar dari bilik Haru dan terus berjalan di sekeliling rumah. 'Banyak betul pokok bunga kat sini...patutlah bau wangi jer.....' bisik Hanna. Hanna berjalan di belakang rumah. 'Lapang betul belakang ni...boleh buat kolam renang kat sini....' bisik Hanna.

Hanna berjalan ke hadapan dan berdiri di timbunan daun kering di situ. Ketika Hanna memijak timbunan daun kering itu...'ehh...kenapa rasa macam lembut ni....' kata Hanna sambil melompat sedikit di atas timbunan daun itu. Hanna berundur sedikit ke belakang dan menunduk. Hanna menyelak daun-daun itu dan nampak satu pintu kayu yang kelihatan lama. 'Ada pintu rahsia lah kat sini...' bisik Hanna sambil memegang pintu kayu itu.

Hanna ingin membuka pintu kayu itu. Tiba-tiba 'Hanna tengah buat apa tu...jom makan...makanan dah siap' panggil Eomma Aika dari belakangnya. Hanna yang terkejut terus menutup semula pintu kayu itu dengan timbunan daun tadi. Hanna berdiri 'ok...tunggu Hanna...'kata Hanna. Hanna pun masuk ke dalam rumah lepastu makan bersama Monsta X dan budak-budak itu.

Skip habis makan
(10.00 malam)
Mereka semua berseronok melayani budak-budak di situ manakala Hanna jugak bermain dengan mereka semua. Shownu melihat jam tangannya. 'Dah lambat ni...Eomma Aika nampaknya kitaorang dah kena balik ni...minggu depan hari Sabtu...kitaorang datang sini lagi ok...' kata Shownu. Eomma Aika mengangguk. 'Nunu jaga diri tau...jaga adik-adik Nunu ok...' kata Eomma Aika sambil mengelus rambut Shownu.

'Abang Nunu dah balik ke? Jangan lah balik lagi nanti Byeol rindu...' kata Byeol manja. 'Alololo...Si comel Byeol ni...macam tak biasa pulak...abang akan datang lagi minggu depan ok...' pujuk Shownu. Byeol mengangguk. 'Seojun...abang balik dulu ye...jangan nakal-nakal tau..dengar cakap Eomma Aika....' kata Minhyuk. Seojun mengangguk.

Kihyun pun berkata....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 20

6 Professional RobberWo Geschichten leben. Entdecke jetzt