15| Latihan

13 2 0
                                    

Part 15
Hanna pun 'Hanna memang cantik pun....mana abang Hyungwon...' kata Hanna sambil melihat ke sekeliling. 'Dia tengah bersiap kot...tunggu jer lah dia tu...dia kalau bersiap memang lambat...' kata IM. Hanna mengangguk. Selepas 10 minit menunggu di sofa, akhirnya Hyungwon turun. 'Lambatnya....abang...' kata Hanna. 'Sorry lah...abang tak biasa bangun awal...hihihihihi' kata Hyungwon sambil mengaru kepalanya.

'Ok Hanna Jom...' kata Hyungwon sambil berjalan ke pintu. Hanna pun bangun dah berjalan di belakang Hyungwon. 'Jooheon!! Aktifkan dinding pertahanan!!! ' jerit Hyungwon. 'Ok...dah!! ' kata Jooheon dari dalam biliknya. Hyungwon dan Hanna pun keluar ke halaman rumah. 'Ok Hanna sekarang panas kan badan dulu....lepas tu lari 5 bulatan mengelilingi rumah...' arah Hanna. 'Apa!? 5 bulatan!? Serius lah...' kata Hanna terkejut.

'Kenapa...betul lah....' kata Hyungwon sambil menyilangkan tangannya. 'Nak jadi sniper kan guna mata dan tangan...apa kena mengena dengan kaki...' kata Hanna tak puas hati. 'Nak jadi sniper...kaki pun memberi peranan yang penting tau...bukan mata dan tangan jer tau...contoh kalau ada orang yang kejar Hanna masa guna kan sniper...macam mana...kena lari lah kan...jadi kaki pun kena kuat...' kata Hyungwon.

'Kurangkan lah sikit 3 bulatan jer? ' kata Hanna manja. 'Tak de!...5 bulatan jugak...kalau Hanna cakap lagi...abang tambah lagi 5 bulatan...nak ke? ' kata Hyungwon tegas. 'Ok...fine...5 bulatan...' ngeluh Hanna. Hanna pun panas kan badan bersama-sama Hyungwon. 'Ok dah siap panas kan badan...sekarang pergi lari 5 bulatan....dalam masa 10 minit....' kata Hyungwon sambil melihat jam randik.

'Jap....10 minit....jer sekejap nya...' kata Hanna tak puas hati. 'Dah...jangan banyak cakap...habis kan 5 bulatan sebelum tamat 10 minit....' kata Hyungwon tegas. Hanna pun mula lari pada masa yang sama Hyungwon menekan jam randik di tangannya. Hyungwon duduk bersandar di bawah sebatang pokok di situ. Selepas 3 bulatan, Hanna berhenti menunduk. 'Abang...Hanna tak larat dah....bagilah Hanna rehat sekejap...' kata Hanna tercungap-cungap.

'Cepat habiskan lagi 2 bulatan...masa tinggal lagi 5 minit....cepat...' kata Hyungwon. 'Abang...bagilah Hanna berehat sekejap....' kata Hanna. 'Tak de...cepat sambung lari...lepas tu baru rehat...cepat dah tinggal 4 minit ni....' kata Hyungwon. Hanna pun sambung lari walaupun penat. Hanna pun habis lari 2 lagi bulatan manakala memberhentikan jam randiknya.

'1 minit 30 saat....bagus....lain kali kena lebih cepat dan lebih dari 1 minit....nah air sejuk...' kata Hyungwon sambil menghulurkan botol air. Hanna pun terus mengambil botol air itu dan terus minum. 'Hah...lega pun.....tak sangka abang ni tegas...takut pulak Hanna...' kata Hanna. 'Sebab tu lah kenapa abang cakap jangan cepat terpedaya dengan kebaikan orang lain...ni pun dikira salah satu daripada latihan hari ni...' kata Hyungwon.

'Ouh...faham...faham...' kata Hanna sambil mengangguk perlahan. 'Ok dah rehat kan...jom sambung latihan....kali ni latihan mata...abang akan tunjuk huruf-huruf kat depan dan Hanna pulak berdiri di tengah-tengah sambil tutup sebelah mata....kat sekolah pun mesti pernah buat macam ni kan...' kata Hyungwon. Hanna mengangguk. Hyungwon pun mengambil kertas tertulis huruf-huruf dan tampalkan di dinding.

