28| Sampai

12 2 0
                                    

Part 28
Hanna pun menepuk tangan kecil. 'Terima kasih sebab jalan tugas kamu dengan baik...saya ingin gerak sekarang...' kata Hanna dingin. Kapal VIP tersebut menurunkan tangga dari pintu masuknya. Kesemua penyambut tetamu berdiri di sisi pagar mempersilakan Hanna masuk ke dalam kapal. Monsta X yang lain jugak menyusuli Hanna dari belakang. Selepas semua telah masuk ke dalam, tangga itu secara automatik naik semula ke dalam kapal lalu menutup pintu masuk.

Sebaik sahaja pintu tertutup Hanna menghembuskan nafas panjang sambil mengelus dadanya. Kapal mula bergerak ke destinasi mereka. 'Lega...' bisik Hanna lalu menoleh ke belakang. Hanna tercengang dan membesarkan bebola matanya. 'Wah cantik nya....mewah betul ni...' kata Hanna kagum. 'Haih...kau anak bangsawan takkan lah tak pernah naik kapal mewah macam ni...' kata Minhyuk. 'Pernah naik...cuma tak semewah ni...' jelas Hanna. Monsta X mengangguk. Hanna mendekati semua sofa yang berwarna hitam keemasan yang disekelilingnya diletakkan kotak minuman dan makanan yang telah tersedia di atas pinggan.

Sofa yang ini hanya memuatkan seorang sahaja untuk diduduki. Hanna terus duduk di sofa itu. 'Gebu betul sofa ni....' kata Hanna sambil menggerakkan punggung. Monsta X yang lain berjalan di setiap pelusuk kapal. Shownu duduk di atas lantai lalu membuka zip beg hitam nya. Hanna mula fokus melihat Shownu. Apa yang Shownu ingin keluarkan dari beg itu. Dia mengeluarkan sepasang anting-anting berwarna perak dan dilengkapi dengan permata merah di tengahnya. 'Cantik nya anting-anting tu...untuk Hanna ke? ' kata Hanna.

'Haah...untuk kau..' kata Shownu menghulurkan anting-anting itu. Hanna terus memakai nya di telinga. 'Hanna...tu bukan anting-anting biasa...tu sebenarnya ada earphone yang abang dah upgrade....fungsi nya sama macam earphone biasa...kau cuma perlu tekan permata merah itu dan ia akan berfungsi....' jelas Shownu. 'Ouh...ok...' kata Hanna. 'Dan kerongsang ni...kau pin kan pada baju...' kata Shownu. 'Hah...Hanna tahu ni apa...ni mesti kamera kan? ' kata Hanna. ' betul...nampak nya kau dah ade kemajuan...bagus' kata Shownu sambil mengusap rambut Hanna.

'Abang jangan lah sentuh rambut dia...habis rosak...bukan senang nak ikat....' marah Minhyuk dari belakang. 'Ouh...sorry...hihihihihi...' kata Shownu. Hanna pun pin kerongsang tersebut pada bajunya. 'Abang...kalau dianggarkan pukul berapa kita akan sampai...' kata Hanna.

'Sekarang pukul 8.00 pagi...kita mungkin akan sampai sebelum pukul 3.00 petang...' kata Shownu sambil melihat ke arah di dinding. 'Hahhh! Lamanya...' kata Hanna. 'Kalau kau rasa lama...kau pergi lah tidur dulu kat katil tu...' kata Jooheon. 'Tak pe lah...nanti rosak pulak penampilan Hanna...Hanna tidur Kat sofa ni jer lah...' kata Hanna. 'Suka hati kau lah...' kata Shownu.

Skip sampai
'Hanna tengok tu...' kata IM. Hanna yang sedang mengunyah makanan pun melihat ke keluar tingkap. 'Tu ke pelabuhan Pulau Young Sam...' tanya Hanna. 'Betul...kita dah sampai...' kata Shownu. Dengan pantas Hanna menghabiskan makanannya lalu Minhyuk menambahkan makeup pada wajah Hanna yang makin pudar. 'Sini abang tambahkan lipstik kat bibir kau ni...dah makin pudar..' kata Minhyuk. Kapal pun berhenti di hadapan jambatan pelabuhan. Tangga pun diturunkan. Cahaya matahari memancar terang ke wajah Hanna.