 Hyungwon pun mengambil kertas tertulis huruf-huruf dan tampalkan di dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Sekarang Hanna ke belakang sini...' kata Hyungwon. Hanna pun berundur ke belakang. 'Tutup mata kiri....' kata Hyungwon. Hanna pun menutup mata kirinya. Hyungwon pun tunjuk setiap huruf yang ada ni kertas itu. Dan Hanna menjawab semua huruf dengan tepat dan tiada satu huruf pun yang salah. 'Bagus...penglihatan mata kiri Hanna sangat baik....sekarang tutup mata kanan pulak....' kata Hyungwon. Hanna pun menutup mata kanannya pula.

Kali ni pun sama...semua yang huruf yang Hyungwon tunjuk semua nya tepat.....Hyungwon kagum dengan penglihatan matanya Hanna. 'Hebat penglihatan matanya Hanna....Huruf yang kecil ni pun Hanna nampak...hebat...memang hebat...latihan penglihatan Hanna lulus....' kata Hyungwon. Hanna terus melompat gembira. 'Yey!...tak sia-sia Hanna makan lobak setiap hari....' kata Hanna teruja.

'Eh...jangan cepat sangat gembira...memang latihan penglihatan Hanna lulus tapi latihan kecergasan belum lagi...kecergasan penting...untuk semua latihan yang Hanna akan buat dengan abang yang lain....macam Abang Kihyun dan IM...kehebatan diaorang tu amat penting kan kecergasan tau....jadi mulai dari hari ni Hanna kena lari 5 bulatan macam tadi dalam masa 10 minit...setiap hari...faham tak? ' kata Hyungwon sambil menyilangkan tangannya.

'Apa!? Setiap hari!? Penat lah kalau hari-hari kena lari...' ngeluh Hanna. 'Hanna perlu lari setiap hari waktu pagi jer......lepas tu baru berlatih latihan dengan abang-abang yang lain....' kata Hyungwon. 'Alah...kurangkan lah sikit....please' kata Hanna merayu.

'Tak de! Hanna sendiri yang cakap kan sebelum ni yang Hanna sanggup nak berlatih dengan kitaorang...tu lah abang suruh balik pada keluarga semula tak nak...berkeras nak tinggal kat sini...jadi Hanna kena ikut peraturan kitaorang semua...kalau tak Hanna boleh balik....' kata Hyungwon tegas.

'Ok...ok...Hanna ikut peraturan abang semua....janganlah marah' kata Hanna. 'Bila masa pulak abang marah...abang bukan marah...abang tegas...kalau nak belajar kehebatan kitaorang kena serius dan bersungguh-sungguh bukan untuk suka-suka jer....' kata Hyungwon.

'Fine...Hanna akan belajar kehebatan abang semua dengan bersungguh-sungguh....' kata Hanna sambil senyum kecil. Hyungwon terus mengelus kepala Hanna. 'Abang...jangan lah habis serabut rambut Hanna....' kata Hanna sambil merapikan semula rambutnya.

Tiba-tiba Kihyun mendekati mereka berdua...'Hanna....Hyungwon Jom makan....makanan dah siap...nanti baru sambung....' kata Kihyun. Hanna dengan pantas berlari masuk ke dalam rumah dan terus duduk di meja makan.
'Ish...Hanna ni...terkejut abang tiba-tiba jer datang mengejut...' kata Jooheon terkejut. 'Hihihihi sorry...Hanna lapar...' kata Hanna sambil memegang pinggan.

Ketika Hanna memegang senduk lauk tiba-tiba tangan Hanna dipukul oleh Kihyun....'aduh....sakit lah abang Kihyun...Hanna nak makan lah...' kata Hanna manja. 'Sebelum makan basah tangan dulu....boleh tak? ' kata Kihyun. 'Ouh...ye lah...Hanna lupa pulak sebab dah lapar sangat...' kata Hanna sambil mengaru kepalanya. Hanna pun membasuh tangannya dan duduk semula di kerusi.

Hyungwon pun....

(Apakah yang akan berlaku pada part seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 16

6 Professional RobberWhere stories live. Discover now