Hanna menghembus nafas kasar. Hanna menuruni tangga dengan wajah dinginnya. Dua pengawal yang menjaga keluar dari pondok lalu mendekati mereka sambil membawa senapang di tangan. Jantung Hanna berdebar-debar. 'Berhenti Cik...sila tunjuk pass terlebih dahulu...' kata pengawal 1. Hanna pun melakukan perkara yang sama seperti pagi tadi. 'Terima kasih Cik Hanna...cik boleh masuk...' kata pengawal 1. 'Ini adalah pass bebas...pass ini membolehkan tetamu VIP seperti Cik Hanna masuk ke mana-mana sahaja tempat di sini tanpa perlu membayar...' kata pengawal 2 sambil menghulurkan sekeping kad.

Kad itu berwarna merah kekuningan dan bercorakkan landskap pulau Young Sam di sisi. Hanna pun berjalan masuk melepasi pagar bersama Monsta X. Minhyuk mengambil pass bebas itu dari pengawal. 'Terima kasih....' kata Minhyuk. 'Abang kita nak gerak ke arah mana ni? ' bisik Hanna tanpa menoleh ke arah Shownu. 'Jooheon...' kata Shownu. Jooheon mengangguk. 'Hanna kau jalan ke kiri sampai nampak Hotel Rough Fun....' kata Jooheon. Hanna pun berjalan ke kiri sambil disusuli oleh Monsta X yang lain.

Di sepanjang perjalanan, Hanna memerhatikan keadaan di sekeliling. Kebanyakan orang di situ membawa pisau dan senjata di tangan. Ini membuatkan hati Hanna rasa tak selesa. Terdapat juga beberapa orang berpakaian kot seperti jutawan masuk ke dalam kelab sambil diiringi oleh pelacur yang berpakaian terbuka.

Ada sekumpulan gangster sedang berkumpul di satu lorong sedang bergaduh mulut sambil mengeluarkan kata-kata kasar. Ada beberapa orang meminum air alkohol dalam keadaan mabuk sambil berjalan ke hulu ke hilir.

Orang ramai memandang ke arah Hanna, ada yang melihat badan Hanna dari atas sampai ke bawa menyebabkan Hanna rasa tidak selesa. Ada juga yang cuba menegur dirinya tapi dihalang oleh Monsta X. Hati mungkin berdebar-debar tapi dia tetap bermuka dingin.

Bangunan-bangunan di situ juga terlihat cantik seperti baru dicat. Bangunan cantik tapi diduduki dengan orang yang tidak senonoh. Hanna menggelengkan kepala. Kerana terlalu memerhatikan keadaan sekeliling tanpa disedari mereka telah sampai di hadapan Hotel Rough Fun.

'Eh...dah sampai...' bisik Hanna. Mereka pun check in Hotel tersebut. Ada tiga buah bilik hotel yang ditempah. Bilik pertama diduduki oleh Shownu, Jooheon dan IM, bilik kedua pula diduduki oleh Minhyuk, Kihyun dan Hyungwon manakala bilik ketiga diduduki oleh Hanna. 'Hanna ni bilik kau....nanti pukul 7.30 malam kitaorang datang nak mulakan rancangan....dan ni beg galas kau...' kata Shownu.

'Hanna ambil beg makeup ni remove semua makeup dan rehat dulu...dress tu gantung elok-elok nanti nak pakai balik....' kata Minhyuk sambil menghulurkan beg makeupnya. Hanna mengangguk lalu masuk ke dalam biliknya.

Skip 7.30 malam.....

(Apakah yang akan berlaku pada parti seterusnya?)
(Jangan lupa undi, follow dan komen tau)
Sambung Part 29

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

6 Professional RobberWhere stories live. Discover now